Anda di halaman 1dari 5

PK01 – Pengurusan Panitia

LAPORAN PROGRAM MINGGU TRANSISI MURID TAHUN 1 2022

1. Nama Program : PROGRAM MINGGU TRANSISI MURID TAHUN 1


2022

2. Tarikh : 21 MAC - 14 APRIL 2022

3. Hari / Masa : 7.20 am – 12.40 am

4. Tempat : SK LUBOK

5. Objektif :
i- Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru
dan kawan baru dalam masa yang singkat.

ii- Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan


jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pembelajaran
dan pengajaran secara formal di Tahun Satu.

iii- Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa
banyak masalah.

6. Sasaran : Seramai 12 orang murid Tahun 1 Sk Lubok

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

7. Butiran aktiviti :

Sebelum Program
Sebelum Program Transisi & Guru Penyayang Tahun 1 dijalankan, satu
mesyuarat telah dijalankan bagi membentuk jawatankuasa yang terlibat dan
merangka perancangan aktiviti sepanjang empat minggu program ini
berlangsung. Hasil mesyuarat yang dijalankan pada Mac 2022, Penyelaras
bagi Program Transisi & Guru Penyayang telah dipilih iaitu Pn. Nur Fatin Bin
Zubir sekaligus dilantik menjadi guru kelas bagi Tahun 1 bagi sesi 2022. Guru
Besar telah menyambut baik dan menerima kertas kerja tersebut. Satu jadual
aktiviti sepanjang program turut diedarkan kepada setiap orang guru yang
terlibat mengajar tahun satu.

Semasa Program
Program Transisi & Guru Penyayang bermula pada 21 Mac Hingga 14 April
2022. Segala aktiviti guru bersama murid berjalan dengan lancar mengikut
jadual. Murid-murid memberikan kerjasama dan reaksi yang positif sepanjang
mengikuti Program Transisi ini. Bukan itu sahaja, pujian turut diberikan
kepada ibu bapa murid-murid kerana memberikan kerjasama yang baik dan
turut mengambil berat tentang perjalanan program ini. Hari sebelum minggu
persekolahan bermula iaitu pada 16 Mac 2022 satu taklimat dan perjumpaan
ringkas diadakan antara ibu bapa murid tahun 1 bersama Tuan Guru Besar
untuk memberi penerangan tentang Program Transisi ini. Dalam perjumpaan
tersebut Tuan Guru Besar telah memberikan penerangan serba sedikit
tentang Program Transisi & Guru Penyayang. Sepanjang program ini guru-
guru yang terlibat telah menjalankan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk
memupuk sifat berani, yakin diri dan kerjasama dalam diri murid-murid. Selain
itu, aktiviti yang dijalankan diharapkan dapat memberi gambaran awal kepada
murid-murid sekaligus memberi persediaan kepada mereka untuk belajar di
Tahun 1.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

Selepas Program
Program Transisi & Guru Penyayang telah tamat pada 14 April 2022. Satu
majlis penutupan telah diadakan sebagai simbolik tamatnya murid-murid
Tahun 1 menjalani Program Transisi ini. Pada majlis penutupan ini penyelaras
bagi program ini telah memilih dua orang murid sebagai murid terbaik bagi
kategori Murid Terbaik Transisi kategori lelaki dan Murid Terbaik Transisi
kategori perempauan. Selepas program transisi selesai, satu laporan
berkenaan program telah dibuat oleh penyelaras dan disemak oleh Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Pn Habibah Bt Berahim dan disahkan oleh Guru
Besar Sk Lubok, En Abd Razak Bin Sulieman.

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :


i- Semua guru melibatkan diri secara aktif
ii- Dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di
antara guru-guru dan murid-murid.

8.2 Kelemahan Program : Kekurangan dana yang mencukupi untuk


menyediakan bahan-bahan khas sepanjang
aktiviti dijalankan.

8.3 Cadangan Penambahbaikan : -

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

9. Dokumentasi Bergambar :

Tuan Guru Besar SK Lubok mengalu-alukan kedatangan murid baru Tahun 1 2022
ke sekolah ini.

Ibu bapa penjaga tekun mendengar taklimat yang diberikan oleh pihak sekolah.

Murid-murid menjalani pelbagai aktiviti semasa Program Transisi.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

Majlis Penutupan Minggu Transisi Tahun 1 sesi 2022

Disediakan Oleh :
……………………………………
PN NUR FATIN BINTI ZUBIR
PENYELARAS PROGRAM GURU PENYAYANG DAN MINGGU TRANSISI MURID
TAHUN 1

Disemak :
………………………………….
PN HABIBAH BINTI BERAHIM
GURU PENOLONG KANAN HEM SK LUBOK

Disahkan :

……………………………………..
EN ABD RAZAK BIN SULIEMAN
GURU BESAR SK LUBOK

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai