Anda di halaman 1dari 6

Unit Hal Ehwal Murid SK Kuala Serupai 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA SERUPAI TATAU, SARAWAK

KERTAS KERJA
HARI PENDAFTARAN PERSEKOLAHAN
DAN ASRAMA
SK KUALA SERUPAI,TATAU
TAHUN 2021

TARIKH:
19 JANUARI 2021

HARI:
SELASA

TEMPAT:
ASTAKA SK KUALA SERUPAI

ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL MURID
DAN
UNIT PENGURUSAN ASRAMA SK KUALA SERUPAI

1
Unit Hal Ehwal Murid SK Kuala Serupai 2021

1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini disediakan sebagai persediaan untuk menyambut kemasukkan


murid-murid SK Kuala Serupai bagi tahun 2021 khasnya murid-murid Tahun 1.
Kandungan kertas kerja ini akan membincangkan program yang dijalankan semasa
hari pendaftaran kelak serta senarai nama ahli jawatankuasa yang terlibat.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Program ini diharapkan akan dapat:

i. Membuat pengesahan pendaftaran murid baru dan persediaan awal


pengurusan kelas serta persiapan PdPC.
ii. Memberi taklimat dan penerangan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai
perjalanan sesi persekolahan tahun 2021 dan asrama anak-anak.
iii. Mendapatkan maklumat terkini dalam kalangan murid untuk diisi dalam sistem
APDM bagi tahun 2021.
iv. Mengagihkan penjualan buku-buku latihan dan keperluan persekolahan yang
lain untuk sesi persekolahan bagi tahun 2021 kepada murid.
v. Mengagihkan buku-buku teks kepada semua murid untuk sesi persekolahan
bagi tahun 2021.

3.0 MATLAMAT PROGRAM

Hari pendaftaran murid bagi sesi persekolahan tahun 2021 diadakan bertujuan
untuk mendaftar masuk murid-murid khasnya bakal murid-murid Tahun 1 ke
sekolah pendidikan formal bagi tahun 2021. Hari pendaftaran ini juga diadakan
untuk menyesuaikan murid-murid dengan persekitaran, guru-guru, dan rakan-
rakan dalam jangka masa yang singkat.
4.0 TEMPAT

SK Kuala Serupai, Tatau, Sarawak.

2
Unit Hal Ehwal Murid SK Kuala Serupai 2021

5.0 MASA DAN TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM


Program ini dilaksanakan pada 19 Januari 2021, iaitu pada hari Selasa bermula
pada jam 8.30 pagi.
6.0 KUMPULAN SASARAN
Semua murid SK Kuala Serupai, Tatau.

7.0 JAWATANKUASA PENGELOLAAN PROGRAM HARI PENDAFTARAN


PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA BAGI TAHUN 2021

Penasihat : Encik Ngaliah Anak Ason


(Guru Besar SK Kuala Serupai)

Pengerusi : Encik Wilfred Rupert Anak Rijin


(PK HEM SK Kuala Serupai)

Pengerusi 2 : Encik Jimmy Allen Anak Dominic Molenson


Mawoh
(Penolong Kanan Pentabiran SK Kuala Serupai)

Pengerusi 3 : Encik Semual Anak Jantan


(Penolong Kanan Kokurikulum SK Kuala Serupai)

Setiausaha : Puan Broneka Uding Kirew

Bendahari : Puan Eriana Binti Kamat

Juruacara majlis : Puan Dayang Khairunnisha Binti Abang Mohamad

Jurufoto dan Pelaporan : Cik Yolanda Chandie Binti Nicholas Apit

Jawatankuasa Peralatan& : Encik Mohd Shaharul Bin Mohd Amin

P.A. Sistem/ Teknikal : Encik Zaine Bin Adeni

AJK Kaunter Khas : Encik Mike Jonathan Anak John


(Penjualan buku latihan) : Muhammad Sofiyuddin Bin Azahar
: Puan Pauline Anak January Enju
: Puan Cecilia Anak Uding

3
Unit Hal Ehwal Murid SK Kuala Serupai 2021

AJK Kaunter Pendaftaran : Semua guru kelas

Bil Kelas Nama Guru Kelas


1. Tahun 1 Puan Eriana Binti Kamat
2. Tahun 2 Encik Marcini Anak Minggu
3. Tahun 3 Cik Shahida Binti Badruddin
4. Tahun 4 Puan Broneka Uding Kirew
5. Tahun 5 Cik Yolanda Chandie Binti Nicholas Apit
6. Tahun 6 Puan Dayang Khairunnisha Binti Abang Mohamad

AJK Kaunter Pendaftaran Asrama: Encik Mohd Shaharul Bin Mohd Amin
: Puan Jenny Anak Gabriel Dugil
: Encik Hockma Bin Putra

Jawatankuasa Kebersihan : Puan Nieo Anak Foochow


: Encik Azahar Bin Bakar

8.0 Jadual Pelaksanaan Program

Masa Aktiviti

7.30 pagi Persediaan tempat

8.00 pagi Ketibaan para ibu bapa dan penjaga serta murid

8.30 pagi - Taklimat ringkas oleh barisan pengurusan sekolah


- Pendaftaran murid mengikut kelas masing-masing.
-Pendaftaran murid di asrama
-Pembelian buku latihan murid & set keperluan persekolahan

12.30 tengah hari Bersurai

4
Unit Hal Ehwal Murid SK Kuala Serupai 2021

9.0 Senarai Semak Keperluan Program

Bil Bahan Keperluan Tindakan Catatan

1. Salinan Borang Maklumat Semua guru kelas


Murid (APDM)
Tahun 1 hingga Tahun 6
2. Borang Permohonan Bantuan Puan Broneka
Persekolahan (Penyelaras Bantuan Murid
Peringkat Sekolah)
3. Borang Pendaftaran Murid 1.Encik Mohd Shaharul Bin
Asrama Mohd Amin

4. Buku-buku teks Tahun 1 - Cik Shahida Binti Badruddin


hingga Tahun 6 (Guru SPBT)

-Semua guru kelas


5. Set buku latihan murid Encik Marcini Anak Minggu
Muhammad Sofiyuddin Bin
Azahar

6. Set keperluan persekolahan Encik Mike Jonathan Anak John


Cik Yolanda Chandie Binti
Nicholas Apit
7. Buku Kesihatan Murid Semua guru kelas

10. 0 Penutup
Sebagai kesimpulannya, besarlah harapan kami agar Program Hari Pendaftaran
Persekolahan dan Asrama bagi tahun 2021 ini dapat dijalankan dengan baik dan
lancar. Diharapkan segala apa yang dirancang berjalan dengan baik dan segala
sokongan, idea, kritikan yang membina dan titisan keringat sepanjang usaha ini
dilakukan diberkati oleh Tuhan.

5
Unit Hal Ehwal Murid SK Kuala Serupai 2021

Disediakan oleh,

………………………………………
(BRONEKA UDING KIREW)
Setiausaha Unit HEM,
SK Kuala Serupai.

Disokong oleh,

………………………………………
(ENCIK WILFRED RUPERT ANAK RIJIN)
Penolong Kanan HEM
SK Kuala Serupai.

Diluluskan oleh,

………………………………………
(NGALIAH ANAK ASON )
Guru Besar
SK Kuala Serupai.

Anda mungkin juga menyukai