Anda di halaman 1dari 8

PERSATUAN IBU BAPA-GURU,

SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM,


JALAN MAHKOTA IMPIAN 2/1 SEKSYEN 2,
42300 BANDAR BARU PUNCAK ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
e-mail : skpuncakalam@yahoo.com.my

TEL : 03-33928171
FAX: 03-33920029

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13


Tarikh
Hari
Tempat
Masa
Kehadiran

: 28 Mac 2015
: Sabtu
: Sekolah Kebangsaan Puncak Alam
: 8.00 12.00 tengah hari
: 112 orang

MAJLIS PERASMIAN
1.0

2.0

Ucapan alu-aluan oleh YDP


1.1

Mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa ke mesyuarat agung pada hari ini.

1.2

Menyatakan beberapa perkara yag telah dapat diselesaikan oleh PIBG, antaranya mengenai
masalah lalulintas dihadapan sekolah.

1.3

Berterima kasih kepada semua ibu bapa yang memberi sokongan kepada pihak PIBG dlaam
membantu pihak sekolah.

1.4

Menyatakan kerjasama yang baik dapat diteruskan lagi dengan beberapa program PIBG, antaranya
penubuhan Kelab Dodgeball PIBG yang dapat memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa
berinteraksi sambil bersukan.

1.5

Beberapa kejayaan dalam sekolah adalah hasil dari komunikasi yang baik antara pihak sekolah
dan ibu bapa.

Ucapan Guru Besar selaku Penasihat PIBG Tn. Haji Mahani Bin Masiran
2.1

Mengalu-alukan kehadiran kepimpinan PIBG ibu bapa dan murid-murid.

2.2

Bersyukur dapat berkumpul bagi menjadikan hari ini sebagai hari percambahan wadah antara ibu
bapa dan pihak sekolah

2.3

Menyifatkan beberapa cabaran yang mendatang sebagai sesuatu yang akan memberi impak positif
khususnya untuk anak-anak kita.

2.4

Menyarankan kerjasama yang padu dan kesungguhan untuk hubungan dua hala antara ibu bapa
dan guru yang lebih.

2.5

Menyifatkan tahun 2015 adalah tahun yang perlu diberi perhatian oleh semua guru dan ibu bapa
bagi memastikan kemenjadian murid disamping bersama menggembeling tenaga bersama pihak
sekolah dalam memastikan kejayaan murid-murid.

2.6

Sumbangan PIBG dari segi tenaga dan komitmen cukup baik dan berharap dapat diteruskan lagi
dari tahun ke tahun..

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 13, 2015/2016:


AGENDA 1: Pesanan Mesyuarat En. Muhammad Azhar Bin Abdullah
1.1

Memberi kata aluan dan penghargaan kepada ibu bapa dan ahli-ahli PIBG yang hadir dalam mesyuarat kali
ini dan mengalu-alukan sebarang penyertaan dalam setiap agenda dan usul yang akan dibentangkan.

AGENDA 2: Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 (2014/2015)
2.1

En. Muhammad Amirul Amin Bin Zailani selaku Setiausaha PIBG sesi 2014/2015 membentang Minit
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 sesi 2014/2015 seperti yang tertera dalam buku program dan seterusnya
memohon cadangan pengesahan minit mesyuarat tersebut.
Cadang : Puan Suriazni Binti Masri
Sokong : Encik Mohd. Azmi Bin Aman Shah

AGENDA 3: Membentang dan mengesahkan laporan dan Penyata Kewangan bermula 1 Januari 2014 dan
berakhir pada 31 Disember 2014
3,1

Pn. Aina Hazwani Binti Jusoh selaku bendahari membentangkan penyata kewangan PIBG sesi 2014/2015
bermula 1 Januari 2014 31 Disember 2014, seperti pada yang tertera dalam buku program pada sisipan
yang disediakan.

3.2.1

Penyata kewangan ini telah disemak dengan betul oleh juruaudit. Tiada isu berbangkit sepanjang
pembentangan kewangan.

3.4

Bendahari seterusnya memohon agar laporan kewangan ini disahkan.


Cadangan : Puan Aida Maryam Binti Ismail
Sokong : Puan Asmaliza Binti Jantan

AGENDA 4: Membentang dan menerima laporan Aktiviti dan Kegiatan PIBG 2014/2015

4.1 En. Muhammad Amirul Amin Bin Zailani selaku setiausaha PIBG SKPA membentang laporan aktiviti dan
kegiatan PIBG bagi 2014/2015 seperti yang tertera dalam buku program Mesyuarat Agung kali Ke-13. Beliau
seterusnya memohon agar disahkan laporan tersebut.
Cadanganan pengesahan: Encik Mohamad Hasnol Zakaria

Sokongan: Puan Nor Zamariah Binti Yaakob

4.2 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG 2014/2015


4.2.1)

En. Muhammad Azhar Bin Abdullah telah membubarkan barisan AJK PIBG bagi sesi 2014/2015.

4.2.2)
Majlis seterusnya sebulat suara melantik Tuan Haji Abdul Latif Bin Arshad Penolong Kanan 1
Sekolah Kebangsaan Puncak Alam untuk menjadi pengerusi sementara mesyuarat.

4.2.3)

PERLANTIKAN YANG DIPERTUA PIBG 2015/2016

Pn Suriazni Binti Masri mencadangkan Encik Muhammad Azhar sekali lagi menerajui PIBG Sekolah
Kebangsaan Puncak Alam sebagai Yang Dipertua untuk tahun 2015/2016.
Sokongan: Encik Azlan Bin Jaafar
Pemilihan adalah sebulat suara.
Majlis mesyuarat dengan rasminya menerima Encik Azhar Bin Abdullah selaku Yang Dipertua
PIBG 2015/16.
Guru Besar selaku Penasihat PIBG SK Puncak Alam memaklumkan pengekalan Setiausaha PIBG
2015/16 iaitu Encik Muhammad Amirul Amin Bin Zailani.

4.2.4)
PERLANTIKAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG
Undian untuk Naib YDP. Puan Suriazni Binti Masri mencadangkan Encik Agastin a/l Vanathaiam selaku
Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Puncak Alam.
Sokongan: En. Maslan Bin Bari
Pemilihan juga adalah sebulat suara.
Majlis mesyuarat dengan rasminya menerima perlantikan Naib YDP Encik Agastine a/l Vanathiam
untuk sesi 2015/16.
Majlis menyokong sebulat suara cadangan tersebut.
Pengerusi sementara seterusnya mengumumkan nama-nama AJK dikalangan guru:
AHLI JAWATANKUASA GURU PIBG 2015/16
Encik Muhammad Amirul Amin Bin Zailani (Setiausaha)
Pn. Nor Shawati Binti Ishak (Bendahari)
Encik Arma Faizoul Abd Rahman
Encik Mohd Fauzi Bin Abd Khadzer
Puan Umi Kalsom Binti Surot
Puan Suhaida Mohd Sukis
Puan Norazah Kosim
Juruaudit Guru : Encik Mohd Shamsul Abdul Rahman.
Pemilihan AJK Kalangan Ibu bapa:
Encik Suhalwi Bin Bidin
En. Maslan Bin Bari

En. Zabri Abd Ghani


Puan Mukhlishah Abdul Aziz
Puan Harina Binti Mat Yatim
Juruaudit Ibu Bapa: Encik Mohd Azmi Bin Aman Shah
Juruaudit Guru: Encik Mohd Shamsul Bin Abdul Rahman

AGENDA 5: MESYUARAT AGUNG PIBG


5.1 Agenda 1: Membahaskan usul-usul yang diterima (2014) di dalam Buku Program.
Usul 1: Pn. Rozila Binti Ibrahim
Surat kebenaran untuk menyertai sukan atau apa-apa program diluar sekolah mestilah tidak
bermaksud untuk melepaskan tanggungjawab. Ia mestilah secara am.
Contohnya: pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas segala kecederaan yang berlaku
keatas anak anda

Pihak tuan tidak boleh mendakwa atas sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku.
Jawapan: Tuan Haji Mahani Bin Masiran (Guru Besar)
Seharusnya tiada prejudis antara pihak ibu bapa dengan pihak sekolah dalam mengendalikan
segala program yang tidak lain tidak bukan bertujuan kearah pendidikan. Beliau memberitahu
mengenai tindakan pihak sekolah adalah berlandaskan Pekeliling 30 Mac 2000 yang menekankan
kebertanggungjawaban pihak sekolah, PPD, dan JPN mengenai tindakan pihak sekolah kepada
murid-murid dalam menyertai aktiviti anjuran mana-mana dari tiga pihak tersebut.
Sekalipun bahasa surat adalah sedemikian namun keselamatan murid adalah keutamaan kepada
pihak sekolah dan guru yang mengendalikan program.
Usul 2: Puan Nor Hashimah Binti Mohd Hashim.
Jadual kelas tuisyen sekolah wajar diadakan malam seperti tahun sebelumnya.
Jadual kelas tuisyen salinan murid untuk tahun 2015 tidak ada.
Jawapan: Tuan Haji Mahani Bin Masiran (Guru Besar)
Dengan melakukan kelas pada sebelah malam memungkinkan tededahnya kepada risiko bahaya
yang pelbagai. Beliau lebih senang akur pada arahan PPD agar kelas terbabit diadakan pada
sebelah petang pada hari-hari biasa atau pada hari Sabtu waktu pagi agar keselamatan muridmurid yang menghadiri kelas tersebut dapat dipantau.

Usul 3: Puan Noraisah Yusop

Perbanyakkan kerja sekolah untuk murid-murid. Selain itu perlu memperbanyakkan program
akademik seperti minggu bahasa, treasure hunt. Perlu juga ada kewajaran satu program
menggalakkan pelajar membaca di perpustakaan.
Jawapan: Tuan Haji Mahani Bin Masiran (Guru Besar)
Banyak program sekolah sememangnya telah dijalankan seperti yang dimohon pada usul ini.
Kesemua program tersebut berjalan pada setiap tahun dibawah unit dan panitia mata pelajaran
yang bertanggungjawab.
Selain itu pihak sekolah bakal menerima sumbangan komputer riba Acer Aspire 1 untuk tujuan
pembelajaran. Beliau turut membuka kepada mana-mana pihak untuk menyumbang kepada pihak
sekolah dalam memastikan pembelajaran anak-anak kita berada pada tahap yang baik.
Tindakan: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Usul 4: Encik Farizal Bin Yahaya
Mohon pertimbangan pelajar darjah satu agar ditempatkan ditingkat bawah agar mereka tidak lagi
perlu menaiki anak tangga selain dapat memantau mereka dengan mudah selain terjaga
keselamatan mereka.

Mohon penjualan makanan dan minuman di kantin dijual pada harga yang munasabah.
Contoh: Air dijual dalam cawan kecil pada harga RM0.40 sen.
Jawapan: Tuan Haji Mahani Bin Masiran (Guru Besar)

Beliau menerangkan kelas Tahun 1 semuanya telah diletakkan diatas memandangkan keutamaan
tingkat bawah adalah untuk murid-murid pemulihan khas dan bilik-bilik khas. Selain itu beliau
percaya jadual waktu yang diperuntukkan kepada murid-murid Tahun 1 adalah bersesuaian selain
tiada isu beg berat dan sebagainya untuk naik ke tingkat atas.
Kelas yang ada juga adalah kelas terbuka untuk semua ibu bapa lawati disamping memberi idea
untuk penambahbaikan. Program keceriaan juga telah pun berjalan disamping mendapat
penyertaan baik dari semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Puncak Alam.
Selain itu Projek Rintis Kelas Alaf 21 akan bermula dikelas Tahun 1 Arif dimana Cik Nur Aziah
Abu Bakar selaku guru kelas tersebut. Ini akan diikuti oleh kelas-kelas lain pada tahun-tahun
berikutnya.

6. Agenda 2:Hal-hal lain

6.1

Yang Dipertua PIBG Encik Muhammad Azhar memaklumkan kepada majlis mesyuarat bahawa
Jawatankuasa PIBG 2014/2015 telah bersetuju untuk menaikkan jumlah sumbangan sebanyak
RM5 iaitu dari RM35 kepada RM40. Oleh itu beliau dengan itu memanjangkan cadangan
tersebut kepada majlis mesyuarat:
Sokongan: Majlis mesyuarat bersetuju sebulat suara.

6.2

Pn Nor Azilah Mat Arip mencadangkan bahawa longkang di depan pagar ditutup bagi
mengelakkan bahaya kepada murid.
Jawapan: Muhammad Azhar Bin Abdullah (YDP)
Longkang itu akan ditutup namun masih belum dapat dipastikan cara yang sesuai untuk menutup
longkang-longkang tersebut.

6.3

Encik Ramli menyatakan kebimbangan terhadap murid-murid yang bermain dilereng bukit,
memandangkan bahaya jika terjatuh kedalam longkang yang dalam. Selain itu beliau memohon
agar tiada ibu bapa yang parker kenderaan masing-masing dihadapan pondok jaga agar dapat
memberi laluan kepada ana-anak murid yang berbasikal dan berjalan kaki untuk keluar masuk
kawasan sekolah. Beliau turut menyelar segelintir ibu bapa yang meletekkan kenderaan dilaluan
berbasikal memandangkan perbuatan tersebut akan menghalang laluan murid-murid lalu
mendedahkan murid-murid kepada bahaya lalulintas. Ada baiknya juga diletakkan kon atau
penghadang jalan untuk memudahkan laluan murid-murid.
Jawapan Yang Dipertua: Beberapa tindakan telah diambil sebelum ini mengenai lalulintas
kawasan tersebut. Antaranya ialah dengan pihak Polis Diraja Malaysia serta pihak Majlis Daerah
Kuala Selangor. Namun belum ada sebarang respon yang diharapkan. Beberapa kawasan tanah
merah berhampiran jalanraya telah pun dikenal pasti untuk proses samada pelebaran jalan atau
penyediaan petak parkir. Gambar-gambar telah diambil oleh Guru Besar dan diserahkan kepada
YB Dato Amiruddin Setro. Tindakan setakat ini adalah fasa pertama penurapan iaitu dengan
meletakkan batu kelikir sebagai lapisan pertama turapan.

6.4

Puan Saniah sedikit kecewa dengan tindakan lambat guru-guru berwajib apabila anaknya yang
buang air besar dalam seluar tidak diberitahu keadaannya kepada beliau.
Jawapan Penasihat: Beliau akan menyiasat hal tersebut dan mengharapkan agar perkara
sedemikian tidak lagi berulang.

6.5

Encik Azlan mencadangkan agar pembayaran yuran dan sumbangan PIBG boleh dibuat secara
online agar dapat mengelakkan perkara seperti murid hilang wang dan sebagainya. Slip atau resit
bayaran boleh diserahkan kepada guru kelas terbabit.
Jawapan Yang Dipertua: Satu cadangan yang baik. Memerlukan penelitian bersama AJK beliau
untuk tindakan.

6.6

Puan Norlela Selamat melihat beberapa kelas yang berlubang lantainya dan memerlukan
pembaikan. Meja juga tidak berlaci dan berlapik.
Jawapan Yang Dipertua: Program keceriaan kelas sudah pun berjalan, dan pihak sekolah akan
mengambil kira semua aspek untuk tujuan tersebut. Oleh itu perkara ini akan dipanjangkan kepada

guru besar bagi membolehkan aduan terus ke PPD atau kita selaku PIBG terus melakukan
pembaikan bergantung kepada bajet yang ada.
7. Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG
Menyatakan tanggungjawab kepada PIBG akan dilaksanakan amanat dengan sebaik-baiknya.
Berharap komitmen dan kerjasama dari ibu bapa untuk membantu agar program yang bakal dijalankan
dilaksanakan sebaik mungkin.
Beliau juga memberikan nombor telefon kepada hadirin agar dapat beliau menerima sebarang maklumat
dari ibu bapa samada melalui sms, aplikasi Whatsapp dan panggilan terus.
YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir pada mesyuarat PIBG kali ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.40 pagi.

Disediakan oleh:

.
(MUHAMMAD AMIRUL AMIN BIN ZAILANI)
SETIAUSAHA PIBG
Sekolah Kebangsaan Puncak Alam
Sesi 2015/2016

Disemak oleh:

..
(MUHAMMAD AZHAR BIN ABDULLAH)
YANG DI PERTUA PIBG
Sekolah kebangsaan Puncak Alam
Sesi 2015/2016

Disahkan oleh

..
(MAHANI BIN MASIRAN)
PENASIHAT PIBG
Sekolah Kebangsaan Puncak Alam

Anda mungkin juga menyukai