Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh..

Terima Kasih Saudari Pengacara Majlis,


Yang Dihormati Encik Norhazlan bin Mohd Harith, guru Penolong
kanan Pentadbiran.
Encik Nik Anuar bin Nik Hasan Guru Penolong kanan HEM
Encik Nasrun Aidil bin Tajudin Guru Penolong kanan Kokurikulum
Guru-guru rakan seperjuangan dan seluruh Anggota kumpulan
Pelaksana yang sangat saya muliakan.
Sentiasa dan selamanya marilah kita melafaz dan menzahirkan rasa
kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana meminjamkan kita lagi
nyawa untuk kita terus beribadah kepadaNya dan dengan limpah
kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam program
Hari Guru secara google meet ini bagi melaksanakan satu lagi
agenda pendidikan
. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis
ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini
berjalan dengan lancar dan teratur. Kita sedar, majlis seumpama ini
amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan
anak-anak yang bakal mewarisi masa depan negara.
Sambutan Hari Guru tahun ini pastinya tidak dapat dilupakan oleh
seluruh warga pendidik kerana sedang berhadapan dengan cabaran
yang cukup besar dalam meneruskan kelangsungan pendidikan dan
masa depan generasi akan datang. Ironinya, antara sektor yang
terjejas teruk ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) akibat ancaman wabak Covid-19 ialah sektor pendidikan.
Misalnya, sekolah terpaksa ditutup dan dua peperiksaan awam iaitu,
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan
Tiga (PT3) dibatalkan dan digantikan dengan sistem penilaian lain.

Hakikatnya PKP dan Covid-19 mula mencabar para guru untuk


meneroka amalan norma baharu dalam sistem pendidikan negara.
Hal ini kerana, bila sekolah dibuka kembali, percayalah
persekitarannya akan berubah sama sekali
Maka cabaran utama para guru ialah, bagaimana hendak mengurus
dan mengendalikan murid yang akan ke sekolah kelak di samping
terus membimbing anak-anak yang belum dibenarkan bersekolah
dan akan berada di rumah masing-masing. Dalam konteks
menguruskan murid yang akan kembali ke sekolah tidak lama lagi
misalnya, para guru perlu bersedia dari segi mental dan fizikal
untuk mematuhi dan melaksanakan dengan teliti segala garis
panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang akan disediakan
oleh kementerian. Hal ini penting kerana mengikut pakar, virus
Covid-19 ini akan terus berada dengan kita untuk tempoh masa
yang lebih lama lagi, sehingga ada yang jangkakan satu hingga dua
tahun lagi. Maka kita tidak boleh leka dan cuai serta mengambil
risiko membahayakan kesihatan dan keselamatan guru dan anak-
anak yang akan berada di sekolah.
Oleh itu, kaedah pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran
(PdP) oleh guru pastinya sangat mencabar selepas ini kerana perlu
mengutamakan aspek seperti penjarakan sosial yang sesuai di
samping menitikberatkan amalan pencegahan yang sewajarnya
seperti penggunaan pensanitasi tangan, penutup hidung dan mulut
serta budaya kerap membasuh tangan dengan sabun. Jumlah pelajar
dan kedudukan mereka dalam setiap kelas juga perlu diberi
perhatian supaya amalan penjarakan sosial dapat memberi manfaat
yang sewajarnya. Malah segala jenis aktiviti yang membabitkan
perhimpunan atau perkumpulan pelajar secara beramai-ramai perlu
dielak sama sekali. Ini termasuklah perlu ada kaedah yang
sistematik ketika murid membeli makanan di kantin sekolah yang
kebiasaannya akan melibatkan kumpulan yang besar dan ada
elemen sentuhan serta kesesakan. Senario seperti ini pasti akan
mencabar tugas para guru kelak.

Guru juga bakal berhadapan dengan cabaran untuk menguruskan


anak-anak yang ada di rumah dan tidak menduduki peperiksaan
utama pada tahun ini. Persoalan utama dalam kalangan ibu bapa
ialah bagaimana dengan status pembelajaran anak-anak mereka
yang berada di rumah ini? Maka timbul keperluan untuk para guru
meneroka pilihan-pilihan yang ada bagi meneruskan sesi
pengajaran dan pembelajaran supaya pelajaran anak-anak ini tidak
terabai begitu sahaja.
Dalam konteks ini, platform dalam talian berkonsepkan e-
pembelajaran boleh banyak membantu guru dan murid. Justeru bagi
menyantuni anak-anak di rumah ini, kita berharap para guru akan
terus mengadaptasikan diri dan melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran seperti biasa menerusi pelbagai sistem dalam talian
seperti Google Classroom, Google Docs, Google Slides dan Google
Meet. Malah kumpulan WhatsApp kelas, youtube dan facebook
juga boleh terus menjadi platform yang sangat signifikan dalam
mewujudkan sesi interaksi dan pembelajaran antara guru dan murid.
Namun dalam hal ini, antara cabaran utama kepada para guru ialah
perlu mahir menggunakan segala platform digital dan teknologi
yang ada. Bagi merealisasikan hasrat ini, para guru terutamanya
golongan senior yang kurang mahir dengan teknologi maklumat
perlu segera belajar dan membiasakan diri supaya boleh
meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Di
samping itu guru juga perlu bersedia untuk berhadapan dengan
situasi segelintir murid yang tiada akses internet serta memiliki
peranti yang bersesuaian untuk belajar secara maya. Misalnya
menurut Pengarah Pendidikan Sabah, sebanyak 52 peratus murid di
Sabah terutamanya di luar bandar tidak mempunyai akses internet
dan telefon pintar, komputer atau peranti mudah alih lain untuk
meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Justeru dalam keghairahan kita meminta para guru meneroka e-
pembelajaran dalam platform digital, jangan lupa kekangan
pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang mereka hadapi. Kita
berharap pihak kementerian akan membantu para guru
menyediakan apa jua kemudahan infrastruktur yang diperlukan agar
sesi secara maya ini dapat diteruskan. Untuk mengatasi masalah
capaian internet misalnya, perlu ada langkah drastik dari pihak
kerajaan untuk menambahbaik kemudahan dan infrastruktur yang
diperlukan supaya pada akhirnya hasrat untuk mendigitalkan sektor
pendidikan negara atau lebih dikenali sebagai e-pendidikan dapat
direalisasikan.
Apapun diharap agar cabaran yang dicetuskan oleh PKP dan Covid-
19 sama sekali tidak akan melunturkan semangat juang para guru
untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran melalui
amalan norma baharu dalam sektor pendidikan negara. Terimalah
kenyataan amalan norma baharu dan e-pendidikan bukan lagi satu
pilihan dalam sistem pendidikan masa hadapan. Terima kasih cikgu
atas segala jasa dan sumbangan. Selamat Menyambut Hari Guru.

Anda mungkin juga menyukai