Anda di halaman 1dari 31

LAPORAN PROGRAM

TRANSISI TAHUN 1
2022/2023
SK BUKIT SOGA

21 MAC 2022 HINGGA 14 APRIL 2022


Pengenalan

Program Transisi Tahun Satu dirangka dengan memberi penekanan terhadap aspek
sosioemosi, kognitif dan fizikal murid bagi menyediakan mereka menghadapi perubahan,
menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri di sekolah rendah. Antara hala tuju program
transisi adalah sebagai persediaan murid secara holistik termasuk penguasaan literasi dan
numerasi asas.

Objektif Program

1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika


kepada pendidikan formal.
2. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
3. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
4. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial
serta pembelajaran.
5. Membantu murid mengurus diri sendiri.
6. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran
seterusnya.

Fasa Program Transisi


Pelaksanaan

Program Transisi Tahun 1 SK Bukit Soga dimulakan dengan Majlis Perasmian Program
Transisi Tahun 1 pada 20 Mac 2022 dengan melibatkan ibu bapa dan penjaga serta semua
murid Tahun 1. Ibu bapa diberi taklimat mengenai program ini termasuk dari segi objektif,
tujuan dan pelaksanaan program selama 4 minggu yang akan datang.

Program transisi berjalan lancar sejak hari pertama sesi persekolahan 2022/2023. Guru-
guru Tahun 1 melaksanakan segala aktiviti mengikut Jadual Transisi yang telah disediakan.
Pelbagai aktiviti dijalankan bersesuaian dengan objektif dan berfokus untuk
memperkenalkan murid kepada alam persekolahan sebenar.

Fasa Penyesuaian dilaksanakan selama 2 minggu bermula 21 hingga 31 Mac 2022. Aktiviti
yang dilaksanakan dalam fasa ini antaranya ialah lawatan ke pusat sumber sekolah, kantin
dan tandas yang bertujuan untuk memperkenalkan murid dengan persekitaran sekolah.
Selain itu, murid-murid dilatih dengan rutin-rutin persekolahan seperti perhimpunan,
pengurusan kelas dan tatacara semasa waktu balik. Fasa penyesuaian ini juga diselitkan
dengan penerapan adab dan nilai murni dalam diri murid dengan pelaksanaan aktiviti suai
kenal dengan rakan, tatacara makan semasa waktu rehat, ucapan salam dan selamat
kepada guru-guru dan rakan-rakan. Pentaksiran Bilik Darjah berpandukan Senarai Semak
Kesediaan Murid dilaksanakan melalui aktiviti fizikal, aktiviti pembelajaran dan perbualan
awal.

Program transisi diteruskan dengan Fasa Kesediaan yang bermula pada 4 hingga 14 April
2022 mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu Kesihatan, Dunia di Sekeliling Saya, Alam
Sekitar dan Diri Saya. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh murid-murid Tahun 1
antaranya ialah aktiviti mewarna, menyurih, mengenal huruf dan nombor serta aktiviti-aktiviti
berbentuk “hand-on” seperti menghasilkan topi, membentuk huruf menggunakan tanah liat,
membuat kolaj haiwan dan persembahan nyanyian beserta pergerakan.

Pada 14 April 2022, program transisi berakhir secara rasmi dengan berlangsungnya Majlis
Penutupan Program Transisi Tahun 1 2022 di Dewan Terbuka SK Bukit Soga. Majlis
dimulakan dengan ucapan aluan dan bacaan doa diikuti dengan ucapan penutupan
Program Transisi Tahun 1 oleh Guru Besar SK Bukit Soga, En. Md Yazid bin Kamri. Beliau
menyatakan harapan semoga semua murid Tahun 1 dapat meneruskan pembelajaran
dengan jayanya selepas tamat program transisi ini. Beberapa anugerah diberikan kepada
murid-murid yang layak sebagai suntikan semangat buat mereka dan juga rakan-rakan
untuk berusaha lebih gigih dalam pembelajaran. Majlis berakhir dengan sesi bergambar.
Penilaian Program

Perancangan program yang tersusun dengan penyediaan


Jadual Transisi serta penyediaan alatan dan bahan yang
mencukupi memudahkan pelaksanaan aktiviti bersama murid.
Guru-guru dapat mengenal pasti murid yang masih belum
menguasai kemahiran-kemahiran asas dan dapat merancang
Kekuatan strategi pembelajaran yang sesuai sebaik sahaja bermula
proses pembelajaran nanti.
Guru-guru sangat kreatif dan komited semasa melaksanakan
aktiviti bersama-sama murid.
Dalam masa 2 minggu murid telah dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran sekolah, boleh berinteraksi dengan
rakan dengan baik dan mempamerkan adab sebagai seorang
murid.
Aktiviti yang berulang seperti mewarna menyebabkan murid
berasa bosan dan mengambil masa yang lama untuk
menyiapkan tugasan.
Masih ada murid yang tidak menguasai asas membaca,
Kelemahan menulis dan mengira.
Sesetengah aktiviti yang dilaksanakan kurang sesuai dengan
tahap murid yang berbeza di mana ada murid yang dapat
menyelesaikan aktiviti dengan sangat cepat dan ada murid
yang mengambil masa yang sangat lama untuk aktiviti yang
sama.
Perancangan aktiviti yang berbeza dan pelbagai untuk
menarik minat murid dan mengelakkan murid berasa bosan.
Cadangan Program intensif perlu dirancang dan dilaksanakan oleh guru-
Penambahbaikan guru Tahun 1 sebaik sahaja program transisi berakhir
terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Matematik bagi murid yang masih tidak menguasai asas 3M.
DOKUMENTAS
I PROGRAM
TRANSISI
TAHUN 1 2022
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
FASA PENYESUAIAN (MINGGU 1 DAN MINGGU 2)
FASA KESEDIAAN (MINGGU 3 DAN MINGGU 4)
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2022

Anda mungkin juga menyukai