Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 2/2021

SK TELOK GELAM, DARO

Tarikh : 14 April 2021


Hari : Rabu
Tempat : Bilik Aspirasi SK Telok Gelam
Masa : 02.50 petang
Agenda : 1.0 Kata-kata Aluan
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Isi
4.1 Aktiviti GERKO
5.0 Hal-hal lain
6.0 Penutup

Kehadiran : 1. Encik Jaraee bin Jahari - Guru Besar


2. Encik Mohd Hanif Nawi - Penolong Kanan Pentadbiran
3. Encik Martin Rundang Nyanau - Penolong Kanan HEM
4. Encik Dolli Bin Dol - Penolong Kanan Kokurikulum
5. Encik Mohd Azhan bin Abdul Hadi
6. Cik Jennifer anak Ricky
7. Puan Nur Effira binti Mohd Razali
8. Encik Hazwan Bin Mohd Nani
9. Nur ‘Zahra Binti Su’aidi
10 Pn. Residah Binti Salihie
11. Pn. Diana Binti Surin
12. Pn. Norfadhila Binti Jamati
13. Pn. Shafarini Binti Syahyani
14. En. Kazaruddi Bin Saibi
15. En. Rozalan Bin Pangeh
16. En. Morshidi Bin Amat
1.0 Kata-Kata Aluan
1.1 Guru Besar (En. Jaraee Bin Jahari)

-Mengucap selamat datang kepada semua yang staf.


-Mengucap selamat berpuasa kepada yang berpuasa.
-Sepanjang Januari hingga Mac, aktiviti kokurikulum masih tidak dapat dijalankan.
-Pada tahun lepas kita telah menghantar wakil untuk bertanding dan mendapat hasil yang
memuaskan.
-Pada tahun ini kita dilantik sebagai pengelola pertandingan seni.
-Pada tahun ini sekolah kita masih mempunyai peluang untuk bertanding dan diharap kita
dapat bersaing lagi dalam program E-mansang seperti tahun lepas.
-Minta semua staf berjaga-jaga ekoran kes Covid 19 ini semakin meningkat.
-Beberapa sekolah sudah ditutup dan menjalani PKPD.

1.2 Pengerusi Kokurikulum (En. Dolli Bin Dol)

-Mengucap terima kasih kepada guru besar.


-Mengucap selamat datang kepada semua staf.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu

-Disahkan oleh : En. Hazwan Bin Mohd Nani.


-Disokong oleh : En. Martin Rundang Nyanau.

3.0 Perkara Berbangkit

-Pengerusi membangkit nama staf yang salah dan juga beberapa ejaan yang salah di dalam
minit.
4.0 Isi
4.1 Aktiviti Gerko.

-Masih belum dijalankan.


-Ada Pertandingan KODAO.
-Sekolah mencadangkan kepada PPD hanya seorang guru sahaja dilantik menjadi Guru
Penyelaras Penyertaan Sekolah. Pihak sekolah telah memilih En. Hazwan sebagai penyelaras
tersebut.
-Guru Penyelaras akan memuat turun kertas konsep dan menyerahkan kertas konsep
Kepada Guru Pembimbing Pertandingan di sekolah.
- Penyertaan untuk setiap individu hanya boleh 3 penglibatan sahaja.
- Antara pertandingan yang dijalankan ialah
a)Ko Akademik (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina) ada 15 pertandingan.
b)Kesenian ada 2 pertandingan.
c)Kelab dan persatuan ada 1 pertandingan.
d)STEM ada 7 pertandingan
e) Pasukan Unit Beruniform ada 2 pertandingan.

5.0 Hal-Hal Lain

5.1 En. Dolli Bin Dol (Pengerusi)

-Pengerusi mengharap kerjasama guru untuk bersama-sama melatih murid.


-Walaupun peratus untuk menang kurang tapi yang penting adalah penyertaan.

5.2 En. Hazwan (Penyelaras Pertandingan Sekolah)

-Untuk kertas konsep pertandingan akan diletakkan di dalam group sekolah.


-Setiap borang penyertaan dan video hendaklah diletakkan di dalam PC Sekolah supaya mudah
penyelaras untuk menghantar.

5.3 En. Jaraee Bin Jahari (Guru Besar)

-Berharap guru-guru dapat membuat persiapan dan dapat menyertai pertandingan untuk tahun
ini.
5.4 En. Mohamad Hanif Nawi (PK Pentadbiran)

-Meminta SU KO untuk membuat template untuk beberapa kali penyertaan bagi seorang murid.
-Meminta pengerusi untuk bertanya lagi mengenai 3 penyertaan bagi seorang murid ini kerana
ia amat mengekangkan sekolah kecil seperti kita ini.
-Meminta semua guru pembimbing untuk menyatakan masa berlatih supaya tidak ada
perselisihan waktu latihan.

6.0 Penutup

-Mesyuarat ditangguhkan pada 3.30 petang.

Dicatat oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_______________________ _______________________ _______________________


(MOHD. AZHAN BIN ABDUL HADI) (DOLLI BIN DOL) (JARAEE BIN JAHARI)
Setiausaha Kokurikulum, Penolong Kanan KOKURIKULUM, Guru Besar,
SK Telok Gelam, SK Telok Gelam, SK Telok Gelam,
2021. 2021. 2021.

Anda mungkin juga menyukai