Anda di halaman 1dari 10

MINIT MESYUARAT BIRO KEBAJIKAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) Bil 1/09

Tarikh Hari Masa Tempat

: : : :

11 Mac 2009 Rabu 3.00 petang Bilik gerakan SK Panglima Adnan

Kehadiran: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Pn Saniah bt Abd Samad Pn. Noor Iffah Akmal Bt Abdullah En. Mohd Azri B. Azmy En. Mohd Zamir B. Che Cob Pn. Nur-Ul Shahada Bt Redza Pn. Norazian Bt Salleh Cik Nor Shaiedah Bt Zainal Pn. Rosidah Bt Abd Rahman En. Muhd Rahim b. Yahaya En. Mokhtar B. Yaakub En. Yunus B. Samdin Pn. Alrani A/P Batumalai Pn. Siti Akbari Bt Harun En. Ramli B. Md Dom Siti Zabirah Bt Edlana (Guru Besar) (Penyelaras PPKI)

Agenda: - Ucapan Guru Besar - Program/aktiviti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) -2009 - Hal-hal lain

BIL 1.

PERKARA Ucapan Guru Besar - Guru Besar membuka majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah. - Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua. - Guru Besar menyatakan tujuan bermesyuarat pada petang ini adalah untuk membincangkan tentang aktiviti atau program yang bakal dilaksanakan oleh murid-murid PPKI. - Selain itu perkara yang berkaitan dengan kelas Pendidikan Khas di sekolah ini.

MAKLUMAN/CATATAN

- Guru Besar-

2 Pengesahan Minit Mesyuarat. - Minit mesyuarat bil 1/08 telah Disahkan oleh : En Ramli B. Md Dom Disokong oleh : En Mokhtar b. Yaakub 3. Perancangan Aktiviti /Program 3.1 Program 3M (membaca, menulis dan mengira) - Program ini ditetapkan untuk sepanjang tahun - Pn. Iffah mohon kepada semua penjaga yang hadir agar dapat bersama-sama membantu murid-murid (membaca, mengira dan menulis ) semasa di rumah. - Guru Besar juga mengharap ibu bapa membantu murid-murid di rumah. Contoh bantu mereka tentang cara memegang pensel bagi yang tidak tahu menulis. 3.2 Mengadakan jualan bersempena dengan Hari Guru - Jualan yang dicadangkan adalah menjual cendawan goreng kepada murid-murid di sekolah. - Ini bertujuan untuk melatih murid-murid tentang urusan jual beli. - Melatih murid-murid tentang kemahiran hidup yang melibatkan bidang keusahawanan. 3.3 Terapi air - Ini bertujuan untuk meningkatkan lokomoto kasar/halus murid-murid. - Selain itu untuk memberi keyakinan kepada murid serta keselamatan diri mereka semasa berada di dalam air. - Kehadiran ibu bapa adalah di alu-alukan.

- Guru Besar mencadangkan tempat untuk melaksanakan aktiviti ini adalah di PD Perdana. - Perlu mencari seorang yang pakar dalam bidang ini. 3.4 Pertandingan masakan - Tarikh cadangan dibuat pada bulan Julai ini. - Cadangan masakan: * popia goring * dadih * kek segera - Aktiviti ini melibatkan semua murid, guru PPKI dan Pembantu. - Cadangan cara perlaksanaan adalah dengan cara memberi kumpulan yang kecil. - Guru Besar cadangkan agar libatkan ibu bapa sebagai memberi sokongan kepada murid. 3.5 Jamuan Hari Raya - Tarikh yang dicadangkan adalah pada bulan September. - Mohon kepada ibu bapa agar dapat memberi sumbangan dalam bentuk makanan. (kuih-muih) 3.6 Lawatan sambil belajar - lawatan yang dicadangkan adalah: * menaiki komuter dari Seremban ke KL Centra - Tujuan bagi mendedahkan murid-murid dengan tempat-tempat awam. 3.7 Jamuan sambutan Hari Lahir - Pada tahun ini, sambutan hari lahir hanya diadakan di sekolah sahaja. Tidak seperti tahun 2008 yang mana sambutan hari lahir telah diadakan di luar. (Shell Sport Center) 4. Hal-Hal Lain 4.1 Bayaran tambahan - Bayaran tambahan adalah seperti berikut : * baju sukan * Insurans * Buku kerja RM 14.00 RM 1.50 RM 10.00 RM 29.00

4.2 Baju T-shirt bagi PBSM - Murid-murid tahap 2 terlibat dengan aktiviti Kokurikulum. - Minta penjaga belikan T-Shirt PBSM

4.3 Elaun murid - Apabila berpindah ke sekolah lain, sekolah lama perlu nyatakan status murid untuk tindakan sekolah baru. - Jabatan akan mengesahkan penerimaan elaun. 5. Penangguhan Mesyuarat - Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang

Disediakan oleh :

........................................................ (NUR UL SHAHADA BT REDZA) Setiusaha Kelas PPKI

MINIT MESYUARAT BIRO KEBAJIKAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) Bil 1/10

Tarikh Hari Masa Tempat

: : : :

30 Januari 2010 Sabtu 8.30 pagi Bilik gerakan SK Panglima Adnan

Kehadiran: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. Pn Saniah bt Abd Samad Pn Hjh Noor Azizah bt Abd Samad En. Mohd Zaki Pn. Noor Iffah Akmal Bt Abdullah En. Mohd Azri B. Azmy En. Mohd Zamir B. Che Cob Pn. Nur-Ul Shahada Bt Redza Pn. Norazian Bt Salleh Cik Nor Shaiedah Bt Zainal En. Mohd Rhuad En. Muhd Rahim b. Yahaya En. Suhardihazali B. Ismail Pn. Siti Zubaidah Bt Mohammad Jubi Pn. Alrani A/P Batumalai Pn. Siti Akbari Bt Harun En. Ramli B. Md Dom Siti Zabirah Bt Edlana (Pengerusi Kelab) (Guru Besar) (Guru Pen. Kanan 1) (YDP PIBG SKPA) (Penyelaras PPKI)

Agenda: - Ucapan Guru Besar - Pengesahan minit mesyuarat bil 1/09 - Perlantikan Ajk Biro yang baru - Program/aktiviti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 2010 - Program Inklusif - Rancangan Pendidikan Individu (RPI) - Hal-hal lain BIL 1. Ucapan Guru Besar - Guru Besar membuka majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah. - Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua. - Guru Besar menyatakan tujuan bermesyuarat pada petang ini adalah untuk membincangkan tentang aktiviti atau program yang bakal dilaksanakan oleh murid-murid PPKI. - Selain itu perkara yang berkaitan dengan kelas Pendidikan Khas di sekolah ini. - Pemberitahuan pembukaan kelas baru - Pemberitahuan tentang bilangan murid PPKI mengikut tahap. ( Tahap 1 seramai 5 orang, Tahap 2 seramai 14 orang). 2 Pengesahan Minit Mesyuarat. - Minit mesyuarat bil 1/09 telah Disahkan oleh : En Mohammad Rahim B Yahya Disokong oleh : Pn Noor Iffah Akmal Bt Abdullah 3. Aktiviti /Program yang dirancangan semasa tahun 2009. 3.1 Program 3M (membaca, menulis dan - Guru-guru PPKI - Ibu Bapa/ Penjaga - Murid-murid PPKI Semua PERKARA MAKLUMAN/CATATAN

- Guru Besar-

mengira) - Program ini telah dilaksanakan semasa tahun 2009 dan disambung pada tahun 2010.

- Ini merupakan aktiviti atau program tahunan yang dilaksanakan sepanjang tahun.

3.2 Mengadakan jualan bersempena dengan Hari Guru - Aktiviti ini telah dapat dilaksanakan pada tahun 2009. - Di mana aktiviti ini telah dimulakan dengan membuat jualan cendawan goreng kepada murid-murid Sek. Keb. Panglima Adnan. - Permintaan terhadap aktiviti jualan ini amat membanggakan. - Murid-murid PPKI juga berasa seronok untuk melakukan lagi. - Aktiviti ini dilakukan untuk tahun 2010. 3.3 Terapi air - Aktiviti terapi air ini tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2009. - Ini kerana terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. - En. Mohd Rhuad minta aktiviti ini dilakukan pada tahun 2010 ini. Beliau telah mencadangkan agar dilakukan di tempat beliau berkerja. Beliau akan membantu untuk melaksanakan aktiviti tersebut. 3.4 Pertandingan masakan - Pertandingan masakan tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2009, tetapi aktiviti tersebut telah ditukar kepada demo masakan. - Demo ini dilakukan oleh guru-guru PPKI itu sendiri dan kemudian akan dilakukan oleh murid-murid PPKI. 3.5 Jamuan Hari Raya - Program jamuan ini telah dapat dilaksanakan pada tahun 2009. - Program ini hanya dilakukan pada peringkat dalaman kelas sahaja. - Murid-murid dan guru-guru serta pembantu pengurusan murid bersama-sama membawa kuihmuih daripada rumah masing-masing. 3.6 Lawatan sambil belajar - Lawatan ini tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2009. - Ini kerana terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. - Program ini dibawa pada tahun 2010 sebagai program aktiviti social murid serta pembelajaran

- Guru PPKI - Murid-murid PPKI - Pem. Pengurusan Murid

- Guru PPKI - Murid

murid.

3.7 Jamuan sambutan Hari Lahir - Jamuan ini hanya dilakukan diperingkat dalaman sahaja. - Jamuan ini dilakukan sebanyak 2 kali yang mana sekali digabung dengan jamuan hari raya. 4. Perlantikan AJK Biro Yang Baru - Ahli mesyuarat telah sebulat suara untuk mengekalkan AJK Biro yang lama yang mana di bawah pimpinan En. Mohd Rhuad sebagai Pengerusi Biro. - Perubahan hanya pada jawatan setiausaha Biro sahaja telah dilantik Pn. Nur Ul Shahada Bt Redza (Guru PPKI) Aktiviti Tahunan PPKI bagi 2010 - Seperti dalam lampiran dibelakang. - Terdapat beberapa aktiviti tambahan yang dicadangkan oleh ahli mesyuarat. - Sumbangan untuk melaksanakan aktiviti boleh dipohon melalui PIBG Sekolah dengan cara , mengemukan surat permohonan dan kertas kerja. 6. Program Inklusif - Pn Noor Iffah telah menerangkan mengenai inklusif. - Terdapat 2 cara inklusif yang dilaksanakan di kelas PPKI ini iaitu: # Inklusif sepenuh masa yang melibatkan 2 orang murid bermasalah pendengaran yang tidak kritikal. Mereka berada di kelas aliran perdana sepenuh masa. # Inklusif separa masa yang melibatkan 2 orang murid tahun 6 dan seorang murid tahun 4 iaitu Mohd Aiman, Mohd Audi (Tahun 6) dan Mohd Alif (Tahun 4). Mereka hanya terlibat untuk 5 mata pelajaran yang asas sahaja. - Guru besar memaklumkan bahawa murid-murid yang berkelayakan untuk mengikut kelas dialiran perdana tidak akan dinafikan hak mereka.

5.

7.

Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

- Pn. Iffah telah menerangkan mengenai RPI ini kepada Ibu bapa serta Penjaga yang hadir bahawa ini merupakan satu penilaian yang akan dilakukan oleh guru setiap 3 bulan sekali yang melibatkan tingkahlaku murid serta pencapaian dalam mata pelajaran yang diikuti. - Pn. Iffah telah meminta ibi bapa atau penjaga menandatangani boring persetujuan bahawa penilaian tersebut dilakukan terhadap anak-anak jagaan mereka. - Bagi ibu bapa atau penjaga yang tidak bersetuju penilaian tidak akan dilakukan terhadap anak jagaan mereka. 8. Hal-hal Lain 8.1 Sukan tahunan sekolah - Setiausaha Sukan Sekolah iaitu En. Suhardihazali telah memaklumkan terdapat aktiviti sukan yang melibatkan murid-murid PPKI ini. - AJK sukan sekolah telah merancangkan beberapa aktiviti yang melibatkan murid-murid PPKI. - Antara aktiviti yang dirancangkan : 8.1.1 Lumba lari 100 meter 8.1.2 Lumba lari 4X100 meter ( menjemput sekolah luar untuk terlibat sama) 8.1.3 Sukaneka bagi murid selebihnya. 8.2 Sumbangan Ibu Bapa atau Penjaga - Pihak sekolah mohon kepada ibu bapa atau penjaga sumbangan sebanyak RM 20.00 bagi tujuan pembelian buku latihan murid. 8.3 Guru Besar memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga sekiranya anak jagaan mereka tidak pulang lagi agar dimaklumkan kepada pihak sekolah secepat yang mungkin. Selain itu minta juga ibu bapa atau penjaga pesan kepada anak jagaan mereka agar pergi ke Pejabat Sekolah sekiranya tertinggal bas sekolah atau kenderaan lain yang mereka naiki untuk pergi dan pulang dari sekolah. 8.4 Bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Kelas Agama Petang (KAFA), boleh berbuat demikian. Anak-anak dimasuukan ke dalam kelas mengikut tahap kemampuan mereka. - Pn. Iffah memaklumkan bagi ibu bapa yang berminat sediaakan kelengkapan dan keperluan murid untuk

mengikuti kelas KAFA .

8.5 En Mohd Rhuad mewakili ibu bapa dan penjaga telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guruguru dan pentadbiran sekolah di atas jagaan anak mereka 9. Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 9.40 pagi

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

........................................................ (NUR UL SHAHADA BT REDZA) Setiusaha Kelas PPKI

............................................................... (NOOR IFFAH AKMAL BT ABDULLAH) Penyelaras, Program Pendidikan Khas Intergrasi Sek. Keb. Panglima Adnan

Anda mungkin juga menyukai