Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT KWAPM

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TEMBELING


KALI PERTAMA 2019

Tarikh : 28 Februari 2019 ( Khamis )


Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Ulu Tembeling
Pengerusi : En. Ruzaini Bin Mansor (Guru Besar SK Ulu Tembeling)
Timbalan Pengerusi : En Nadzri Bin Ahmad
Kehadiran : En Ruzaini Bin Mansor
En Nadzri Bin Ahmad
En Mat Yasin Bin Yaakub
En Mohd Farhan Bin Mat Zulkri
En Mohd Hasbullah Bin Sahabarudin

Hadir Bersama (Jika :..................................................................................................


ada)
Tidak hadir :
(Bersebab)
1. KATA-KATA ALUAN

1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua ahlijawatankuasa

KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) kerana sudi

meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat pemilihan murid yang layak

menerima wang bantuan bagi tahun 2019.

Tindakan:Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1. Minit mesyuarat yang lepas dicadangkan pengesahannya oleh En


Mohd Farhan Bin Mat Zulkri dan disokong En Mohd Hasbullah Bin
Sahabarudin.

Tindakan: Makluman
3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Terdapat beberapa orang pelajar yang meragukan dari segi pendapatan
penjaga.
3.2 Terdapat juga murid yang layak namun nama tidak tersenarai di dalam
sistem

4. AGENDA

4.1 Pemilihan pelajar yang layak menerima wang bantuan KWAPM bagi
tahun 2019.

4.2 Pelajar yang layak menerima wang bantuan KWAPM bagi tahun 2019
adalah hanya penjaga yang berpendapatan bawah RM3000 sebulan.

4.3 Pengesahan pendapatan penjaga haruslah diberikan kepada semua


penjaga.
4.4 Menyediakan borang pengesahan pendapatan penjaga dan borang
maklumat murid.

4.5 Menyediakan senarai nama murid yang layak mendapat duit bantuan
KWAMP tahun 2019.

Tindakan : Semua AJK

5 Hal-hal lain

5.1 Borang Maklumat Murid dan Pengesahan Pendapatan Penjaga hendaklah


dihantar pada 6 Mac 2019.
5.2 Senarai nama murid yang telah menerima duit bantuan Yayasan Pahang
dan BKAP.

6. PENUTUP

6.1 En. Nadzri Bin Ahmad berterima kasih kepada semua AJK dan guru yang
hadir. Beliau berharap semua warga sekolah dapat berusaha untuk
melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang


Disediakan oleh, Disemak Oleh,

………………..................................... .........................................................
(EN MOHD FARHAN BIN MAT ZULKRI) (EN NADZRI BIN AHMAD)

Guru Biasiswa, GPK Hal Ehwal Murid,


SK Ulu Tembeling. SK Ulu Tembeling.

Disahkan oleh,

.............................................
(EN. RUZAINI BIN MANSOR)
GURU BESAR,
SK Ulu Tembeling.

Anda mungkin juga menyukai