Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

PROPOSAL PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI PEMBIKINAN BILIK MAKERSPACE


Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1)(SKPP16(1)) terletak di Jalan P16G, Presint
16, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Lokasi sekolah ini terletak di kawasan Pusat Pentadbiran
Putrajaya. Sekolah ini merupakan sekolah ketiga dibuka di Wilayah Persekutuan Putrajaya
dan memulakan operasi pada tanggal 6 Januari 2003. Sekolah ini dipimpin oleh guru besar
Puan Norihan binti Ismail. Jumlah murid bagi tahun 2020 adalah seramai 1107 orang dan
bilangan guru adalah seramai 75 orang.

SKPP16(1) merupakan ambilan kohort 2.0 dalam Program Transfromasi Sekolah 2025
(TS25) bermula pada tahun 2017. TS25 merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. TS25
yang bermula pada tahun 2015 dijalankan secara berperingkat setiap tahun dan menjelang
tahun 2025, diharapkan kesemua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia berada
dalam program TS25.

SKPP16(1) bercadang untuk mengubahsuai Bilik Serbaguna di Aras 2 sekolah kepada


sebuah “makerspace”. Maksud istilah “makerspace” adalah seperti berikut:

Dalam erti kata lain, makerspace merupakan suatu ruang yang membenarkan pelajar
berkarya, mencipta dan meneroka menggunakan bahan-bahan pelbagai. Hal ini adalah bagi
menyambut usaha KPM di bawah Program Transformasi 2025 di mana salah satu objektif
bagi program tersebut adalah “Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG
BERKESAN”. Antara kaedah pembelajaran yang ingin dihidupkan di ruang makerspace itu
kelak adalah

- STEM learning
- Digital learning
- Project-based learning

Antara sudut-sudut dan elemen-elemen yang ingin dilaksanakan adalah seperti berikut:

Pembangunan shooting studio adalah bagi membolehkan pelajar belajar berkenaan kaedah
penggambaran khususnya di dalam hal pembikinan video. Ia dilihat sesuai dengan objektif
bilik yang ingin melihat murid berkarya, mencipta dan meneroka. Ia juga selari dengan
elemen teknologi yang merupakan salah satu bidang di dalam pembelajaran STEM dan asas
kepada pembelajaran digital. Penghasilan karya sendiri jika adanya shooting studio juga
adalah suatu contoh project-based learning.
Kami juga berhasrat mewujudkan suatu sudut dinamakan “creation station” yang akan
menempatkan bahan-bahas guna habis dan juga engineering manipulatives seperti popsicle
sticks, legos, toilet rolls dan lain-lain. Ini bagi memudahkan pembelajaran project-based
learning yang memerlukan bahan-bahan sedekimian. Kewujudan creation station ini juga
diharapkan mampu menjadi platform kepada pelbagai pembelajaran secara problem-solving
sepertimana yang dianjurkan dibawah STEM.
Pembelajaran abad ke-21 juga menekankan “communication skills”. Ia melibatkan skil
bercakap dan membentang, selain dari kebolehan berkomunikasi dengan rakan dan orang
sekeliling. Atas sebab itu bilik makerspace ini divisikan untuk mempunyai pentas dan juga
“puppet theatre” bagi melatih anak-anak murid dalam bidang itu.

Sesuai dengan hasrat ingin memasukkan elemen digital learning, bilik ini juga mahu
dilengkapkan dengan bahan perantian teknologi seperti tab dan smartboard.
Kami juga bercadang untuk menyediakan seating choices yang pelbagai kerana ia telah
terbukti membantu dalam meningkatkan mutu pdp.

Projek ini adalah untuk :-

A) Pengubahsuaian Bilik Serbaguna kepada sebuah makerspace bagi pengajaran dan


pembelajaran yang lebih kondusif dan berkesan.
B) Menyahut seruan pedagogi abad ke-21 bagi mempersiapkan murid menjadi “global
players” yang kompeten.
C) Mengutamakan kemenjadian murid selaras dengan PPPM melalui TS25

Sepanjang tahun

Rujuk Lampiran 2 bagi setiap perbelanjaan yang diperlukan.


Kami mengharapkan sumbangan dari beberapa pihak sepertimana di dalam jadual:

Bil. Sponsors Pembiayaan Fasa projek


1. PIBG Sekolah Basic renovation Fasa 1

3. Badan-badan korporat Perantian teknologi & Fasa 2


bahan kelengkapan
sudut-sudut

4. Fundraising Bahan kelengkapan Fasa 3


lain

…dan juga mana – mana pihak yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan
hasrat kami mengubahsuai Bilik Serbaguna kepada sebuah makerspace.

Besarlah harapan kami agar projek yang kami rancang ini beroleh sokongan dari semua
pihak agar harapan kami untuk mengubahsuai Bilik Serbaguna kepada sebuah makerspace
ini tercapai hendaknya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

------------------------------------------ --------------------

Ketua Projek Guru Besar


Projek Pembangunan makerspace SKPP 16(1)
LAMPIRAN 1

Pn. Norihan binti Ismail


(Guru Besar SKPP16(1))

Dato’ Seri Suhaime bin Hj. Saad


(YDP PIBG SKPP16(1))

Pn. Noor Azzah binti Ahmad


(GPK Pentadbiran & Akademik)

Pn. Hanifah binti Rahmat


(GPK HEM)

En. Mohd Fairuz bin Mat Daud


(GPK KOKO)

Soffeatul Raunaqiah binti Mohamad Rahim

Abd Rahman bin Ismail

Norliyana binti Mohamad Yassin (Penyelaras STEM)


Mohd Bahrim bin Mat Yaacob
Mohd Noor Azhar bin Marzukhi
Nik Mohd Hafiz bin Zainaldin (Juruteknik)
LAMPIRAN 2

SENARAI BAHAN “BASIC RENOVATION”


BIL PERALATAN KUANTITI HARGA UNIT (RM) JUMLAH (RM)
1 VINYL FLOORING 19 KOTAK 70/KOTAK 1330
2 PLYWOOD WALL FEATURE 1 850 850
3 WALL PAINT 1 350 350
4 GREEN SCREEN BOARD (MINI) 1 180 180
5 WALL FEATURE MURAL 1 500 500
6 WHITEBOARD MURAL 1 350 350
7 UPAH 1 400 400
JUMLAH KESELURUHAN 3960

SENARAI KEPERLUAN “SHOOTING STUDIO”


BIL PERALATAN KUANTITI HARGA UNIT JUMLAH
1 LIGHTING STUDIO 4 70 280
2 HANDYCAM 1 1049 1049
3 GREEN SCREEN CLOTH 7 23.5 164.5
4 GREEN SCREEN CURTAIN RAILING 19 5 95
5 CURTAIN RAILING JOINER 4 5 20
6 PA SYSTEM 1 499 499
JUMLAH KESELURUHAN 2107.5

SENARAI KEPERLUAN PERANTIAN TEKNOLOGI


BIL PERALATAN KUANTITI HARGA UNIT JUMLAH
1 MAXHUB X3 STANDARD 1 13050 13050
SMARTBOARD 65”
2 TAB 20 200 4000
3 LCD PROJECTOR 1 1500 1500
4 LCD TRIPOD SCREEN 1 195 195
5 PRINTER 1 800 800
6 TOSHIBA 49INC SMART TV 1 980 980
7 DESKTOP PC SET 1 3000 3000
8 EDITING SOFTWARE FILMORA 9 1 250 250
9 PROFESSIONAL CAMCORDER 1 5000 5000
JUMLAH KESELURUHAN 28,775

SENARAI KEPERLUAN LAIN-LAIN (KOSMETIK BILIK)


BIL PERALATAN KUANTITI HARGA UNIT JUMLAH
1 REHAL MODEN (FLEXIBLE SEATING) 40 42 1680
2 BEAN BAG COVER (FLEXIBLE SEATING) 7 34 238
3 SOFA SET 1 (FLEXIBLE SEATING) 1 90 90
4 SOFA SET 2 (FLEXIBLE SEATING) 1 350 350
5 STORAGE BINS 1 (STEM BINS) 24 12.9 309.6
6 STORAGE BINS 2 (PBL BINS) 1 200 200
7 STORAGE BINS 3 (TROLLEY) 1 150 150
8 CUSHIONS 7 4 28
9 BOOK RACK 3 33 99
10 STEM BIN RACK 2 75 150
11 CARPET 1 1 139 139
12 CARPET 2 1 200 200
13 BANNER 4 65 260
14 CAT & BAHAN HIASAN - 300 300
JUMLAH KESELURUHAN 4193.6

SENARAI KEPERLUAN BAHAN PEMBELAJARAN


BIL PERALATAN KUANTITI HARGA UNIT JUMLAH
1 PLASTICINE
2 STRAW
3 A4 & COLOURED PAPER
4 CARDBOARD
5 MANILA CARD
6 MOUNTING BOARD
7 STATIONERY SETS
8 PAPER PLATES (SCHOOL-PROVIDED)
9 BUNCHO POSTER COLOUR
10 BUNCHO WATER COLOUR
11 ASSORTED CRAFT SUPPLIES
12 PVC GLUE
13 MICROBIT KIT 20 79.90 1598
14 ARDUINO KIT 20 44.90 898
15 PIPELINE CONSTRUCTION PIECES + 20 20 400
LEGO BRICKS
JUMLAH KESELURUHAN 2896

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH
1 BASIC RENOVATION 3960
2 SHOOTING STUDIO 2107.5
3 PERANTIAN TEKNOLOGI 28775
4 KEPERLUAN LAIN-LAIN (KOSMETIK BILIK) 4193.6
5 BAHAN PEMBELAJARAN 2896
JUMLAH KESELURUHAN 41,932.1
LAMPIRAN 3

green backdrop

Green Screen Studio area

creation station

Mini Studio area


Plentiful space for a
variety of activities

puppet theatre &


mini stage

Tech corner
Smartboard/Whitebord/LCD Screen
LAMPIRAN 4

Sebelum

Dalam pembikinan

Anda mungkin juga menyukai