Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN GPK HEM

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2.0


(PTTS 2.0)
SESI AKADEMIK 2023/2024

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum WBT…

Yang Berusaha, Encik Azri bin Suratin, Naib YDP PIBG SK LKTP
Pemanis 1. Yang dihormati, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Cikgu Mohd Abdul Ghani bin Mohd Noor. Semua anak-anak Tahun
1 yang diraikan pada hari ini.

Juga tidak ketinggalan kepada semua guru-guru dan murid-murid


SK LKTP PEMANS 1.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana


dengan taufik dan hidayahNya dapat kita berkumpul bagi
meraikan Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 Sesi
Akademik 2023/2024. Setinggi-tinggi ucapan Tahniah dan
Syabas kepada semua anak-anak tahun 1 yang telah berjaya
menjalani program transisi selama 4 minggu ini. Tidak lupa juga
ucapan tahniah dan terima kasih kepasa semua guru-guru Tahun
1 yang telah berusaha menjayakan program ini di peringkat
sekolah. Syabas!!!

Program Transisi Tahun 1 yang telah dilaksanakan ini bertujuan


menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri
dan membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah.

Kerangka konsep Program Transisi Tahun Satu 2.0 ini


dibangunkan berasaskan lima aspek iaitu sosioemosi, sikap dan
nilai, kognitif (termasuk literasi dan numerasi asas), kreativiti
dan estetika serta kesejahteraan fizikal dan kesihatan. Kelima-
lima aspek ini dilaksanakan berasaskan pendekatan bertema dan
bersepadu.

Hadirin yang dikasihi,


Kejayaan pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu 2.0 ini amat
bergantung kepada kerjasama dan sokongan semua pihak
termasuklah ibu bapa/penjaga, pentadbir dan guru. Persekitaran
sekolah dan rumah yang kondusif serta memberangsangkan juga
menjadi faktor utama dalam proses pembelajaran murid.

Penekanan juga telah diberikan kepada persediaan dan


penguasaan murid dalam kelima-lima aspek di atas bagi
mengupayakan mereka untuk terus melangkah ke pembelajaran
seterusnya di Tahun 1.

Sebagai makluman, program transisi ini telah dijalankan dalam


dua Fasa iaitu Fasa Penyesuaian yang telah dilaksanakan selama
2 minggu bermula 19 Mac sehingga 30 Mac 2023 yang lalu.
Seterusnya, Fasa yang kedua iaitu Fasa Kesediaan yang juga
telah dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu bermula 2 April
sehingga 13 April 2023.

Oleh itu, Saya berharap semoga anak-anak Tahun 1 telah dapat


bersedia dengan perubahan di alam persekolahan rasmi yang
baharu ini. Akhir kata..saya ingin mengambil kesempatan
mengucapkan selamat maju jaya kepada semua anak-anak Tahun
1 SK LKTP Pemanis 1.

Sekian “Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum WBT”


Terima Kasih…

Anda mungkin juga menyukai