Anda di halaman 1dari 2

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA AIR, PADAWAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN KWAPM MURID TAHUN 2 HINGGA TAHUN 5,


2016 BIL 1 /TAHUN 2016

Tarikh : 23 November 2015


Masa : 9:00 Pagi
Tempat : Pusat Sumber Sekolah, SK Telaga Air
Pengerusi : Puan Norhayati Binti Tokis
Kehadiran (Bilangan) : 10 orang
Yang Hadir : Semua ahli mesyuarat hadir (Seperti lampiran Kehadiran
Mesyuarat)

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1. Pengerusi mengucapkan salam dan memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat
adalah untuk memutuskan murid Tahun 2 hingga Tahun 6 yang layak
menerima KWAPM bagi sesi 2016.
1.2. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat
hadir dalam mesyuarat unit KWAPM bagi tahun ini.
1.3. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
memberikan kerjasama yang padu dalam menjalankan tugas yang telah
diberikan.

Tindakan: Untuk Makluman Semua

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


2.1. Minit Mesyuarat Bil. 2/ Tahun 2015 diterima setelah semakan dibuat.
2.2. Dicadang untuk disahkan oleh Puan Yanti Fairullisa Binti Mahmud.
2.3 Disokong oleh Cik Ramlah Binti Bol.

3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Tiada perkara berbangkit.

Tindakan: Untuk Makluman Semua

4 LAPORAN KWAPM 2015 DAN LANTIKAN PENYELARAS ALIRAN 2016


4.1. Seramai 51 orang murid layak menerima bantuan e-Kasih pada tahun 2015.
4.2. Kesemua pembayaran KWAPM 2015 telah diedarkan kepada murid yang
layak mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
4.3. Unit KWAPM telah mengedarkan borang untuk tahun 2016 pada bulan
Oktober 2015.
4.4. Bilangan murid yang memohon bantuan KWAPM pada 2016 adalah seramai
114 orang.
4.5. Unit KWAPM akan mencari dan mengenalpasti murid yang layak menerima
bantuan KWAPM berdasarkan PGK Nasional iaitu gaji minimum sebanyak
RM920.00 dan perkapita sebanyak RM230.00.
4.6. Penyelaras aliran akan menyemak semula bilangan murid yang layak
menerima bantuan KWAPM dengan mengasingkan borang murid yang layak
PK 07/3

dan tidak layak dan mengisi data mengemaskini data APDM secara online
sekiranya terdapat murid yang memohon dan layak menerima bantuan
KWAPM.
4.7. Penyelaras Aliran Unit KWAPM adalah seperti berikut:
Tahun 1 : Puan Nurina Jeslina Bt Abdullah dan Yantie Fairullisa Bt Mahmud
Tahun 2 : Puan Meriam Bt Hj Tempurong
Tahun 3 : Cik Ramlah Bt Hj Bol
Tahun 4 : Encik Sepri Bin Ismail
Tahun 5 : Pauline Linda Ak Paul Tinos
Tindakan: Untuk Guru KWAPM dan Penyelaras Aliran

5 KELULUSAN BANTUAN KWAPM BAGI TAHUN 2016


5.1. Mesyuarat memutuskan bahawa seramai 77 orang murid
diperakukan lulus bagi menerima bantuan KWAPM tahun 2016 . Senarai
nama adalah seperti di Lampiran A. (Hendaklah disertakan bersama dengan
lampiran yang mengandungi senarai nama pelajar) dan tiada murid yang
tidak diperakukan menerima bantuan KWAPM bagi tahun 2016.
5.2. Seramai 45 orang murid yang layak menerima bantuan e-Kasih
telah disahkan dan dperakukan oleh Guru Besar.
5.3. Mesyuarat bersetuju bahawa kaedah pengagihan bantuan
KWAPM kepada murid dibuat dalam bentuk wang tunai dam diedarkan
kepada murid. (Sila pilih yang mana berkenaan dan sertakan justifikasi)
5.4. Mesyuarat memutuskan tarikh agihan Bantuan KWAPM adalah
dalam tempoh 14 hari daripada peruntukan diterima oleh sekolah
sebagaimana yang tercatat dalam Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 6 Tahun
2010 mengenai Bantuan KWAPM.
Tindakan: Untuk Makluman Guru KWAPM dan Penyelaras Aliran

6 HAL-HAL LAIN
6.1. Mesyuarat memutuskan pemilihan adalah muktamad.
6.2. Puan Meriam Bt Hj Tempurong menyatakan bahawa ibu/bapa mengambil
ringan tentang pengisian borang bantuan KWAPM dan ini akan menyebabkan
guru sukar untuk mendapatkan semula borang tersebut daripada murid-
murid. Ini boleh menyebabkan murid tercicir dalam menerima bantuan yang
sepatutnya.
Tindakan: Untuk Makluman Semua

7 PENUTUP
7.1. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan
penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan diberitahu kelak.
7.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

…………………........................................ ……………………...............................……….
( SABTUYAH BT SAMAT ) ( TUAH BIN SABLI )
Setiausaha HEM/ Guru KWAPM Penolong Kanan HEM
SK Telaga Air, Padawam SK Telaga Air, Padawan

Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai