Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2022

Program Transisi Tahun Satu 2022 merupakan satu program yang dirangka untuk menyediakan
murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di
sekolah rendah. Program ini dirangka dengan mengambil kira kandungan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan
penekanan terhadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid. Program ini diharapkan dapat
membantu murid dari pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan perkembangan
sosioemosi untuk proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap perkembangan dan
pencapaian yang hampir sama.

Objektif

1. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.

2. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.

3. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial

serta pembelajaran.

4. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran

seterusnya.

Program Transisi Tahun Satu diorganisasi dalam 3 fasa iaitu:

1. Fasa 1: Persediaan

Fasa persediaan dilaksanakan sebelum sesi persekolahan bermula iaitu pada 21 Mac hingga
15 April 2022. Fasa ini penekanan terhadap kesediaan pentadbir, guru, ibu bapa/penjaga,
murid dan persekitaran fizikal sebelum sesi persekolahan bermula.

2. Fasa 2: Penyesuaian

Fasa penyesuaian bermula pada 4 April hingga 15 April 2022 menggunakan Modul Orientasi.
Fasa ini bertujuan untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan situasi dan
persekitaran sekolah serta membina hubungan baik dengan rakan dan guru.

3. Fasa 3: Kesediaan

Fasa kesediaan menggunakan Modul PdP. Fasa ini bertujuan menyediakan murid dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.

1
KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf, Askar Melayu Diraja, Taiping Perak.

KEKUATAN PROGRAM

Aspek Pengurusan
Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1 telah diadakan selama 4 minggu berturut-turut.
Bermula pada 21 Mac 2022 hingga 15 April 2022. Program Transisi ini telah berjalan dengan
lancar kerana adanya komitmen dan kerjasama dari semua pihak baik dari pihak pentadbir,
guru-guru, ibu bapa dan juga anggota kumpulan sokongan. Segala aktiviti yang telah
dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Aspek Kesediaan Guru Tahun 1

Secara keseluruhannya, semua guru yang mengajar Tahun 1 telah didedahkan dengan
kurikulum baharu ini, baik yang telah menghadiri sendiri kursus KSSR mahupun melalui
pendedahan yang telah dijalankan di peringkat sekolah. Semua guru dan murid Tahun 1
menunjukkan semangat yang tinggi dalam menjayakan program ini.

Aspek Kesediaan Murid

Semua murid yang masuk ke Tahun Satu bagi sesi 2022 telah bersedia untuk mendapat
pendidikan secara formal kerana mereka semua telah mendapat pendidikan di peringkat
prasekolah sebelum ini. Justeru, murid-murid ini mudah menerima dan memahami segala
aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Transisi dan tidak ada seorang pun murid meragam
atau dijaga oleh ibu bapa mereka sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Mereka juga
memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada guru-guru yang mengajar.

Keadaan Fizikal Sekolah

Kelas Tahun Satu terletak bersebelahan dengan kelas tahun 2 dan wakaf aktiviti. Ini
memudahkan segala aktiviti murid dipantau oleh guru-guru dan keselamatan mereka terjaga.
Kelas Tahun Satu ini merupakan bilik yang telah diubahsuai mengikut SOP PKP dalam situasi
COVID 19. Meja dan kerusi juga mencukupi untuk menampung jumlah murid. Meja murid juga
dilekatkan dengan nama murid dan dalam jarak 1 meter setiap murid. Paip air dan sabun
pencuci juga disediakan di luar kelas bagi memudahkan murid mencuci tangan.

2
KELEMAHAN PROGRAM
Terdapat masalah teknikal di mana terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan murid yang lain.

CADANGAN MASA HADAPAN


Program Transisi ini patut diteruskan kerana program ini dapat membantu murid menyesuaikan
diri dengan alam persekolahan formal dan mengetahui sedikit sebanyak topik dan tema
pelajaran yang akan diajar. Bagi pihak guru pula, melalui program ini dapat mengenal pasti
tahap pencapaian setiap murid bagi membolehkan guru merancang cara pengajaran dan
membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran agar tidak ketinggalan.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, sepanjang Program Transisi yang berlangsung selama 4 minggu guru
dan murid tidak menghadapi sebarang masalah. Kejayaan perlaksanaan program ini kerana
ada kerjasama dari pihak ibu bapa murid-murid dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada
guru-guru untuk membimbing anak-anak mereka menyesuaikan diri dengan alam
persekolahan. Program Transisi ini juga banyak membantu murid-murid untuk mengetahui
keadaan sekitar sekolah, suasana pembelajaran dalam kelas, disiplin dan peraturan sekolah,
aktiviti fizikal iaitu Pendidikan Jasmani dan yang paling penting sikap kerjasama dan hormat-
menghormati antara satu sama lain.

3
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
2022

PENASIHAT

ENCIK FAREEZUAN ONG BIN ABDULLAH

GURU BESAR

PENGERUSI

ENCIK ALLY BASIRA BIN MOHD KHALIL

PEN. KANAN HEM

NAIB PENGERUSI 1

PUAN HJH HAMIMAH BINTI AHMAD

PEN. KANAN KURIKULUM

SETIAUSAHA PENYELARAS

PUAN SITI NOORANOM PUAN NUR DIYANA BINTI ZAKARIA

BINTI R.ZAIRUDDIN

AHLI JAWATAN KUASA KECIL

PUAN FAZILAH BINTI HAMID

PUAN ISNAWATI BINTI ARIFFIN @ ISMAIL

PUAN SURYATI BINTI JAHARUDIN

PUAN ROSLINA BINTI BAHAROM

PUAN AINI HAYATI BINTI ASMEE

PUAN DANG WANNI BINTI IBRAHIM

ENCIK MOHD SHAHEER BIN MOHD WAZIR

ENCIK MOHD SHUKRAN BIN MOHD SHAHIDAN

4
LATAR BELAKANG

Nama Sekolah : SK. Sultan Yussuf Askar Melayu Di Raja, 34000

Taiping.

No. Tel. Sekolah : 05 8069904

Jenis Sekolah : Sekolah Kebangsaan

Jumlah Murid Tahun 1 : 25 Orang

Bilangan Guru Tahun 1 : 10 Orang

Bahasa Malaysia : Puan Roslina Binti Baharom

Puan Nur Diyana Binti Zakaria

Bahasa Inggeris : Puan Siti Nooranom Binti R.Zairuddin

Matematik : Puan Dang Wanni Binti Ibrahim

Dunia Sains dan Teknologi : Puan Suryati Binti Jaharudin

Pendidikan Jasmani & Kesihatan : Encik Mohd Shaheer bin Mohd Wazir

Puan Nur Diyana Binti Zakaria

Pendidikan Agama Islam : Puan Isnawati binti Ariffin @ Ismail

Puan Fazilah Binti Hamid

Pendidikan Moral : Puan Aini Hayati Binti Asmee

Pendidikan Bahasa Arab : Encik Mohd Shukran bin Mohd Shahidan

Pendidikan Muzik : Puan Aini Hayati Binti Asmee

5
                

Pelaksanaan Progran Transisi ini terbahagi kepada 3 fasa.


Fasa 1 : Persediaan
Fasa persediaan dilaksanakan sebelum sesi persekolahan bermula iaitu pada 21 Mac hingga
15 April 2022. Fasa ini penekanan terhadap kesediaan pentadbir, guru, ibu bapa/penjaga,
murid dan persekitaran fizikal sebelum sesi persekolahan bermula. Masing-masing mempunyai
peranan dan tanggungjawab untuk memasti program transisi berjalan lancar dan berkesan.

Pentadbir
Pentadbir sekolah perlu merancang, melaksana dan memantau perjalanan program transisi
juga perlu membuat persediaan dari aspek pengurusan serta pemantauan dan penilaian.

Mesyuarat Program Transisi Tahun Satu 2022 ( rujuk lampiran )

Guru
Guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan program transisi terutamanya guru kelas
yang dapat membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran, rakan dan guru baharu
dengan lebih mudah. Kejayaan program transisi bergantung kepada keupayaan guru
merancang dan melaksanakan setiap aktiviti.

GURU MATA PELAJARAN & PSV

PN. NUR DIYANA BINTI ZAKARIA BAHASA MELAYU

PN. ROSLINA BINTI BAHAROM

PN. ZETI BINTI AZIZ BAHASA INGGERIS

PN. SITI NOORANOM BINTI R.ZAIRUDDIN

PN. DANG WANNI BINTI IBRAHIM MATEMATIK

PN. SURYATI BINTI JAHARUDIN SAINS

6
PN. ISNAWATI BINTI ARIFFIN @ ISMAIL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

PN. FAZILAH BINTI HAMID

EN. MOHD SHUKRAN B. MOHD SHAHIDAN BAHASA ARAB

EN. MOHD SHAHEER BIN MOHD WAZIR PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

PN. NUR DIYANA BINTI ZAKARIA

PN. AINI HAYATI BINTI ASMEE PENDIDIKAN MORAL

PN. ROSLINA BINTI BAHAROM PENDIDIKAN SENI

PN. AINI HAYATI BINTI ASMEE PENDIDIKAN MUZIK

7
Ibu Bapa dan Murid

Ibu bapa/penjaga memainkan peranan penting untuk membantu anak mereka dalam

proses transisi dari rumah/prasekolah ke Tahun Satu. Menyediakan anak dari aspek mental,
sosioemosi dan fizikal serta memberi dorongan dan gambaran positif tentang pembelajaran di
Tahun Satu.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memotivasikan anak-anak untuk ke sekolah.
Semangat yang tinggi untuk ke sekolah amat membanggakan. ( rujuk lampiran )

8
Persekitaran Fizikal
Pengurusan sekolah telah memastikan persekitaran fizikal sekolah berada dalam keadaan yang
kondusif, bersih dan selamat. Keadaan kelas yang kondusif dan mematuhi SOP.

Penyediaan kelas dan pemberian buku teks sebelum sesi persekolahan bermula.
( rujuk lampiran)

Fasa 2 : Penyesuaian
Fasa Penyesuaian bermula pada 21 Mac hingga 1 April 2022 menggunakan
Modul Orientasi. Fasa ini bertujuan untuk membolehkan murid menyesuaikan diri
dengan situasi dan persekitaran sekolah serta membina hubungan baik dengan
rakan dan guru.

Penyesuaian kehadiran ke sekolah dengan Norma Baharu. ( rujuk lampiran )

Murid dapat menyesuaikan diri bagi sesi pembelajaran dalam Norma Baharu. ( rujuk lampiran )

Lawatan ke persekitaran sekolah : Tandas, Kantin dan Bilik Guru. ( rujuk lampiran )

9
Fasa 3: Kesediaan
Fasa kesediaan bermula pada 4 April hingga 15 April 2022 menggunakan Modul PdP. Fasa ini
bertujuan menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran
seterusnya.

Waktu Rehat Norma Baharu

Murid berbaris untuk ke kantin diiringi oleh guru. Murid berbaris bagi mengambil makanan untuk
dibawa ke kelas.

Murid mencuci tangan sebelum makan dan dipantau oleh guru semasa makan di dalam kelas.

( rujuk lampiran )

10
AKTIVITI PEMBELAJARAN BERTEMA
Bagi merealisasikan hasrat program ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
menyediakan Modul PdP Program Transisi Tahun Satu 2022 sebagai panduan dan rujukan
kepada guru-guru, untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam suasana
yang bermakna dan menyeronokkan.

Modul PdP ini dibangun berasaskan lima aspek pembelajaran iaitu kognitif; nilai; kreativiti
dan estetika; kesejahteraan fizikal dan kesihatan; dan sosioemosi berasaskan pendekatan
modular, bersepadu dan bertema. Modul ini mengandungi empat tema dan subtema.

TEMA SUBTEMA

KESIHATAN Jaga kebersihan

DUNIA DI SEKELILING SAYA Warna

ALAM SEKITAR Haiwan

DIRI SAYA Tubuh saya

Murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan individu mengikut tema, subtema dan tajuk
yang diberikan.

( rujuk lampiran )

11
Disediakan oleh:                                      Disahkan Oleh,                               

____________________________                    _____________________________

SITI NOORANOM BINTI R.ZAIRUDDIN                 EN. ALLY BASIRA BIN MOHD KHALIL

Setiausaha Program,                                               Penolong Kanan HEM,

SK. Sultan Yussuf AMDR                                        SK. Sultan Yussuf AMDR

12

Anda mungkin juga menyukai