Anda di halaman 1dari 14

1

LAPORAN PELAKSANAAN
PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU (PTTS) 2.0
SESI 2023

NAMA PROGRAM : PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU (PTTS) 2.0


TEMPAT : SK TAMAN CAHAYA MASAI
TARIKH : 19 MAC HINGGA 13 APRIL 2023
MASA : RUJUK LAMPIRAN JADUAL TRANSISI
SASARAN : SEMUA MURID TAHUN 1

1.0 PENGENALAN

Program Transisi Tahun Satu (PTTS) 2.0 dirangka bertujuan untuk menyediakan
murid daripada pelbagai latar belakang dan tahap penguasaan untuk menghadapi
perubahan, menyesuaikan diri serta membina kenyakinan diri dalam persekitaran
baharu di sekolah rendah. PTTS 2.0 ini jyga dirangka dengan mengambil kira
kurikulum prasekolah dan Tahun Satu dengan penekanan terhadap lima aspek iaitu
sosioekonomi, sikap dan nilai, kognitif, kreativiti dan estetika serta kesejahteraan
fizikal dan kesihatan. PPTS 2.0 juga dilaksanakan melalui dua fasa utama iaitu fasa
penyesuaian dan fasa kesediaan.

2.0 MATLAMAT

1. Murid dapat menyesuaikan diri serta membina hubungan yang baik dengan
persekitaran guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
2. Dapat meningkatkan minat dan semangat murid – murid untuk datang ke sekolah
tanpa sebarang masalah.

3.0 OBJEKTIF

1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau


tadika kepada pendidikan formal di tahun 1.
2. Membantu murid menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka dalam
pembelajaran seterusnya.
3. Memberi penekanan dalam aspek sosioemosi, kognitif dan jasmani yang
merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai.
4. Membina hubungan antara murid, rakan sebaya dan guru.
5. Membantu murid mengurus diri sendiri.

2
6. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi
sosial serta penyediaan untuk pembelajaran seterusnya.

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu (PTTS) 2.0 adalah berpandukan kepada
modul atau Kit Program Transisi Tahun Satu (PTTS) 2.0 yang telah diberikan oleh
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

(a) Sebelum Program

Sebelum Program Transisi Tahun Satu (PTTS) 2.0 dilaksanakan, satu mesyuarat telah
dijalankan bagi melantik jawatankuasa yang terlibat dan merancang segala aktiviti
dalam fasa penyesuaian dan kesediaan ini. Hasil mesyuarat yang dijalankan, satu
Jawatankuasa Program Transisi Tahun Satu (PTTS) 2.0 SK Taman Cahaya Masai
telah dibentuk dan Puan Afiqah binti Adanan telah dilantik sebagai Penyelaras Tahun
1 bagi sesi 2023 ini.
Seterusnya penyelaras telah membuat satu Kertas Kerja Program Transisi Tahun
Satu (PTTS) 2.0 dan menyediakan jadual serta aktiviti Program Transisi Tahun Satu
(PTTS) 2.0 ini berlangsung. Whatsapp kumpulan serta telegram yang melibatkan
pihak ibu bapa juga telah diwujudkan bagi tujuan penyaluran maklumat mengenai
Program Transisi Tahun Satu (PTTS) 2.0 ini.

(b) Semasa Program

Segala aktiviti telah dirangka dapa dilaksanakan seperti yang dirancang. Semua murid
telah memberikan kerjasama yang baik dan memberikan respon yang amat positif
semasa melaksanakan aktiviti. Program Transisi Tahun Satu ini akan dilaksanakan
selama empat minggu. Program ini akan dibahagikan kepada dua komponen utama
iaitu fasa penyesuaian dan fasa penyediaan.

(c) Selepas Program

Sebelum tamatnya Program Transisi Tahun Satu (PTTS) 2.0 ini, ahli-ahli
jawatankuasa Program Transisi telah berbincang dengan barisan pentadbir untuk
melantik ahli jawatankuasa khas Majlis Penutupan Program Transisi Tahun Satu
(PTTS) 2.0 yang akan dilaksanakan pada hari terakhir transisi iaitu pada 13 April
2023.

3
7.0 KEKUATAN PROGRAM

1. Aktiviti yang dilaksanakan menarik dan menyeronokkan.


2. Aktiviti yang dilaksanakan menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah
dengan lebih gembira.
3. Memberikan ruang yang luas kepada murid-murid untuk mencungkil bakat-bakat
mereka, berinteraksi dan bersosial bersama-sama rakan dan guru semasa
melaksanakan aktiviti.
4. Murid dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan rakan-rakan dan guru.

7.0 KELEMAHAN PROGRAM

1) Kit Program Transisi Tahun Satu (PTTS) 2.0 dikeluarkan agak lewat iaitu hanya
seminggu sebelum program dilaksanakan.
2) Tempoh had masa Program Transisi Tahun Satu (PTTS) 2.0 terlalu panjang iaitu
selama empat bulan (4 minggu)
3) Kos penyediaan bahan transisi agak besar kerana jumlah murid yang ramai.
4) Keadaan kelas agak padat dan menghadkan pergerakan semasa melaksanakan
aktiviti tertentu terutamanya ketika fasa penyesuaian.

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

1. Kit Program Transisi Tahun Satu (PTTS) 2.0 perlulah dikeluarkan lebih awal
supaya guru lebih bersedia dan dapat merangka perjalanan program dengan lebih
cemerlang.

4
5
1.0 FASA 1 : FASA PENYESUAIAN

Fasa Penyesuaian telah dilaksanakan selama dua minggu iaitu pada 19 Mac 2023
hingga 30 Mac 2023 mengikut peruntukan waktu yang telah ditetapkan. Dalam fasa
penyesuaian ini, pelbagai aktiviti merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal,
aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran perbualan awal dan rehat telah dilaksanakan.
Guru-guru juga telah melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
menggunakan item Senarai Semak Kesediaan Murid.

Dalam fasa penyesuaian ini, murid dapat menyesuaikan diri serta membina
hubungan yang baik dengan persekitaran guru-guru dan kawan-kawan baru dalam
masa yang singkat berdasarkan aktiviti harian yang telah dirangka. Oleh itu, secara
tidak langsung aktiviti yang dijalankan ini dapat meningkatkan minat dan semangat
murid – murid untuk datang ke sekolah tanpa sebarang masalah. Murid juga bukan
sahaja didedahkan dengan kemahiran asas tetapi murid diberikan banyak latihan
berbentuk aktiviti hands on yang mampu meningkaatkan kemahiran motor halus
murid sebagai salah persediaan awal sebelum melangkah ke dunia persekolahan
sebenar telah lama bercuti.

6
2.0 DOKUMENTASI BERGAMBAR FASA PENYESUAIAN

Pemberian goodiesbersama maskot kepada murid-murid tahun 1 StaCMa

Aktiviti Jom Baca yang dijalankan semasa sesi Perbualan Awal.

7
Aktiviti Suai Kenal dengan melawat sekitar kawasan sekolah.

Aktiviti Suai Kenal di dalam kelas masing- masing.

8
Aktiviti Suai Kenal iaitu sesi taklimat bersama Unit disiplin, SPBT dan Unit
Kesihatan

Aktiviti Pembelajaran yang melibatkan literasi dan numerasi.

9
Aktiviti Pembelajaran yang melibatkan literasi dan numerasi serta pergerakan motor
halus dan kasar.

10
Aktiviti Fizikal yang dilaksanakan di dalam kelas dan di luar kelas.

11
12
FASA 2 : FASA KESEDIAAN

Fasa kesediaan telah dilaksanakan selama dua minggu iaitu pada 2 April hingga
13April 2023 mengikut jadual yang telah dirancang. Pendekatan yang digunakan
dalam fasa kesediaan ini ialah pendekatan bertema. Pendekatan ini bertujuan untuk
mewujudkan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang menyeronokkan, mendalam
dan bermakna. Pendekatan ini mengintegrasikan pelbagai bidang pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
Fasa ini juga memberi peluang kepada murid melalui proses pembelajaran yang
bermakna dan menyeronokkan berdasarkan tema yang dipilih oleh guru-guru. Tema
yang telah dipilih dan digunakan juga memberikan ruang kepada murid-murid untuk
mengaitkan pembelajaran yang dilalui dengan pengalaman sedia ada mereka dalam
kehidupan sebenar. Antara tema-tema yang telah digunakan dalam fasa kesediaan ini
ialah :
a) Diri Saya
b) Alam Sekitar
c) Kesihatan
d) Hidup Bersama
e) Sukan dan Permainan

Bukan itu sahaja, Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) juga dilaksanakan


dalam fasa kesediaan ini. PBP berfokuskan tugasan amali secara sistematik dan
terancang dalam jangka masa tertentu. PBP bertujuan untuk memberi peluang kepada
murid memperoleh pengalaman pembelajaran yang bermakna secara hands-on dan
meningkatkan kemahiran berfikir serta menyelesaikan masalah. Murid juga diberikan
lebih bimbingan daripada guru untuk melaksanakan PBP dalam fasa ini.

13
2.0 DOKUMENTASI BERGAMBAR FASA KESEDIAAN

14

Anda mungkin juga menyukai