Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

CERAMAH MINGGUAN BERSAMA


SAUDARA BARU DI TLDM LUMUT
DAERAH MANJUNG

01 MUKADDDIMAH . ‫بسم ال الر حمن الرحيم‬


‫الحمد ل رب العا لمين والصــــــل ة و الســـلم علي اشرف ال نبياء والمرسلين‬
‫وعلي اله وصــــحبه أجمعين اما بعد‬,
Kalungan kesyukuran dirafa’kan kepada Al-khalid, Tuhan sekian alam. Selawat dan
salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , ahli keluarganya serta para sahabat
baginda.

Alhamdulillah, berkat usaha dan kesabaran , Pejabat Agama Islam Daerah


Manjung bercadang kuliah mingguan bersama saudara baru. Majlis ini di khususkan
kepada Saudara Kita bagi meningkat komintmen mereka kepada pergertian mendalami
agama Islam Program ini juga memberikan pendedahan pengertian agama islam.

RASIONAL

Rasional dari program ini adalah untuk menyebarkan dakwah Islam dan memberi
penekanan dari segi akidah Islam. Pada abad ini juga ramai mualaf yang masih tidak
faham pengertian Islam. Oleh yang demikian, Pejabat Agama Islam Daerah Manjung
mengambil berat tentang masalah ini .

02. OBJEKTIF PROGRAM

02.1 Mewujudkan dan mengeratkan Ukhwah di kalangan Mualaf di daerah ini

2.2 Melahirkan Mualaf yang berkualiti dan komitmen .

02.3 Mendedahkan kepada mereka nilai-nilai Islam .

3. NAMA PROGRAM
Nama program ini ialah :

“KULIAH MINGGUAN AGAMA BERSAMA SAUDARA BARU ”

04. TEMA PROGRAM :

Tema program ini ialah :

“ILMU PEDOMAN HIDUP”

05. ANJURAN:

Program ini akan dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Manjung .

06. CADANGAN BERMULA KULIAH MINGGUAN:

03.03.2006 ( JUMAAT)

07. LOKASI,TARIKH DAN HARI

Lokasi ,Tarikh dan hari program tersebut :

Masa : Pukul 3.00 pm – 4.30 pm ( Setiap hari Jumaat)


Tempat: Masjid An-Nur pengkalan Navy TLDM Lumut

08. BILANGAN PESERTA DAN URUSETIA

Bilangan peserta yang akan mengikuti program ini tidak terhad lelaki ataupun wanita.
Khusus kepada kakitangan ataupun ahli keluarga TLDM Lumut. program ini
di wajibkan kepada semua saudara baru di TLDM untuk mengikuti kuliah mingguan ini.

09. PENCERAMAH:

Ust. Ahmad Rashidy Bin Hj. Abdul Samad

Jawatan: Pegawai Muballigh Islam Daerah Manjung

KHATIMAH.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam diatas limpahan
rahmat dan hidayatNya dapatlah kita sama-sama menikmati segala keindahan di atas
muka bumi ini , selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Sehubungan dengan itu, program yang julung-julung kalinya akan diadakan di


bawah Jabatan Agama Islam Manjung unit Dakwah ( Muballigh Islam) Zon 2 .Adalah
diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna sepertimana
yang telah dirancang.

Akhir kata, mengharapkan agar pihak tuan dapat meluluskan Program ini semoga
dapat meningkatkan kualiti di kalangan Saudara Baru selaras dengan tema iaitu:

“ISLAM AGAMA KU”

Yang benar

…………………………
(DRs. Azizan Bin Hj. Ismail PPT)
Pegawai Tadbir Agama
Pejabat Agama Islam
Daerah Manjung

Pegawai yang meluluskan:

…………………………………
( )

Anda mungkin juga menyukai