Anda di halaman 1dari 21

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN IMPIAN

SEKOLAH TRANSFORMASI KPM 4.0

LAPORAN PELAKSANAAN
PROGRAM TRANSISI
TAHUN SATU 2.0
2022/2023

DISEDIAKAN OLEH,
PN. CHONG CHIN YEE
(PENYELARAS PROGRAM TRANSISI TAHUN 1)

0
LAPORAN PELAKSANAAN
PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0
2022/2023

1. NAMA PROGRAM : Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0)


2. TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Taman Impian
3. TARIKH : 21 Mac hingga 15 April 2022
4. HARI / MASA : Rujuk Jadual pada Kertas Kerja Program
5. PENGLIBATAN : Murid-murid Tahun Satu dan Semua Guru

6.0 PENDAHULUAN

Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0) dirangka dengan memberi penekanan
terhadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid bagi menyediakan mereka
menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri di sekolah
rendah. Antara hala tuju program transisi adalah sebagai persediaan murid secara
holistik termasuk penguasaan literasi dan numerasi asas.

PTTS 2.0 dilaksanakan bagi memastikan semua murid Tahun 1 daripada pelbagai
latar belakang, tahap penguasaan dan kesediaan dapat meneruskan proses
pembelajaran mereka seterusnya. Kerangka konsep PTTS 2.0 dibangunkan berasaskan
lima aspek iaitu sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif (termasuk literasi dan numerasi
asas), kreativiti dan estetika serta kesejahteraan fizikal dan kesihatan. Kelima-lima aspek
ini dilaksanakan berasaskan pendekatan bertema dan bersepadu. Kejayaan pelaksanaan
PTTS 2.0 bergantung kepada kerjasama dan sokongan ibu bapa/penjaga, pentadbir dan
guru. Persekitaran sekolah dan rumah yang kondusif serta memberangsangkan juga
amat penting dalam proses pembelajaran murid.

1
7.0 OBJEKTIF PROGRAM
7.1 Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau
tadika kepada pendidikan formal.
7.2 Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.

7.3 Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.

7.4 Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi

sosial serta pembelajaran.

7.5 Membantu murid mengurus diri sendiri.

7.6 Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk

pembelajaran seterusnya.

7.7 Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak

masalah.

8.0 PELAKSANAAN

(I) SEBELUM PROGRAM

Sebelum Program Transisi Tahun Satu 2.0 dijalankan, satu mesyuarat telah
dijalankan bagi melantik Jawatankuasa yang terlibat dan membuat perancangan aktiviti
sepanjang empat minggu program berlangsung. Hasil mesyuarat yang dijalankan, satu
Jawatankuasa Program Transisi Tahun Satu 2022 telah dibentuk dan Puan Chong Chin Yee
telah dilantik sebagai Penyelaras Program.

Selepas jawatankuasa dibentuk, penyelaras telah membuat satu kertas kerja


berhubung jadual aktiviti murid sepanjang empat minggu. Satu Group Telegram Transisi
Tahun Satu 2022 telah diwujudkan bagi memudahkan perkongsian maklumat dan
perbincangan antara guru-guru yang terlibat.

Program transisi dilaksanakan selama empat minggu dan diorganisasi dalam dua
fasa, iaitu Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan. Pelaksanaan kedua-dua fasa ini 2
(II) SEMASA PROGRAM
Program Transisi bermula pada 21 Mac hingga 15 April 2022. Segala aktiviti guru
bersama murid berjalan dengan lancar mengikut jadual pelaksanaan yang telah
dirancang. Murid-murid memberikan kerjasama dan reaksi yang positif sepanjang
mengikut program transisi ini. Program Transisi Tahun Satu 2.0 2022 telah diorganisasi
dalam dua fasa, iaitu Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan.

Fasa 1 (Fasa Penyesuaian)


Fasa penyesuaian telah dilaksanakan selama dua minggu bermula pada 21 Mac
hingga 1 April 2022 mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan. Pengisisan
dan peruntukan waktu aktiviti harian dalam fasa ini berdasarkan peruntukan waktu sehari
seperti dalam Jadual 1. Fasa ini merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin,
aktiviti pembelajaran, perbualan awal dan rehat. Guru-guru telah melaksanakan pelbagai
kaedah penilaian menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid.
Fasa Penyesuaian dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan murid
menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran sekolah yang baharu serta membina
hubungan baik dengan rakan dan guru serta membina keyakinan diri murid untuk
berkomunikasi. Fasa ini juga akan menggalakkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti
pembelajaran.

Jadual 1 : Aktiviti Harian Fasa Penyesuaian


Pengisian Peruntukan Waktu

Rutin Kelas 30 minit

Perbualan Awal 30 minit

Aktiviti Fizikal 30 minit

Aktiviti Suai Kenal 120 minit

Aktiviti Pembelajaran 60 minit

Rehat 20 minit

3
Fasa 2 (Fasa Kesediaan)

Fasa kesediaan telah dilaksanakan selama dua minggu bermula pada 4 hingga 15
April 2022 mengikut jadual pelaksanaan yang telah dirancang. Pendekatan dalam fasa ini
ialah pendekatan bertema. Tema yang digunakan sebagai medium pembelajaran telah
memberi murid peluang membuat perkaitan dengan pelbagai disiplin ilmu dengan
pengalaman sebenar mereka.

Fasa ini bertujuan menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
untuk pembelajaran seterusnya serta meningkatkan keyakinan murid dalam interaksi
sosial dan membinna sikap positif dalam pembelajaran. Dengan ini, PdP dan pelbagai
aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan berdasarkan keperluan dan minat murid serta
kreativiti guru.

Antara tema-tema yang telah digunakan adalah seperti berikut:

 Diri Saya
 Dunia di Sekeliling Saya
 Ekonomi dan Kewangan
 Masyarakat
 Alam Sekitar
 Keselamatan
 Sains dan Teknologi
 Kesenian dan Kebudayaan
 Sukan dan Permainan
 Kesihatan

4
(III) SELEPAS PROGRAM
Hasil daripada perbincangan antara ahli-ahli Jawatankuasa Program Transisi
bersama barisan pentadbir, satu jawatankuasa khas telah diwujudkan bagi menguruskan
pelaksanaan Majlis Penutupan Program Transisi Tahun Satu (Rujuk Lampiran A). Majlis
penutupan ini diadakan sebagai simbolik tamatnya murid-murid tahun satu menjalani
program transisi.

Majlis Penutupan Transisi Tahun Satu telah dijalankan pada hari terakhir minggu
transisi, iaitu pada 15 April 2022 (Jumaat). Majlis ini telah dijalankan di Dewan Bestari SK
Taman Impian bermula 8.30 hingga 9.40 pagi. Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan
meriah mengikut tentatif majlis yang telah dirancang (Rujuk Lampiran B) hasil daripada
komitmen penuh yang diberikan oleh guru-guru. Murid-murid turut berasa seronok dan
teruja sepanjang majlis ini dan disiplin murid juga terkawal.

Dalam majlis penutupan ini telah diadakan penyampaian hadiah pertandingan dan
anugerah kepada murid-murid dan semua guru Tahun Satu (Rujuk Lampiran C dan D). Tiga
persembahan telah dipersembahkan oleh murid-murid dari kelas 1 Proaktif dan 1 Kreatif.
Persembahan ini merupakan hasil bimbingan daripada Pn. Chong Chin Yee, Pn. Mahthavi
dan Cik Maalini. Persembahan berbentuk nyanyian dan tarian ini ternyata mendapat
tepukan gemuruh dan pujian daripada guru-guru. Majlis penutupan ini diakhiri dengan
sesi bergambar murid bersama guru dan barisan pentadbir.

5
9.0 PENUTUP
Program Transisi Tahun Satu 2.0 pada tahun 2022 ini telah berjalan dengan baik
dan lancar hasil kerjasama daripada semua pihak. Program transisi yang dijalankan dalam
masa yang singkat ini diharapkan dapat memupuk sifat yakin dan berani dalam diri murid-
murid tahun satu dan seterusnya membentuk sikap positif murid dalam interaksi sosial
serta pembelajaran.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

_______________________ ___________________________
(PN. CHONG CHIN YEE) (PN. NORAZMAH BT MOHD AZMI)
Penyelaras Program Transisi Penolong Kanan Pentadbiran SKTI
Tahun Satu

DISAHKAN OLEH,

________________________
(EN. SUHAIMI BIN SAAD)
Guru Besar SK Taman Impian

6
LAPORAN BERGAMBAR
SEPANJANG PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2022/2023

SAMBUTAN MURID DAN PROGRAM ORIENTASI MURID


TAHUN SATU BERSAMA GURU-GURU DAN MASCOT

7
LAWATAN MURID KE KAWASAN SEKOLAH DAN BILIK-BILIK KHAS

8
AKTIVITI SEMASA PDPC

9
AKTIVITI SEMASA PDPC

10
AKTIVITI PDPC DI BILIK PAK 21

11
LAPORAN BERGAMBAR MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI
TAHUN SATU 2.0 PADA 15 APRIL 2022

12
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA MURID TAHUN SATU

13
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU TAHUN SATU

14
LAMPIRAN A

15
LAMPIRAN B

16
LAMPIRAN C

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MEWARNA TAHUN 1

1 PROAKTIF
1. FATIN NUR ALISYA BT FADZLY
2. NURUL AMNIYA IMANI BT YUSMAN
3. NUR AINA BT ROZAIMY

1 KREATIF
1. NUR AIRA AZZARA BT MUHAMMAD FIRDAUS
2. PUTERI NAILAH FARAFISYAH BT MOHD TAUFEK
3. NUR NAIDATUL NADRAH BT ABDULLAH

ANUGERAH IKON MURID TAHUN 1

1 PROAKTIF
1. FATIN NUR ALISYA BT FADZLY
2. NURUL AMNIYA IMANI BT YUSMAN

1 KREATIF
1. NUR ARISSA SOFIA BT NOOR HAZLAN
2. FATIEMAH AL-ZAHRA BT ZULKIFLI

17
LAMPIRAN D
SENARAI ANUGERAH TRANSISI TAHUN 1 PROAKTIF 2022

Murid Paling Berdikari

1. HAYYL HARAZZ AL ISLAM BIN MOHAMMAD IRWAN


2. NUR ZARA ZULAIKHA BINTI MOHD KARZIMAN
3. NURHANNA MEDINA BINTI MOHD HASLAN
4. RANIA AFINA BINTI MOHD TARMIZI

Murid Kreatif Melukis

1. MUHAMMAD KHAIRUL AMSYAR BIN MUHAMMAD ABDUL AZIZ


2. MUHAMMAD RIFQI HARIZ BIN MOHD IZZUDDIN
3. NUR DAMIA HUMAIRA BINTI ABDUL KHAFIDH

Murid Penguasaan Membaca Terbaik

1. AHMAD FAQEEH BIN FAIROS


2. NUR IRDINA QAIREEN AMANI BINTI MOHD SAFRI
3. NUR QISYA QAIREEN BINTI ABDULLAH
4. WAN FITIA AISYAH BINTI MOHD FAZLI

Murid Numerasi Terbaik

1. AIN ZULAIKHA BINTI MOHD ROZI


2. FATIN NUR ALISYA BINTI FADZLY
3. JANANI A/P SIVAKUMAR
4. NIK AFIA AFIFA BINTI NIK AZIM
5. NUR AINA BINTI ROZAIMY

Murid Paling Kemas

1. ARRIAN MIKHAIL BIN BADROL HISHAM


2. MUHAMAD HILMI BIN MOHD ROSLIZAN
3. MUHAMMAD DANISH FIRDAUS BIN SAIFUL NIZAM
4. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZARIMAN
5. MUHAMMAD KHALIF FAIDI BIN MUHAMMAD NAJIB
6. MUHAMMAD ZUL HANAFI BIN ABDULLAH

Murid Paling Aktif

1. MOHAMED AAZAD AMSYAR BIN MOHAMED ASHRAF


2. MUHAMMAD AKIFF AZRAN BIN MD AZAM
3. MUHAMMAD ANIQ HAMZI BIN OMAR
4. RAKESH A/L DINAKARAN
5. RUDRA DHEVAN A/L THINAKARAN
6. ADAM AMMAR BIN ASRI

Murid Menonjol Akademik

1. NUR ALMAIRA EZAHIRA BINTI MOHD ZULKIFLI


2. NUR DALISHA HANANIA BINTI MOHAMED FAZLI
3. NURUL AMNIYA IMANI BINTI YUSMAN

18
LAMPIRAN D

SENARAI ANUGERAH TRANSISI TAHUN 1 KREATIF 2022

Murid Paling Berdikari

1. NUR AIN SAFIYA BINTI MOHD MAHATHIR


2. NUR AIRA AZZARA BINTI MUHAMMAD FIRDAUS
3. NUR NAIDATUL NADRAH BINTI ABDULLAH
4. NUR RAISHA AQEELA BINTI MOHD HAFIZAL
5. MUHAMMAD ALIFF SUFI BIN MOHAMAD ZAFRI

Murid Kreatif Melukis

1. MUHAMMAD RAYYAN ISHQAL BIN ABDUL FATTAH


2. HANA QISYA HUMAYRAA BINTI ABD RAZAK
3. NUR QISYA IZZ ZARA BINTI ABDULLAH
4. NURQIESHA ALZEHRA BINTI MOHD ZAIDI

Murid Penguasaan Membaca Terbaik

1. PUTERI NAILAH FARAFISYAH BINTI MOHD TAUFEK


2. WAN HAQIMA BINTI WAN MOHD ABD JALIL

Murid Numerasi Terbaik

1. MUHAMMAD IMAN HAZIQ BIN AZLIZAM


2. MUHAMMAD ZAHIN NAFIS BIN MOHAMMAD HAIRUL HANAFI
3. ZARECK LOW BIN SHAH RIDZMAN LOW

Murid Paling Kemas

1. ADUKA KENCANA BIN KAMAL


2. MUHAMMAD ADAM AIZAT BIN ABDUL RAHMAN
3. MUHAMMAD LUTFI
4. PUTERA AMAR MUQREEZ BIN MOHD SOBRI
5. SAFINATUN NAJAH BINTI ABIDALI
6. MUHAMMAD AL HAKIM BIN MOHD NOOR HESHAM

Murid Paling Aktif

1. ASVIN RAO A/L KANAGARAO


2. MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD ASMAWI
3. MUHAMMAD FAHIM SIDQI BIN NORHAZOR
4. VISHNU A/L RAVIN
5. NURUL SHAZFINAS BINTI NASIR
6. MUHAMMAD DARWISH DANIEL

Murid Menonjol Akademik

1. MUHAMAD AQIL AMZAR BIN MUHAMAD ROSDY


2. FATIEMAH AL ZAHRA BINTI ZULKIFLI
3. NUR ARISSA SOFIA BINTI NOOR HAZLAN

19
Terima kasih dan Sekalung
penghargaan diucapkan kepada
Barisan Pentadbir SKTI, Ahli
Jawatankuasa Program Transisi dan
semua guru yang terlibat dalam
Program Transisi Tahun Satu 2.0
2022/2023.

20

Anda mungkin juga menyukai