Anda di halaman 1dari 14

PROGRAM TRANSISI

DAN
GURU PENYAYANG
TAHUN 2023/2024

利民济礼仁园华小
SJK(C) LADANG REGENT,
73200 GEMENCHEH,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

ISI KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka
Surat
1. Pelan Tindakan
1
2. Pengenalan, Objektif, Sasaran & Sumber Kewangan
2-3
3. Tempoh Pelaksanaan
3
4. Ahli Jawatankuasa Induk
4
5. Konsep dan Cogan Kata
5
6. Majlis Suai Kenal dan Pendaftaran Murid Tahun Satu 6
Tahun 2023/2024

7. Pengenalan dan Pelaksanaan Fasa Penyesuaian 7


8. Jadual Waktu Pelaksanaan Fasa Penyesuaian
8
9. Pengenalan dan Pelaksanaan Fasa Kesediaan
9-10
10. Jadual Waktu Pelaksanaan Fasa Kesediaan
11-12
PELAN TINDAKAN
BIL. PERKARA / AKTIVITI TARIKH
1. Membentuk Ahli Jawatan Kuasa Induk / Kerja. Februari 2023

2. Menetapkan guru yang akan mengajar Tahun Satu bagi Februari 2023
semua mata pelajaran.

3. Menghantar satu salinan Perancangan Program Transisi Mac 2023


ke Unit KSSR, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan
Pegawai Pendidikan Daerah.

4. Persediaan Bilik Darjah dari segi: Mac 2023


a) Lokasi dan kelas yang sesuai dan selamat
b) Kelas dalam keadaan bersih dan ceria
c) Susun atur bilik darjah yang mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif
d) Kesesuaian peralatan dan perabot kelas sedia ada
bagi proses pengajaran dan pembelajaran

5. Pengisian Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu Mac 2023


a) Pendaftaran murid Tahun Satu
b) Persediaan
c) Fasa 1: Fasa Penyesuaian
d) Fasa 2: Fasa Kesediaan

6. Melengkapkan fail dan maklumat peribadi murid. Mac 2023

7. Pemantauan dan penilaian Mac 2023 hingga


April 2023

8. Melengkapkan Borang Penilaian Kemajuan Murid dalam April 2023


Program Transisi.

9. Menghantar “Laporan Pelaksanaan Program Transisi” ke Pada atau


Unit KSSR, JPNS dan PPD Tampin. sebelum April
2023

1
PENGENALAN
Program Transisi Tahun Satu (PTTS) 2.0 dilaksanakan bagi memastikan
semua murid Tahun Satu daripada pelbagai latar belakang, tahap penguasaan
dan kesediaan dapat meneruskan proses pembelajaran mereka seterusnya.
Kerangka konsep PTTS 2.0 dibangunkan berasaskan lima aspek iaitu
sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif (termasuk literasi dan numerasi asas),
kreativiti dan estetika serta kesejahteraan fizikal dan kesihatan. Kelima-lima
aspek ini dilaksanakan berasaskan pendekatan bertema dan bersepadu.
Kejayaan pelaksanaan PTTS 2.0 bergantung kepada kerjasama dan
sokongan ibu bapa/penjaga, pentadbir dan guru. Persekitaran sekolah dan
rumah yang kondusif serta memberangsangkan juga amat penting dalam
proses pembelajaran murid.

PTTS 2.0 amat menekankan kepada persediaan dan penguasaan murid


dalam kelima-lima aspek di atas bagi mengupayakan mereka untuk
melangkah ke pembelajaran seterusnya di Tahun Satu. Bagi merealisasikan
hasrat tersebut cadangan aktiviti dalam Fasa Penyesuaian dan Fasa
Kesediaan dibina berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Tahun Satu. Namun begitu, jika terdapat murid yang masih berada di
bawah tahap kesediaan dan penguasaan terutamanya dalam literasi dan
numerasi asas, guru boleh merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK Semakan 2017) bagi merancang aktiviti yang sesuai.

OBJEKTIF
1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah
atau tadika kepada pendidikan formal.
2. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
2
3. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
4. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi
sosial serta pembelajaran.
5. Membantu murid mengurus diri sendiri.
6. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk
pembelajaran seterusnya.

SASARAN
Murid-murid Tahun Satu Sesi Persekolahan Tahun 2023/2024

SUMBER KEWANGAN
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

TEMPOH PELAKSANAAN

FASA TEMPOH RUJUKAN

Persediaan 13.03.2023 – 19.03.2023 Garis Panduan Persediaan

Fasa 1: Minggu 1: Modul Orientasi


Fasa Penyesuaian 20.03.2023 - 24.03.2023  Rutin kelas

 Perbualan Awal
Minggu 2:
 Aktiviti Fizikal
27.03.2023 - 31.03.2023
 Aktiviti Suai Kenal

 Aktiviti Pembelajaran

 Rehat

Fasa 2: Minggu 3: Modul PdP


Fasa Kesediaan 03.04.2023 - 07.04.2023  Saya Sihat Saya Selamat

 Mari Fikirkan
Minggu 4:
 Detektif Alam
10.04.2023 - 14.04.2023

3
AHLI JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI
PN. LEE SEE HUA (GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI
PN. WOO YEN LING (GPK PENTADBIRAN)

SETIAUSAHA
PN. SAN KUM TAI (GURU KELAS TAHUN SATU)

BENDAHARI
PN. CHING MEI FONG (GURU TAHUN SATU)

AHLI JAWATANKUASA
1. PN. WONG FANG LIAN (Pengerusi PIBG)
2. PN. CHONG YEE LEE (GPK Hal Ehwal Murid)
3. PN. CHONG MEI ZHI (GPK Kokurikulum)
4. CIK KAN FONG THENG

KONSEP DAN COGAN KATA


“MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA”

MINDA CERDAS:

Kemampuan murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling

membantu di antara satu dengan yang lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti terancang menunjukkan minda

cerdas.

MATA BERCAHAYA:

Murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana,

persekitaran dan guru-guru baharu.

MAJLIS SUAI KENAL DAN PENDAFTARAN

MURID-MURID TAHUN SATU

TAHUN 2023/2024
Tarikh: 20.03.2023 (Hari Isnin)

Masa : 7.30 pagi

MASA PERKARA AKTIVITI TEMPAT

7.30 pagi Bilik Darjah

Pendaftaran Murid Tahun 1. Merekodkan butiran murid. Tahun Satu

Satu

1. Memperkenalkan guru-guru Tahun Satu.

Taklimat Pengurusan 2. Memperkenalkan Program Transisi.


Sekolah. 3. Memohon kerjasama untuk pembentukan

budaya sekolah.

Taklimat Kesihatan 1. Menerangkan tentang rekod kesihatan.

2. Menerangkan tentang perkhidmatan klinik

pergigian.

6
FASA PENYESUAIAN

Pengenalan:

Fasa Penyesuaian dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran sekolah

yang baharu serta membina hubungan baik dengan rakan dan guru serta membina keyakinan diri murid untuk berkomunikasi.

Fasa ini juga akan menggalakkan pelibatan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran.

Pelaksanaan:

1. Dilaksanakan selama dua minggu mengikut peruntukan waktu sehari

yang telah ditetapkan.

2. Pengisian dan peruntukan waktu aktiviti harian dalam fasa ini

berdasarkan peruntukan waktu sehari.

3. Pelaksanaan rutin kelas, perbualan awal dan rehat perlu dilaksanakan

oleh guru kelas. Manakala aktivit fizikal, aktiviti suai kenal dan aktiviti

pembelajaran perlu dilaksanakan oleh guru mata pelajaran.

4. Penilaian perlu dilaksanakan menggunakan Senarai Semak Kesediaan

Murid.

7
JADUAL WAKTU PELAKSANAAN FASA PENYESUAIAN

Tempoh Pelaksanaan : 20 Mac 2023 – 31 Mac 2023

WAKTU 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

MASA 0745 0815 0845 0915 0945 1005 1035 1105 1135 1205 1235 1305
HARI 0815 0845 0915 0945 1005 1035 1105 1135 1205 1235 1305 1335

P RK PA AF ASK ASK AP AP ASK ASK Projek Mudah

ISNIN
R
RK PA AF ASK ASK AP AP ASK ASK Kuiz TMK
SELASA E
RK PA AF ASK H ASK AP AP ASK ASK Permainan

RABU

A
RK PA AF ASK ASK AP AP ASK ASK Bercerita
KHAMIS T
RK PA AF ASK ASK AP AP ASK
JUMAAT

RK = PA = AF = ASK = AP =
Perbualan Awal Aktiviti Fizikal Aktiviti Suai Kenal Aktiviti Pembelajaran
Rutin Kelas

 ucap selamat  berkongsi idea dan maklumat  bersenam  main peranan  menyanyi, bercerita, menyurih, bermain

 bacaan doa  bercerita  bermain  bercerita - permainan padanan

 tertib tempat duduk  menyanyi dan membuat gerakan kreatif  berjalan  permainan kecil - mencantum puzzle

 merekod kedatangan murid  simulasi  rekreasi aktif  dinamika kumpulan - bermain doh

 membersihkan Kelas  persembahan boneka

 “Jom Baca”

8
FASA KESEDIAAN
Fasa kesediaan bertujuan menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran
dan nilai untuk pembelajaran seterusnya. Fasa ini memberi peluang kepada guru
untuk melaksanakan PdP dalam suasana yang bermakna dan menyeronokkan.
Ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan murid dalam interaksi sosial dan
membentuk sikap positif dalam pembelajaran. Fasa ini dilaksanakan selama dua
minggu berdasarkan tahap kesediaan murid mengikut jadual waktu Tahun Satu.

Sebelum fasa ini dilaksanakan, guru harus mengenalpasti tahap kesediaan


murid dengan melaksanakan penilaian melalui pemerhatian menggunakan
Senarai Semak Kesediaan Murid PTTS 2.0. Penilaian ini dapat membantu guru
merancang dan melaksanakan PdP berdasarkan tahap kesediaan murid
mengikut aras pembelajaran dan minat mereka.

PdP dalam fasa ini haruslah sesuai dengan tahap perkembangan dan
kesediaan murid. Oleh itu, pendekatan yang disarankan dalam fasa ini ialah
pendekatan bertema. Tema yang digunakan sebagai medium pembelajaran
memberi murid peluang membuat perkaitan dengan pelbagai disiplin ilmu dan
dengan pengalaman sebenar mereka serta menyediakan pengalaman
pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Guru harus memilih tema
yang sesuai mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid seperti yang
terkandung dalam Kit PTTS 2.0. Perancangan PdP berdasarkan tema adalah
fleksibel mengikut tahap pembelajaran murid yang mana guru boleh memilih
tema selain daripada yang dicadangkan. Guru perlu melaksanakan pelbagai
kaedah PBD menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid
sekiranya murid
belum menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang digariskan.

Semua guru mata pelajaran perlu berbincang untuk memastikan


kesepaduan ilmu dalam pembelajaran murid dapat dicapai sekali gus
menggabungjalin pengetahuan, kemahiran dan nilai yang harus dikuasai oleh
murid.

10
JADUAL WAKTU PELAKSANAAN FASA KESEDIAAN

Tempoh Pelaksanaan : 03 April 2023 – 14 April 2023

Tarikh Tema Subtema Aktiviti

03.04.2023 Saya Sihat Saya Selamat Kita Jaga Kita i. Awas…COVID-19

ii. Mari Cuci Tangan

iii. Badan Saya Bersih

iv. Saya Pentingkan Kesihatan

04.04.2023 Saya Sihat Saya Selamat Makanan Pilihanku i. Jom Pilih Makanan Berkhasiat

ii. Jom Cipta Resepi

iii. Mari Kita Masak

05.04.2023 Saya Sihat Saya Selamat Katakan “TIDAK” i. Siapa Saya?

ii. Badan Saya Kepunyaan Saya

iii. My Body Is Mine

06.04.2023 Mari Fikirkan Ringgit Malaysia i. Duit Oh Duit!

ii. Main Jual Beli

iii. Tabung Saya

07.04.2023 Mari Fikirkan Siapa Paling Tinggi i. Menara Straw

ii. Dadu Saya

iii. Jom Kira

10.04.2023 Mari Fikirkan Tik Tok Tik Tok i. Apa Saya Buat Hari Ini

ii. Mari Menyanyi

iii. Dairi Saya

iv. Jam Rekaan Saya

11.04.2023 Detektif Alam Misteri Cuaca i. Indahnya Hari Ini

11
ii. Roda Cuaca

iii. Warna Warni

iv. Pelangi

12.04.2023 Detektif Alam Misteri Alam Rimba i. Jom Kenal Haiwan

ii. Buku Cerita Saya

iii. Teroka Haiwan

iv. Cuba Teka

v. Mari Ke Zoo

13.04.2023 Detektif Alam Misteri Di Taman i. Lihat Dan Kenal

ii. Korek Korek

iii. Apa Yang Sama

14.04.2023 Detektif Alam Jaga Persekitaran Kita i. Poskad Alam

ii. Oh, Sampah!

iii. Alat Perkusi Saya

iv. Waste To Art

12

Anda mungkin juga menyukai