Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM TRANSISI & GURU

PENYAYANG
(TAHUN 1)
2019

Tarikh Pelaksanaan
02 Januari 2019 hingga 18 Januari 2019
______________________________________________________________________

PELAKSANAAN
PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
NEGERI PAHANG, 2019

1. RASIONAL

1.1 Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun Satu merupakan satu
program bagi membantu murid yang masuk ke Tahun Satu untuk
menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau
prasekolah/tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah
rendah.

1.2 Program Transisi dan Guru Penyayang juga bertujuan memastikan


semua murid Tahun Satu yang datangnya daripada latar belakang,
pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan
proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir
sama.

1.3 Kit Program Transisi telah dibina oleh BPK dan diedarkan ke semua
sekolah rendah sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibat
melaksana dan menjalankan aktiviti Program Transisi ini secara
bersistematik dan seragam pada semua peringkat.

2. MATLAMAT

2.1 Dalam pelaksanaan Program Transisi dan Guru Penyayang ini, penilaian
terhadap program sangat diperlukan untuk menilai keberkesanan
program secara keseluruhan sama ada mencapai matlamat yang
diharapkan serta mengenal pasti tahap pencapaian dan kemajuan setiap
murid Tahun Satu.

2.2 Bagi memastikan Program Transisi dan Guru Penyayang ini difahami,
dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan di semua
sekolah rendah di negeri Pahang, maka pemeriksaan secara langsung
dan menyeluruh merangkumi segala aspek yang berkaitan perlu
diadakan.
3. STATUS DAN PUNCA KUASA PELAKSANAAN

BAHAN RUJUKAN/
TEMPOH & TARIKH KUAT KUASA
PANDUAN

Kit Program Transisi yang


3 bulan dikeluarkan oleh BPK
(mulai 2001)

3 minggu Kit Program Transisi yang


(mulai 2007) dikeluarkan oleh BPK (boleh
diubahsuai oleh pihak
sekolah mengikut tempoh
Punca kuasa: pelaksanaan 3 minggu)

Surat Siaran: Pelaksanaan Program Transisi dan Guru


Penyayang serta Kelas Intervensi Awal Membaca dan
Menulis (KIA2M) Murid Tahun 1 2007
Ruj. Surat: KP(PPK) 1200-1/1(38)
Tarikh Surat: 04 Disember 2006

Status Pelaksanaan Program Transisi Tahun 1


Ruj. Surat: KPMSP 600-5/1/1(25)
Tarikh Surat: 8 Ogos 2016

Ketetapan Mesyuarat Penyelarasan Program Bahasa


Melayu Rendah BPK, KPM bersama-sama Pegawai
Bahasa Jabatan Pendidikan Negeri 2016 pada 3 Mac
2016 (Rabu)

 Laporan pelaksanaan perlu dihantar ke JPN


(akhir Januari / awal Februari)
4. OBJEKTIF

Pemeriksaan ini perlu dijalankan untuk:

4.1 membantu sekolah memahami aspek perancangan, persediaan dan


pelaksanaan Program Transisi dan Guru Penyayang,

4.2 mengumpulkan status dan hasil pelaksanaan Program Transisi dan Guru
Penyayang daripada aspek perancangan sebelum, semasa dan selepas
program,

4.3 menilai keberkesanan program daripada aspek kesediaan guru dan


sekolah, serta perancangan aktiviti,

4.4 mengenal pasti isu-isu yang timbul di peringkat sekolah dan


mengemukakan cadangan penambahbaikan,

4,5 menyedia dan melaporkan pencapaian pelaksanaan Program Transisi


dan Guru Penyayang.

5. SASARAN DAN TARIKH PEMERIKSAAN

5.1 Sekurang-kurang 50% sekolah rendah dalam daerah diperiksa oleh


Pegawai Akademik dari Pejabat Pendidikan Daerah.

5.2 Cadangan tarikh pemeriksaan ialah tiga minggu pertama persekolahan


awal tahun 2019, iaitu dari 2 Januari hingga 18 Januari 2019.

6. ASPEK PEMERIKSAAN

6.1 Pengurusan

6.1.1 Perancangan program peringkat sekolah (kertas cadangan/kertas


kerja/brosur/jadual aktiviti).

6.1.2 Penubuhan jawatankuasa peringkat sekolah.

6.1.3 Penyebaran program dalam kalangan guru, warga sekolah

6.1.4 Pelaksanaan aktiviti dan taklimat kepada ibu bapa / penjaga murid
Tahun 1.

6.2 Guru

6.2.1 Memahami objektif Program Transisi dan Guru Penyayang.


6.2.2 Persediaan menjalankan dan melaksanakan aktiviti Program
Transisi dan Guru Penyayang.

6.3 Murid

6.3.1 Penyesuaian diri dengan kawan-kawan, guru dan persekitaran di


sekolah.

6.3.2 Penguasaan kemahiran pratulisan, prabacaan, pranombor,


prawarna dan interpersonal.

6.3.3 Mempunyai keyakinan diri dan perkembangan sosio-emosi serta


pemupukan nilai-nilai murni.

6.4 Fizikal Bilik Darjah

6.4.1 Keceriaan di dalam dan di luar bilik darjah..

6.4.2 Susun atur murid dan perabot

6.4.3 Penggunaan ruang dan sudut

7. INSTRUMEN PEMERIKSAAN

7.1 Format Penilaian Program Transisi

Instrumen Pemeriksaan Program Transisi digunakan untuk pemeriksaan


pelaksanaan program ini.

Disediakan oleh:

MAZIAH BINTI MOHD KHALID


Penyelia Kanan Bahasa Melayu
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pendidikan Pahang

Tarikh: 14 Disember 2018

Anda mungkin juga menyukai