Anda di halaman 1dari 6

Rujuk Tuan :

Rujuk Kami : PITAS/PGR /MTF/09( 10 )


Tarikh : 07hb Jul 2009

‫السلم عليكم ورحمة الله وبركاته‬

Ybhg. Tuan ;

MOHON TAJAAN PERBELANJAAN ACARA KARNIVAL HUFFAZ SELANGOR 2009


ANJURAN PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SELANGOR

‫ أما‬- ‫الحمد لله والصلة والسلم على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن واله‬
‫بعد؛‬
Didoakan Ybhg. Dato’, sentiasa dalam rahmat, barakah dan maghfirah Allah.

2. Merujuk perkara di atas, Insya’Allah Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor
(PITAS) akan mengadakan Karnival Huffaz Selangor pada 31 hb Jul, 01 & 02 Ogos 2009 dan
perasmian akan disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Khalid Ibrahim Dato Menteri Besar
Selangor pada tempat seperti berikut;

Program : Konvensyen & Karnival Huffaz Selangor


Tarikh / Hari : 31 Julai - 02hb Ogos 2009
Tempat : Stadium Kuala Selangor

3. Sasaran Program ini akan dijayakan oleh seribu ( 1000 ) orang pelajar daripada 77
buah Institusi Tahfiz Al-Quran seluruh Negeri Selangor, serta Golongan pengamal al-Quran,
Penguasa Perkembangan dan Pengurusan Pendidikan Tahfiz Negeri Selangor, Institusi -
Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, NGO Islam Selangor dan masyarakat awam
setempat,.
4. Objektif

a. Mengeratkan Ukhuwwah dan kerjasama di antara para pelajar, pentadbir dan


ibubapa.
b. Memberi pendedahan peserta dengan ilmu, iman dan amal al-Quran didalam
kehidupan seharian
c. Menghidupkan serta memakmurkan negeri Selangor dengan bi’ah (suasana)
solehah dan keberkatan al-Quran dikalangan masyarakaT.
d. Mengumpulkan dana untuk menampung keperluan aktiviti PITAS.
e. Memberi ruang dan peluang kepada masyarakat berinfak serta berganding
bahu ”MEMPERKASA JIIL AL-QURAN ”

Penaung : Yb.Dato’Dr.Hassan Hj. Ali (Exco Hal EhwalIslam,Adat-adat Melayu, Infratruktur dan Kemudahan Awam)
Penasihat:Ybhg.Dr.Hj.Shafie Hj. Amin al-muqri & Ybhg.Us.Hj. Mohammad Muhaimin Hj. Sahar al-muqri
NO 11A JLN NIRWANA 39 TMN NIRWANA 68000 AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: +603-9284 3829 / +603-9281 2430 / +603-9282 1445 FAX : +603-9284 3829 / +603-9282 6976
www.persatuantahfizselangor.org
5. Sehubungan dengan itu Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor sebagai
penganjur Karnival Huffaz Selangor 200 memohon agar Yang berbahagia tuan dapat
menaja program yang dinyatakan diatas.

6. Segala kerjasama dari Ybhg.Tuan akan memberikan suntikan semangat kepada


persatuan merealisasikan peranannya menjadi rujukan, penghubung tara dan juru
bicara penyampai maklumat yang telus kepada semua pihak di Negeri Selangor
khususnya dan Malaysia amnya, Sekian

Yang benar,

HDr Hj. Sahril bin Hj. Sartu


Pengerusi

Penaung : Yb.Dr.Hassan Hj. Ali (Exco Hal EhwalIslam,Adat-adat Melayu, Infratruktur dan Kemudahan Awam)
Penasihat:Ybhg.Dr.Hj.Shafie Hj. Amin al-muqri & Ybhg.Us.Hj. Mohammad Muhaimin Hj. Sahar al-muqri

NO 11A JLN NIRWANA 39 TMN NIRWANA 68000 AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: +603-9284 3829 / +603-9281 2430 / +603-9282 1445 FAX : +603-9284 3829 / +603-9282 6976
www.persatuantahfizselangor.org
KARNIVAL HUFFAZ NEGERI SELANGOR
STADIUM DATARAN KUALA SELANGOR
31 JULY 2009 – 2 OGOS 2009

KOS PERBELANJAAN PERASMIAN ,PELANCARAN BUKU & WEBSITE PITAS

Jumlah: RM23,500.00

KOS PERBELANJAAN CERAMAH & FORUM

Jumlah: RM 25,600.00

KOS PERBELANJAAN KONSERT NASYID

Jumlah: RM23,500.00

KOS PERBELANJAAN SUKAN FUTSAL,BADMINTON, SEPAK TAKRAW,

Jumlah: RM23,500.00

KOS PERBELANJAAN PERTANDINGAN AZAN, KUIZ, PIDATO

Jumlah: RM15,000.00

IMBUHAN/MILEAGE PENAJAAN

Dengan menaja semua kos Konsert, pihak penaja akan memperolehi:

1. Nama & Logo di semua banner dan phamplets


2. Nama & Logo di LATAR BELAKANG pentas
3. Nama penaja akan disebut semasa wawancara radio & tv
4. 1 gerai 20’x20’
KERTAS KERJA HARI KARNIVAL HUFFAZ
2009

DIRASMIKAN OLEH
YAB TAN SRI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR

ANJURAN
PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN
NEGERI SELANGOR [ PITAS ]

Pendahulan :

Sabda Nabi bermaksud : “ Sesungguhnya diantara cara mengagungkan Allah ialah


dengan memuliakan muslim yang sudah beruban, orang-orang yang memikul al-
Quran yang tidak melampau dan tidak menghampakannya serta memuliakan
pemerintah yang adil " (Riwayat Abu Musa Ash'ari r.a)
Oleh yang demikian sewajarnya kita memuliakan dan mengenang jasa dan
perjuangan mereka mendampingi, memakmur dan menegakkan al-Quran di atas
muka bumi ini.

Justeru itu, Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor , mengorak langkah
setapak lagi dengan menganjurkan Hari Karnival dan konvension Huffaz sebagai
platform memperkenal dan mengajak masyarakat yang pelbagai taraf kehidupan
supaya sama-sama memperkatakan tentang kelebihan al-Quran dan pembawa al-
Quran. Kepada para pengamal al-Quran maka inilah masanya mereka menonjolkan
diri di dalam masyarakat dengan memperkenalkan perancangan tersusun mereka
membina generasi al-Quran di masa hadapan.

Semoga penganjuran ini akan mendapat sokongan dan dokongan padu daripada
semua pihak dan kepada Allah kita berserah semoga kita berada di landasan yang
betul dan benar.

Objektif :
1. Mengeratkan ukhuwah dan kerjasama diantara huffaz, pengusaha institusi
tahfiz, pimpinan PITAS dan masyarakat.
2. Mendedahan ilmu dan amal dalam kegiatan kehidupan seharian.
3. Menghidupkan serta memakmurkan negeri Selangor darul Ehsan dengan
suasana baik dan diberkati Allah dengan program al- quran.
4. Mengumpul dana menampungan keperluan pendidikan & pembangunan.
5. memberi peluang kepada masyarakat memberi infaq dan pendedahan;
ahli al-quran adalah seperti masyarakat biasa yang memerlukan sokongan
dan kerjasama pada setiap masa.

Sasaran :
Program ini akan disertai oleh seribu ( 1000 ) orang pelajar daripada 77 buah
Institusi Tahfiz Al-Quran seluruh Negeri Selangor , Golongan pengamal al-Quran,
Penguasa Perkembangan dan Pengurusan Pendidikan Tahfiz Negeri Selangor,
Institusi - Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, NGO Islam Selangor dan
masyarakat awam setempat,.

Tema : MEMPERKASA JIIL AL-QURAN

Tarikh / hari : 31 Jul, 1 dan 2 Ogos 2009 ( Jumaat, Sabru dan Ahad )

Tempat : Stadium Sukan, Kuala Selangor, Selangor Drul Ehsan

Program :
1. SUKAN ( futsal, badminton, sepak takraw, seremban dan congkak )

2. FORUM (tajuk : Institusi Tahfiz Al-Quran Tunjang Masyarakat Rabbani)

3. AMAL ISLAMI (Pertandingan nasyid, pidato, azan, tarannum hafazan, khat,


kuiz, )

4. GERAI JUALAN DAN PAMERAN (pameran sekolah tahfiz, JAIS, MAIS, Polis,
Bomba, dan Ngo’s Islam)

5. KLINIK AL-FATIHAH / AL-QURAN

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENAUNG : YB Dr. Hj. Dzulkifli Bin Hj. Ahmad - Ahli Parlimen Kuala Selangor

PENASIHAT : Ust. Abd. Muhaimin Bin Mohd Sahar


Dr. Hj. Shafie Bin Mohd Amin
HDr. Ust. Hj. Sahril Bin Hj. Sartu

PENGARAH : Ust. Hj. Ashri Bin Lateh

TIMB. PENGARAH : Mej. (B) Hj. Tonnan Bin Hj. Bani


SETIAUSAHA : Ust Shaharudin Bin Samad
BENDAHARI : Mej. (B) Hj Tonnan Bin Hj. Bani

AJK BIRO :

 BIRO SUKAN : UST. ABD LATIF/ UST. KHAIRUL ANUAR


 BIRO MUNAQOSYAH/SEMINAR : UST. ASHRI BIN LATEH
 BIRO AMAL ISLAMI : UST. NUR MOHD BIN SALAMI
 BIRO GERAI DAN PAMERAN : MEJ. (B) HJ. TONNAN BIN HJ. BANI
 BIRO HADIAH/CENDERAHATI : UST. MOHD SUFI BIN ABAS
 BIRO JAMUAN/MAKANAN : UST. MOHD SUFI BIN ABAS
 BIRO PROMOSI/AUDIO VISUAL : UST. HJ. ALAUDIN BIN ISHAK
 BIRO PA SISTEM : UST. ALAUDIN BIN ISHAK
BIRO PENGINAPAN : UST. M.SUFI ABAS/UST. AZIZ MOHD
SHAHAR
 BIRO PROTOKOL/PERASMIAN : UST. SHAHARUDIN SAMAD
TENTATIF

Lihat lampiran A.

BAJET KESELURUHAN
Lihat lampiran B.

PENUTUP

PITAS sebagai pihak penganjur mengharapkan kerjasama dan sumbangan dari


semua pihak samaada dalam bentuk kewangan , buah fikiran dan tenaga dalam
menjayakan program ang julung – julung kali diadakan ini Semuga dengan usaha
yang sedikit ini akan dapat. memartabatkan al-Quran di persada bumi Malaysia
yang tercinta ini, sementara itu para penyumbang yang menghulurkan derma dan
sumbangan didoakan agar sentiasa mendapat limbahan rezeki yang diberkait serta
gandaan pahala disisi Allah.Semoga segala usaha dan sumbangan yang dihulurkan
bakal menjadi Amal Soleh dan bekalan di Hari Kemudian.

Disediakan oleh;

PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SELANGOR [PITAS]

TARIKH : 12 JUN 2009

LAMPIRAN A

SUMBER KEWANGAN

1. SUMBANGAN INDIVIDU
2. SUMBANGAN SYARIKAT
3. SUMBANGAN PROGRAM MAIS / LZS
4. SUMBANGAN IBUBAPA/PENJAGA

Anda mungkin juga menyukai