Anda di halaman 1dari 3

1.

Alhamdullillah, marilah kita bersama-sama mengucapkan


kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya jua
kita dapat berhimpun pada pagi ini dalam Majlis Penutup
Kejohanan Futsal Tertutup Sekolah Kebangsaan Sg Telor.
Saya merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih
kepada pihak penganjur yang menjemput saya untuk
bersama sama dalam kejohanan ini.

Para hadirin sekalian ,

2. Anak-anak yang berada di hadapan saya pada hari ini


merupakan permata yang perlu digilap sehingga menyinari
persada futsal negara dan antarabangsa. Negara kita hari ini,
ketandusan atle futsal yang mampu membawa nama negara
ke pelosok dunia.

3. Kejohanan sebegini dapat memupuk nilai-nilai positif serta


meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan diri seterusnya
membentuk modal insan yang berkualiti. Di samping itu,
kejohanan ini juga akan mempamerkan semangat kesukanan
dan daya juang yang tinggi.

4. Tidak dapat dinafikan, kemenangan memanglah penting


dalam setiap pertandingan tetapi yang lebih utama ialah
mengambil bahagian dan mengutamakan semangat
kesukanan.
5. Kepada yang menang, sekalung ucapan tahniah dirakamkan
dan kepada yang kalah jangan cepat berputus asa, tidak
mengapa kerana sesungguhnya jadikan kekalahan hari ini
sebagai satu titik permulaan ke arah kejayaan yang lebih
gemilang pada masa hadapan.

6. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil


kesempatan sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi ucapan
syabas dan tahniah kepada anak-anak sekalian. Syabas
kepada semua pihak kerana telah berjaya mengelolakan
kejohanan ini.

7. Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur dan doa mudah-


mudahan Allah SWT akan terus melimpahkan rahmat
perlindungan dan peliharaan-Nya kepada kita dan negara
Malaysia dengan naungan keselamatan, keamanan, dan
kemajuan.

Anak-anak ingatlah

“Kemenangan adalah bonus dari setiap pertandingan, namun


proses latihanlah yang akan membuat pasukan menjadi kuat dan
hebat.”

Dengan lafaz Bismillah saya menyempurnakan Majlis Perasmian


Penutup Kejohanan Futsal Tertutup Sekolah Kebangsaan Sg Telor

Anda mungkin juga menyukai