Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

HARI KOMUNITI DAN KELUARGA BUKIT GASING 2022

PADA
17HB DISEMBER 2022

BERTEMPAT
DEWAN SERBAGUNA GASING INDAH

ANJURAN
RE: KAYU & MASDE BATIK HOUSE

DENGAN KERJASAMA
PEBS BUKIT GASING
PUSAT KHIDMAT DUN BUKIT GASING
PENDAHULUAN

Tujuan cadangan kertas kerja ini adalah bagi permohonan dan kelulusan Geran Kecil Bukit
Gasing berjumlah RM5,000.00 dari Pusat Khidmat DUN Bukit Gasing dan PeBS DUN Bukit
Gasing.

TUJUAN

Program ini dicadangkan bagi meneruskan usaha membangun dan memperkasa generasi
muda Negeri Selangor dengan program dan aktiviti yang dianjurkan serta memastikan para
belia membuat persiapan lengkap bagi menghadapi cabaran masa hadapan yang akan
ditempuh dengan lebih hebat dan canggih dengan pengetahuan serta kemahiran asas yang
kukuh dan lengkap. Antara pengisian utama Program “Hari Bersama Komuniti” Bukit Gasing
adalah Pertandingan Ecobrick Day Challenge, DIY Pertukangan Kayu, Kelas Mencanting
Batik dan Kelas Tye Die T-Shirt. Selain itu, program ini akan dimeriahkan dengan gerai
jualan seperti produk kraftangan, produk usahawan tempatan, gerai makanan dan minuman,
gerai pameran dan juga Foodtruck. Penganjuran Program ini menepati empat (4) dari sepuluh
(10) Domain Utama Dasar Belia Selangor iaitu Pekerjaan dan Pembangunan Kemahiran,
Keseimbangan alam sekitar, kebudayaan, kreativiti dan sukan serta keusahawanan dan
ekonomi digital

OBJEKTIF

 Program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim hubungan antara badan badan
NGO tempatan dengan belia dan komuniti setempat.
 Meningkatkan kemahiran asas dan pengetahuan belia komuniti setempat
 menerapkan kesedaran kepada komuniti agar dapat mengekalkan kelestarian alam
sekitar selain menjana pendapatan melalui amalan kitar semula
KONSEP PROGRAM

 Program ini adalah anjuran dari organisasi RE: KAYU dan Masde Batik House
dengan kerjasama PeBS Dun Bukit Gasing
 Pertandingan Ecobrick Day Challenge akan dibuka kepada 20 orang peserta (kategori
Terbuka). Pihak RE: KAYU akan mempromosikan pertandingan ini melalui e-banner
dan peserta yang berminat perlulah mendaftar melalui google form.Para peserta yang
disenaraipendek akan diberikan penerangan ringkas sebelum Pertandingan Ecobrick
Day Challenge. Hadiah Tempat Pertama, Kedua, Ketiga dan 2 hadiah saguhati akan
diberikan kepada peserta yang berjaya menyiapkan 5 botol ecobrick dalam masa yang
pantas dan menepati ciri-ciri kualiti ecobrick
 Manakala “Kursus DIY Pertukangan Kayu Palet” memberikan peluang kepada 5
orang belia meningkatkan kemahiran pertukangan dan meningkatkan minat belia
dalam kerjaya dalam bidang pertukangan dan pembuatan perabot kayu. Pencarian
peserta adalah melalui ebanner dan peserta yang berminat perlulah mendaftar melalui
google form.
 Kelas Asas Batik Masde Batik House pula akan dimulakan dengan penerangan secara
asas mengenai seni batik dari sudut sejarah dan jenis-jenisnya. Setiap peserta juga
dibekalkan dengan nota yang telah disediakan oleh penganjur. Kemudian, kelas
praktikal bermula dengan latihan penghasilan t-shirt batik tie-dye atau batik ikat.
Peserta diberikan sehelai t-shirt mengikut saiz yang diingini untuk diwarnakan dengan
teknik batik ikat.Kursus ini adalah percuma dan aktiviti ini akan bermula dari jam
9.00 pagi hingga 12 tengahari dan t-shirt yang siap diwarnakan dicuci dan dijemur di
sekitar perkarangan dewan serbaguna.
 Bagi praktikal penghasilan batik canting. Sebelum diajar teknik mencanting, peserta
diberikan satu set batik Do-It-Yourself (DIY) yang telah siap dicanting untuk
diwarnakan terlebih dahulu. Ini bagi memastikan peserta mahir dengan kaedah
mencampur dan mengolah warna sebelum mula mencanting.
 Program ini berakhir dengan penyampaian hadiah para pemenang pertandingan,
penyampaian sijil penyertaan, dan sesi bergambar.
ATURCARA PROGRAM

Masa Perkara
7.00 pagi Senamrobik
7.30 pagi Gerai jualan mula dibuka
8.00 pagi Pendaftaran peserta
8.30 pagi Sarapan Pagi
9.00 pagi Permulaan Program/Aktiviti

 Pertandingan Ecobrick Day Challenge


 Kursus DIY Pertukangan Kayu
 Kelas Membuat Tie Dye T-shirt
 Kelas Mencanting Batik

1.00 petang Makan tengahari/Solat Zuhur/Rehat


2.00 petang Aktivit/program diteruskan
5.00 petang Ketibaan Tetamu bagi Majlis Penutup dan Penyampaian
Hadiah
5.30 petang Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah bermula
6.00 petang Penutup
Venue : Dewan Serbaguna Gasing Indah

Cadangan Tapak Jualan Makanan& Minuman dan Pameran (Kanopi 8x8)


Anggaran khemah jualan: 30 tapak

ONSEP PROGRAM
a) Program ini adalah
dianjurkan bersama dengan
Kelab Belia Kajang
dan JCI.
b) Pemimpin Belia di
kawasan sekitar digalakkan
untuk menyertai
program ini sebagai
program kenali pemimpin
negara dan
mengalakkan Kerjasama
yang lebih berkesan antara
pemimpin
tempatan dan badan belia
tempatan.

Anda mungkin juga menyukai