Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu
murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada
pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat
memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio
ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap
pencapaian yang hampir sama.
Tujuan Program :
1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan kawan baru dalam
masa yang singkat.
2. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid
secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun 1.
3. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk dating kese kolah tanpa banyak masalah.
Objektif :
1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran yang
formal.
2. Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran Tahun 1.
3. Mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran yang seterusnya.
4. Menyesuaikan diri di kelas Tahun 1.
5. Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

Minda Cerdas
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif
melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan
yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas. Dalam
masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui
aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain
dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap
keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang
ada atau yang dibawa dari prasekolah.
Mata Bercahaya
Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-sama
dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru. Semangat dan minat mereka
akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan
sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini
dapat diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika
untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.
CARTA INDUK ORGANISASI PROGRAM TRANSISI 2020

PENASIHAT
En Banun bin Mat Jusoh
( Guru Besar )

PENGERUSI
En Maiddin bin Mat
( PK Pentadbiran )

NAIB PENGERUSI 1
En Che Rosli bin Che Esa
( PK HEM )

NAIB PENGERUSI 2
En Baharin bin Awang
( PK Kokurikulum )

PENYELARAS
En Che Razak bin Che Dir

SETIAUSAHA
Pn Suria bt Senik

AJK
Semua guru-guru Tahun 1

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM TRANSISI DAN PENDAFTARAN


TAHUN 1 2020

PENASIHAT : En Banun bin Mat Jusoh ( Guru Besar )

PENGERUSI : En Maiddin bin Mat ( PK Pentadbiran )

NAIB PENGERUSI 1 : En Che Rosli bin Che Esa ( PK HEM )

NAIB PENGERUSI 2 : En Baharin bin Awang ( PK Kokurikulum )

PENYELARAS : En Che Razak bin Che Dir

SETIAUSAHA : Pn Suria bt Senik

AJK :

Buku Program : En Mohd Halimi bin Harun

Persiapan Pentas : Pn Rohimah bt Mahmood


Pn Norihan Mohd Ghazali
Pn Mariana bt Ahmad

Jurufoto : En Zainuddin bin Jusoh


Pendaftaran : En Che Razak bin Che Dir
Pn Suria bt Senik

Pengacara Majlis : Pn Norlida bt Mat Yunus

PELAN TINDAKAN PROGRAM TRANSISI 2020

TARIKH AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN


November Taklimat Program Transisi kepada guru- Bilik Gerakan Semua guru Tahun
2019 guru 1 2020
Kursus Dalaman kepada guru-guru Tahun
1 2020

November Membentuk Jawatankuasa Penyelaras Transisi


2019 1. Jawatankuasa Induk
2. Jawatankuasa Kerja

November Maklumkan kepada ibubapa berkenaan Pejabat Kerani


2019 pengesahan kemasukan murid ke Tahun 1

Disember Mesyuarat Transisi kali pertama 2020 Bilik Gerakan AJK Transisi
2019 Mengedarkan jadual Transisi 3 minggu

Disember Penyelenggaraan Kelas Bilik Darjah AJK Transisi


2019 1. Kerja-kerja pembersihan
2. Menyusun atur perabot / kerusi /
meja

31 Disember Pendaftaran Murid Tahun 1 Bilik Darjah 1 Arif Pentadbir


2019 Taklimat Ibubapa/Penjaga Murid Tahun 1 AJK Transisi

1 Januari Program Transisi bermula selama 3 Semua guru Tahun


2020 minggu 1
JADUAL TRANSISI TAHUN 1 2020
SK KOK PAUH

Anda mungkin juga menyukai