Anda di halaman 1dari 4

TALKING POINT

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH


KEJOHANAN BOLA TAMPAR BELIA B14 MALAYSIA KALI-20 2022.
SJKC PEI HWA KOTA TINGGI
16 DISEMBER 2022 ; JUMAAT

Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,
Wassalatu wassalamu ‘ala saidina muhammadin asrafi mursalin, Wa
‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Maju Johor

1. Saya amat gembira pada hari ini kerana dapat meluangkan


bersama-sama atlet-atlet bola tampar yang bertanding di
Kejohanan Bola Tampar Belia B14 Malaysia Kali-20 2022.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya jua kita
dapat berhimpun pada pagi ini. Terimakasih diucapkan
kepada pihak penganjur, yang menjemput saya untuk
menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah
Kejohanan ini.

1
Pada hadirin sekalian,

2. Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk


melahirkan golongan belia yang cergas dari segi fizikal dan
mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang
daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal,
otot, saraf dan emosi, sukan seperti bola tampar ini juga
mampu membentuk belia yang cergas, patuh dengan
peraturan dan secara tidak langsung membentuk seorang
pemain yang berhemah tinggi, bertanggungjawab,
berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta
mempunyai daya kepimpinan.

3. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan,


menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama
yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk
membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang
berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang.

Pada hadirin sekalian,

4. Aktiviti sukan khususnya permainan bola tampar ini juga


berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan
masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci
kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa.
Kita tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduan untuk
2
membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni.
Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui penganjuran sukan.
Semangat kerjasama dan bertoleransi amatlah penting dalam
menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua pemain mesti
bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit,
bangsa, dan agama.

5. Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan


tahniah kepada Barisan Jawantakuasa Pengelola kerana telah
dapat menganjurkan dan mengelolakan Kejohanan Bola
Tampar Belia B14 Malaysia Kali-20 2022 dengan jayanya
yang telah berlangsung selama tiga hari, bermula 14
Disember dan berakhir hari ini.

6. Kepada para pemain yang mengambil bahagian dan meraih


pingat kejohanan , saya ucapkan tahniah dan kepada yang
tidak berjaya janganlah berputus asa, kerana penyertaan
anda sudah pun menunjukkan bahawa anda telah mencipta
kejayaan.

3
7. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi
mengucapkan terima kasih dan sekalung tahniah kepada,
Persatuan Bola Tampar Amatur Negeri Johor , semua peserta
kejohanan dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung bagi menjayakan kejohanan ini. Semoga
kejayaan penganjuran kejohanan ini menjadi titik tolak
kejayaan penganjuran sukan bertaraf dunia di negara kita.

SAYA DENGAN INI MERASMIKAN Kejohanan Bola Tampar Belia


B14 Malaysia Kali-20 2022
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai