Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROJEK KELAS DIGITAL (DIGITAL CLASSROOM) DAN


KECERIAAN MAKMAL KOMPUTER 2019
SK KAMPUNG BELUKAR, KUANTAN

KETERANGAN

1. TUJUAN

Unit ICT, SK Kampung Belukar Kuantan bercadang untuk mewujudkan Kelas


Digital (Digital Classroom) dan sekaligus menaik taraf Makmal Komputer Sekolah
dan bilik-bilik khas di SK Kampung Belukar. Projek ini bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada para guru dan murid SK Kampung Belukar tentang cara dan
gaya pembelajaran moden yang lebih efisyen dan berteknologi tinggi demi
meningkatan keberkesanan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) sesuai
dengan perkembangan teknologi terkini yang semakin berkembang pesat.
Komitmen dan semangat yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak untuk
mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan.

2. RASIONAL

Perubahan dalam suasana dan gaya pembelajaran moden yang berteraskan


teknologi maklumat dan komunikasi akan meningkatkan minat murid-murid dalam
proses PdPC. Guru-guru juga akan lebih mudah melaksanakan PdPC dan dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan sebagaimana yang
disarankan oleh KPM. Penglibatan aktif murid dalam PdPC juda dapat ditingkatkan
sekaligus dapat mememudahkan mereka memahami dan mengingati fakta-fakta
penting seterusnya menguasai setiap kemahiran dengan cepat.
3. MATLAMAT / OBJEKTIF PROGRAM

• Mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih ceria dan berteknologi


dalam usaha menjadikan Makmal Komputer SK Kampung Belukar sebagai
makmal komputer contoh di Daerah Kuantan.
• Menyediakan makmal komputer sebagai tempat pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif bagi pembelajaran abad ke 21.
• Menaik taraf kelengkapan dan peralatan makmal komputer dan bilik-bilik
khas sesuai dengan gaya pembelajaran kelas digital (Digital Classroom)

4. SASARAN

1. Makmal Komputer
2. Makmal Sains
3. Bilik Multimedia
4. Bilik j-QAF

5. CADANGAN PELAKSANAAN PROJEK

Projek menaiktaraf Makmal Komputer dan bilik-bilik khas tersebut akan


mula dilaksanakan secara berperingkat bermula Mac 2019.

KEWANGAN

6. IMPLIKASI KEWANGAN

• Rujuk Lampiran Anggaran Belanjawan

PENUTUP

7. PENUTUP
Diharapkan agar projek ini dapat direalisasikan demi melihat proses
pengajaran dan pemudahcaraan di sekolah ini mencapai tahap yang membanggakan
semua pihak berlandaskan matlamat jangka panjang yang telah ditetapkan.
PENGESAHAN

7. ULASAN KETUA JABATAN

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

…………………………………………………………………..
PUAN HAMIDAH BINTI ABDUL HAMID
GURU BESAR
SK KAMPUNG BELUKAR

Disediakan oleh :

SHAHRUNIZAM BIN SHAHBUDIN


Penyelaras Unit ICT,
SK Kampiung Belukar, Kuantan.
Lampiran Anggaran Belanjawan

A. Keperluan Kelas Digital (Digital Classroom)


ANGGARAN
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
HARGA
1 Projektor LCD 4 RM 1,400.00 RM 5,600.00
2 Skrin Projektor 18” 4 RM 500.00 RM 2,000.00
3 Mirroring Device (Screen Beam) 4 RM 250.00 RM 1,000.00
4 IP Switch 1 RM 1,000.00 RM 1,000.00
5 Desktop Speaker 1 RM 500.00 RM 500.00
6 Interactive SMARTBoard 1 RM 19,800.00 RM 19,800.00
JUMLAH RM 29,900.00

B. Keperluan Keceriaan Makmal Komputer


ANGGARAN
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
HARGA
1 Cat 4 RM 100.00 RM 400.00
2 Berus cat 6 RM 5.00 RM 30.00
3 Roller 4 RM 10.00 RM 40.00
4 Banner & bunting 10 RM 60.00 RM 600.00
5 Plastik laminate 4 RM 40.00 RM 160.00
6 Alas Meja Komputer & Skirting 10 RM 50.00 RM 500.00
7 Hiasan Papan Kenyataan 4 RM 100.00 RM 400.00
JUMLAH RM 2,130.00

JUMLAH KESELURUHAN =A+B


= RM 29,900.00 + RM 2,130.00

= RM 32,030.00

Anda mungkin juga menyukai