Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN PERASMIAN

KONVESYEN GAP
RISDA JOHOR
30 JUN 2022
Bismillahir-Rahmanir-Rahim

Alhamdulillahi rabbil-‘alamin was-Salatu was-Salam ‘ala Sayyidil-

Mursalin wa ‘ala ‘Alihi wa Sahbihi Ajma’in

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Maju Johor

1. Alhamdullillah, pertama sekali marilah kita memanjatkan rasa


syukur ke hadrat Ilahi kerana di atas limpah dan kurnia-Nya
maka kita dapat berkumpul dalam ‘Majlis Konvensyen Amalan
Pertanian Baik ( GAP ) Peringkat RISDA Negeri Johor Tahun
2022 pada hari ini.

2. Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan


setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Pengurusan RISDA Johor atas kesudian menjemput saya
bagi merasmikan Majlis Konvensyen Amalan Pertanian Baik
( GAP ) Peringkat RISDA Negeri Johor Tahun 2022 pada hari
ini.
3. Semoga dengan adanya Konvensyen seperti ini dapat memberi
pendedahan kepada pekebun – pekebun kecil dalam negeri
Johor ini khususnya dan di Daerah Kota Tinggi ini amnya
sebagai usaha dan inisiatif terancang bagi membantu
meningkatkan produktiviti getah . Dengan amalan ini,
diharapkan produktiviti kebun akan dapat ditingkatkan dan
seterusnya dapat meningkatkan pendapatan.

4. Anggaplah amalan GAP ini sebagai satu pelaburan yang perlu


kita laksanakan supaya pulangan akan berlipat kali ganda di
masa hadapan.

5. Saya juga mengharapkan agar pelbagai program peningkatan


ekonomi dapat disediakan oleh RISDA. Mekanisme untuk
menambah pendapatan selain daripada getah wajar dikaji agar
nasib pekebun kecil yang bergantung dengan komoditi ini dapat
dibela dan seterusnya mampu menikmati kehidupan yang
sejahtera.

6. Dalam usaha untuk mencapai matlamat bagi meningkatkan


sosio ekonomi pekebun kecil, saya pasti RISDA telah dan akan
menumpukan pelbagai program dan aktiviti untuk memastikan
ianya dapat memberi faedah kepada pekebun kecil.
7. Seperti yang disebut dalam Amanat YAB Menteri Besar Johor
baru-baru ini, 6 Teras yang telah dikenalpasti sebagai tunjang
utama dalam memastikan visi menjadikan Johor sebuah negeri
maju, bakal menjadi reality.

8. Teras keempat ; Teras Kemudahan dan Keperluan Asas


terbahagi kepada 5 komponen dan komponen kelima adalah
tentang jaminan bekalan makanan. Pada hari ini, dunia sudah
mula mengalami krisis bekalan makanan akibat ketidakstabilan
geopolitik serantau dan kadar inflasi global yang meningkat.

9. Sehubungan itu, kerajaan negeri telah mengenalpasti 3,000 ekar


tanah untuk diusahakan dengan tanaman yang bernilai tinggi,
bukan saja bagi tujuan domestik tetapi, juga bagi tujuan eksport
antarabangsa.

10. Saya menggesa agar para pekebun kecil turut menguasai


setiap aktiviti dalam rantaian nilai ekonomi makanan ini agar
hasrat “From farm, to fork” akan menjadi kenyataan dan
sekaligus dapat mempertingkatkan ekonomi para pekebun kecil.

11. Kejayaan tidak akan datang bergolek melainkan kita


berusaha melangkah ke arahnya. Oleh yang demikian, saya
menyeru kepada para pekebun kecil agar tidak berputus asa
untuk terus berusaha mengukuhkan ekonomi masing-masing.
12. Kepada tuan-tuan dan puan-puan masyarakat pekebun
kecil, saya ucapkan terima kasih atas segala sumbangan kepada
industri getah dan sawit negara di Johor ini .

13. Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat


memanfaatkan segala kemudahan dan bantuan kerajaan yang
disediakan dan akan beroleh kejayaan dalam meningkatkan
kemajuan diri dan keluarga, dan pada masa yang sama dapat
memperkasa sektor perladangan dan pertanian di negara kita.

14. Semoga majlis ini memberi manafaat yang sepenuhnya


kepada masyarakat pekebun kecil dalam Negeri Johor. Saya
mendoakan agar tuan-tuan dan puan-puan akan terus maju dan
dapat meningkatkan pendapatan dan seterusnya meningkatkan
taraf hidup yang lebih tinggi.

15. Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur dan doa


mudah-mudahan Allah SWT akan terus melimpahkan rahmat
perlindungan dan peliharaan-Nya kepada kita dan negeri Johor
dengan naungan keselamatan, keamanan, dan kemajuan.
Berkat Sudi Menilai Diri
Niat Berbakti Pada Bumi
Sebagai Usaha Tingkat Ekonomi
Semoga Dapat Redha Illahi

Maka dengan lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’ saya dengan ini


merasmikan “ Majlis Konvensyen Amalan Pertanian Baik (GAP )
Peringkat RISDA Negeri Johor 2022”.

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi


Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai