Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2019

SK PULONG TENOM

Nama Program : Program Transisi Tahun satu 2019

Tempat : SK Pulong Tenom

Tarikh : 2 hingga 22 Januari 2019

Penglibatan : Murid-murid Tahun satu dan semua guru

1.0 PENDAHULUAN
Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk
membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan keadaan, persekitaran dan
pembelajaran yang berbeza daripada alam pendidikan di prasekolah/ tadika ataupun
rumah.
Melalui program ini, para guru dapat menyelaras keperluan kognitif, emosi
dan jasmani murid-murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu. Program ini juga diharap
dapat meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa
sebarang masalah.

2.0 OBJEKTIF
A) Mengembangkan sosio-emosi dab menyesuaikan diri kepada persekitaran
pembelajaran yang formal
B) Membimbing murid Tahun 1 berkaitan amalan, budaya dana dab ketika berada di
sekolah.
C) Mengeratkan hubungan dengan para guru supaya proses pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
D) Dapat mengenalpasti potensi dan minat murid dari awal sesi persekolahan dari segi
kognitif, kebolehan, kecenderungan dan keupayaan murid dalam sesuatu bidang
atau mata pelajaran.
3.0 AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM TRANSISI TAHUN
SATU SK PULONG 2019

PENGERUSI

Puan Norsiah Bansunin

NAIB PENGERUSI 1

Encik Tukirin bin Matahar

NAIB PENGERUSI 2

Puan Aziah bt Runggi

NAIB PENGERUSI 3

Encik Mohd Rizal Chung

PENYELARAS & SETIAUSAHA

Puan Bilinica Laapan

GURU MATA PELAJARAN TAHUN 1

Puan Bilinica Laapan


Puan Ajellen binti Antarik
Ustaz Mohd Faizal Che Hassan
Puan Aziah binti Runggi
Puan Masni Muslim
Puan Radiah Salleh
Encik Tom Richard Rantin
4.0 PELAKSANAAN

Sebelum Program:
Sebelum Program Transisi & Guru Penyayang Tahun 1 dijalankan, satu mesyuarat telah
dijalankan bagi melantik jawatankuasa yang terlibat dan membuat perancangan aktiviti
sepanjang tiga minggu program ini berlangsung. Hasil mesyuarat yang dijalankan pada 23
November 2018, penyelaras bagi Program Transisi & Guru Penyayang telah dipilih iaitu Pn.
Puan Bilinica bt Laapan sekaligus dilantik menjadi guru kelas bagi tahun satu. Jawatankuasa
lain pula melibatkan semua guru.
Selepas jawatankuasa dibentuk, penyelaras telah membuat satu kertas kerja berhubung
jadual aktiviti murid sepanjang tiga minggu untuk tujuan penyemakan oleh Guru Besar. Guru
Besar menyambut baik dan menerima kertas kerja tersebut. Satu jadual aktiviti (rujuk
Jadual 1) sepanjang program turut diedarkan kepada setiap orang guru yang terlibat
mengajar tahun satu.

Semasa Program:
Program Transisi & Guru Penyayang bermula pada 3 Januari hingga 22 Januari 2018.
Segala aktiviti guru bersama murid berjalan dengan lancar mengikut jadual. Murid-murid
memberikan kerjasama dan reaksi yang positif sepanjang mengikuti program transisi ini.
Bukan itu sahaja, pujian turut diberikan kepada ibu bapa murid-murid kerana memberikan
kerjasama yang baik dan turut mengambil berat tentang perjalanan program ini. Pada hari
pertama persekolahan iaitu 3 Januari 2018, satu taklimat dan perjumpaan ringkas diadakan
antara ibu bapa murid tahun satu bersama Guru Besar Puan Norsiah Bansunin dan Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Aziah Bt Runggi untuk memberi penerangan tentang Program
Transisi ini. Dalam perjumpaan tersebut, PK HEM memberi penerangan serba sedikit tentang
Program Transisi & Guru Penyayang. Sepanjang program ini, guru-guru yang terlibat telah
menjalankan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk memupuk sifat berani, yakin diri dan
kerjasama dalam diri murid-murid. Selain itu, aktiviti yang dijalankan diharapkan dapat
memberi gambaran awal kepada murid-murid sekaligus memberi persediaan kepada mereka
untuk belajar di tahun satu.
Selepas Program:
Program Transisi & Guru Penyayang telah tamat pada 22 Januari 2018. Satu majlis
penutupan telah diadakan sebagai simbolik tamatnya murid-murid tahun satu menjalani
program transisi. Pada majlis penutupan ini, penyelaras telah memilih tiga orang murid
sebagai murid terbaik bagi kategori murid aktif, murid paling rajin dan murid harapan. Dua
persembahan juga telah dipersembahkan oleh murid-murid tahun satu. Persembahan ini
merupakan hasil bimbingan guru kelas Tahun Satu. Selepas program transisi selesai, satu
laporan berkenaan program telah dibuat oleh penyelaras dan disemak oleh Guru Besar, Puan
Norsiah Bansunin.

5.0 PENUTUP
Program Transisi Tahun satu ini berjalan dengan lancar hasil daripada kerjasama
semua pihak dan guru-guru sekolah SK Pulong Tenom. Pihak sekolah berharap semua
ibu bapa dapat menghantar anak-anak mereka yang cukup umur untuk mendaftar di
sekolah supaya mendapat pendidikan awal di sekolah. Program Transisi yang dijalankan
selama tiga minggu ini diharap dapat memupuk sifat yakin dan berani murid-murid tahun
satu terutama dalam pergaulan seharian.

Disediakan oleh disemak oleh

(Bilinica Laapan) (Puan Aziah Runggi)


Penyelaras Transisi Penolong Kanan Hem

Disahkan oleh

(Puan Norsiah Bansunin)


Guru Besar SK Pulong

Anda mungkin juga menyukai