Anda di halaman 1dari 6

PERASMIAN MESYUARAT

AGUNG KALI KE 43
PERSATUAN POLIS
CAWANGAN KOTA TINGGI
TALKING POINT

MAY 21, 2022


N35 PASIR RAJA
#pasirrajaprihatin
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi


kerana dengan limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama
lagi pada hari yang penuh bermakna ini di dalam Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara
Polis Cawangan Kota Tinggi kali ke 43.

2. Saya mengambil kesempatan di sini untuk


mengucapkan tahniah kepada Persatuan Pesara Polis
Cawangan Kota Tinggi khususnya barisan ahli
jawatankuasa atas penganjuran penganjuran majlis ini.
Sesungguhnya dedikasi serta semangat yang ditunjukkan
oleh semua yang terlibat membuktikan bahawa kita semua
peka dan mengambil berat terhadap masalah dan
keperluan ahli persatuan pada masa ini.

3. Kecemerlangan sesebuah persatuan, termasuk


Persatuan Pesara Polis Cawangan Kota Tinggi bergantung
kepada sokongan dan kerjasama semua pihak khususnya
anggota persatuan itu.
4. Sebagai antara badan bukan kerajaan (NGO) yang
menjadi tulang belakang kepada kerajaan, saya percaya
anggota persatuan ini dapat membulatkan tekad, komitmen
dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan demi
pembangunan untuk manfaat rakyat pada keseluruhannya

5. Saya optimis para pesara polis boleh memanfaatkan


segala kemahiran dan pengalaman luas untuk membantu
kerajaan membangunkan negeri dan menjayakan pelbagai
dasar dan agenda pembangunan.

6. Saya ingin menyarankan agar lebih ramai pesara polis


di negeri ini turut serta menjadi ahli persatuan kerana
melalui persatuan ini, kita dapat berjumpa serta
berinteraksi antara satu sama lain, sambil mengeratkan lagi
semangat persahabatan dan persaudaraan sesama ahli,
seterusnya merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti
untuk kepentingan persatuan.
7. Saya turut berharap persatuan dapat melaksanakan
pelbagai program bagi mengeratkan lagi hubungan sesama
ahli persatuan dan pesara polis secara amnya, di samping
mencetus semangat, kesedaran dan penglibatan bekas
polis untuk terus mengamalkan semangat berpersatuan
bagi menjayakan pelbagai agenda untuk manfaat dan
kesejahteraan bekas-bekas polis secara keseluruhannya

8. Saya juga ingin berpesan kepada pengerusi bersama


jawatankuasa tertinggi supaya sentiasa menjaga kebajikan
ahli persatuan dan keluarga mereka termasuk balu-balu
bekas polis serta anak-anak yatim.

9. Jasa dan pengorbanan pesara polis ini jangan kita


lupakan kerana keamanan dinikmati hari ini adalah hasil
pengorbanan yang dilakukan mereka sebelum itu dan
tanpa mereka keamaan tidak bakal kita nikmati.
10. Masyarakat harus menghargai pengorbanan serta jasa
yang dilakukan pasukan polis terutamanya pesara polis dan
bukannya mempertikai dan memperlekehkannya. Sejarah
telah membuktikan betapa hebatnya pengorbanan anggota
polis dalam peristiwa-peristiwa bersejarah di negara kita
dan bekerjasama dengan agensi keselamatan lain.

11. Dengan pelbagai pengalaman sebagai anggota


keselamatan yang bertanggungawab menjaga keselamatan
setempat , tuan-tuan juga boleh memberikan sumbangan
dalam bentuk idea dan bimbingan kepada pentadbiran di
kawasan kediaman tuan-tuan terutamanya dalam aspek
keselamatan. Pengalaman itu harus diguna dengan baik
bagi membantu penduduk setempat memastikan
keselamatan kawasan setempat dapat diurus dengan
sebaiknya.
12. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pesara polis kerana telah mengorbankan masa, tenaga
serta nyawa untuk membanteras jenayah demi
kesejateraan, keharmonian dan keselamatan rakyat. Juga
demi mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan
integriti negara.

Dengan lafaz

‫الر ِحيم‬
‫الر ْح َم ِن ه‬ ِ ‫ِب ْس ِم ه‬
‫َّللا ه‬

Saya merasmikan Mesyuarat Agung kali ke 43 Persatuan


Pesara Polis Cawangan Kota Tinggi.

Anda mungkin juga menyukai