Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM HARI PENETAPAN TARGET UPSR 2019

SK BATU EMPAT (1) JALAN IPOH, KUALA LUMPUR

1.0 PENGENALAN

Hari Penetapan Target ini dianjurkan untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada murid
tahun 6 untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing dengan meletakkan suatu
target bagi setiap mata pelajaran peperiksaan awam (UPSR 2019) yang akan diduduki pada
tahun ini. Dalam erti kata lain, semasa program ini nanti, ibu bapa atau penjaga bersama-
sama murid tahun 6 berupaya merencanakan target atau matlamat murid. Pada masa yang
sama pihak sekolah secara tidak langsung dapat menentukan target setiap mata pelajaran
utama di sekolah.

Justeru itu, melalui pemuafakatan antara pihak sekolah , ibu bapa atau penjaga bersama-sama
murid tahun 6 secara tidak langsung dapat memantapkan institusi kekeluargaan ke arah
kecemerlangan dalam aspek akademik khasnya.

2.0 RASIONAL

 Permuafakatan antara guru dan ibu bapa akan dapat memberi peluang kepada
penyelesaian masalah pembelajaran murid.
 Menunjukkan kepekaan ibu bapa terhadap bidang akademik dan sahsiah anak-anak.
 Ibu bapa sedar akan tanggungjawab mereka serta memberi sokongan penuh kepada
program sekolah.
 Kerjasama antara ibu bapa dan guru diperlukan untuk meningkatkan kecemerlangan
akademik.

3.0 OBJEKTIF

 Meningkatkan peratus keseluruhan UPSR SK Batu Empat (1) Jalan Ipoh.


 Menambah bilangan murid lulus di dalam UPSR 2019.
 Mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ibu bapa untuk memantau pembelajaran
anak-anak semasa di rumah.
 Memastikan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah sentiasa berterusan dan
harmonis.
 Memastikan penyaluran maklumat kepada ibu bapa berhubung dengan prestasi murid
TAHUN 6 berjalan lancar.

 Meningkatkan kemenjadian murid melalui permuafakatan ibu bapa dan guru.

4.0 SASARAN

Ibu bapa, penjaga dan semua murid TAHUN 6 2019


5.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 26 Januari 2019

Masa : 8.15 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat: Laman Teduh, SK Batu Empat (1) Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Norzita binti Hj Mohamad Noh (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : En. Wen Beng Heng ( GPK Tadbir dan Kurikulum)

Naib Pengerusi : Pn. Norbita binti Mohd Nor ( GPK HEM)

Pn. Niziani binti Jusoh ( GPK Kokurikulum)

En. Salim bin Mohd Ikhwan ( GPK PPKI)

Penyelaras : En. Khairul Nizam bin Othman

Bendahari : Pn. Nor Asiah binti Aziz

AJK : Semua guru

7.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 Pagi : Pendaftaran

8.45 Pagi : Ucapan Pengerusi Majlis

Nyanyian lagu “Negaraku”

Bacaan Doa

Ucapan YDP PIBG, En. Nazri bin Dzulfikar

Penerangan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)


oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En. Wen Beng Heng.

Penerangan Program Kecemerlangan UPSR oleh Guru Besar,


Pn. Norzita binti Hj Mohamad Noh

Bacaan ikrar murid

12.30 Petang : Majlis Bersurai


8.0 LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

Sebelum program

Sebelum program Hari Penetapan Target UPSR 2019 , satu meysuarat telah dijalankan bagi
melantik jawatankuasa yang terlibat dan membuat perancangan aktiviti untuk hari tersebut.
Hasil mesyuarat yang dijalankan pada 16 Januari 2019 iaitu hari Rabu, penyelaras bagi
Program Penetapan Target telah dipilih iaitu En. Khairul Nizam bin Othman. Jawatankuasa
lain pula melibatkan semua guru. Selepas jawatankuasa dibentuk, penyelaras telah membuat
satu kertas kerja berhubung tentati program pada hari tersebut untuk tujuan penyemakan
Guru Besar. Guru Besar menyambut baik dan menerima kertras kerja tersebut. Taklimat
sebelum program tealah diadakan dengan pihak pentadbir dan semua guru pada 21 Januari
2019. Guru –guru diedarkan senarai tugas dan ahli jawatankuasa pelaksana yang terlibat
secara langsung dengan program ini. Penyelaras program juga telah memberi penjelasan yang
terperinci tentang perjalanan program. Sehari sebelum program, raptai bacaan ikrar telah
dijalankan oleh ahli jawatankuasa yang terlibat bersama semua murid tahun 6.

Semasa Program

Program Hari Penetapan Target telah bermula pada pukul 8.00 pagi dengan pendaftaran ibu-
bapa. Majlis Penetapan Target dimulakan dengan ucapan pengerusi Majlis diikuti dengan
nyanyian lagu negaraku . Seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Kamarudzaman dan ucapan Yang
Dipertua PIBG. Majlis diteruskan dengan penerangan Pelaporan Pentaksiran Sekolah
Rendah (PPSR) oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En. Wen Beng Heng. Selepas itu, Guru
Besar , Pn. Norzita binti Hj Mohamad Noh telah memberi penerangan Program
Kecemerlangan UPSR kepada murid – murid dan ibu – bapa . Majlis diakhiri dengan bacaan
ikrar oleh murid tahun 6 di atas pentas. Diharapkan Program Penetapan Target ini dapat
membuka minda murid- murid dan ibu- bapa terhadap kepentingan peperiksaan UPSR dan
persediaan untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2019.

Selepas Program

Program Penetapan Target telah tamat dengan jayanya pada pukul 12.30 tengahari. Semua
Ahli Jawatankuasa Utama dan Jawatankuasa Kerja telah memberikan kerjasama untuk
menjayakan Progarm Penetapan Target ini. Satu Post Mortem telah diadakan pada 28 Januari
2019 pada pukul 2.00 petang di Bilik Gerakan. Beberapa perkara telah dibincangkan dan
penambahbaikan diharapkan akan dibuat untuk program sekolah yang akan datang. Selepas
Program penetapan Target selesai, satu laporan berkenaan program telah dibuat oleh Ajk
dokumentasi dan disemak oleh Guru Besar, Puan Norzita Bt Mohamad Noh.
9.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Program Penetapan Target UPSR berjalan dengan lancar dan mendapat kerasama yang
baik daripada murid, guru dan ibu-bapa. Murid- murid telah menunukkan komitmen yang
baik dalam bacaan ikrar yang bersemangat. Ibu- bapa juga menunjukkan kesungguhan
dengan meluangkan masa menghadiri majlis ini . Ibu- bapa juga telah bersetuju untuk
memberi sumbangan UPSR sebanyak RM 220.00 bagi anak – anak mereka. Semua guru
juga telah memberikan kerjasama yang tidak terhingga untuk menjayakan Majlis
Penetapan Target UPSR 2019.

10.0 KEMAJUAN/MASALAH

Ibu – bapa dapat mengenali pihak Pentadbir dan guru – guru yang mengajar anak – anak -
bapa mereka. Ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan ibu –
bapa. Ibu- bapa juga nampak lebih mesra berkomunikasi dengan guru –guru serta
berkongsi masalah anak mereka. Murid –murid pula dapat menetapkan target UPSR
mereka dan ini menjadi satu dorongan untuk mereka lebih berusaha mencapai
kecemerlangan.

Beberapa ibu –bapa yang tidak hadir ke Program Penetapan Target tidak mengetahui
tentang program sekolah yang telah dirancang untuk Kecemerlangan UPSR . Oleh itu,
ibu bapa tersebut tidak dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak sekolah.

11.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan penambahbaikan yang telah dibincangkan adalah:

a) Persediaan awal perlu dibuat oleh AJK Program untuk melicinkan perjalanan
program.
b) Aturcara Majlis perlu diselaraskan mengikut tentatif majlis iaitu setiap majlis perlu
dimulakan dengan lagu Negaraku dan diikuti dengan bacaan doa .
c) Lagu Negaraku juga perlu diiringi dengan musik dan liriklagu pada skrin.
d) Makanan VIP pula perlu dihidang dan bukanya secara buffet serta peralatan makan
perlu disediakan mengikut kesesuaian.

Diharapkan majlis – majlis sekolah yang seterusnya akan membuat penambahbaikan dan
meningkatkan efisiensi pengendalian malis rasmi sekolah
12.0 PENUTUP

Program Penetapan Target UPSR 2019 telah berjalan dengan baik hasil kerjasama
daripada semua pihak. Pihak sekolah berharap semua ibu – bapa murid tahun 6 dapat
memberi sokongan padu pada pihak sekolah untuk menjayakan semua program –
program yang telah dirancang oleh pihak sekolah demi kejayaan murid – murid dalam
UPSR 2019.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

_______________ _________________

THULASI VISVANATHAN WEN BENG HENG


AJK DOKUMENTASI GPK TADBIR & KURIKULUM

SK BATU EMPAT 1 SK BATU EMPAT 1

KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR

Disahkan Oleh,

_________________

NORZITA BT MOHAMAD NOH


GURU BESAR

SK BATU EMPAT 1

KUALA LUMPUR

Anda mungkin juga menyukai