Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG TAHUN 2022

1.0 PENGENALAN

Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Banyak
kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas
mengambil tindakan menghukum anak didik di luar batas etika sebagi seorang pendidik.
Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa tugas guru bukan setakat menyalurkan ilmu
pengetahuan tetapi merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa
bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada
usaha pendidikan. Mendidik pelajar memerlukan kesabaran yang tinggi dan nilai kasih sayang yang
kental. Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah dalam mendidik pelajar menjadi
pelajar yang berakhlak mulia.
Anna Eleanor Roosevelt, warga Amerika Syarikat, seorang pejuang hak asasi manusia yang
terkenal pernah mengatakan bahawa “The giving of love is an education in itself”. Beliau
berpendapat bahawa, tindakan memberi kasih sayang itu sudah merupakan satu bentuk
pendidikan. Pandangan ini menunjukan betapa pentingnya seorang pendidik untuk sentiasa
menunjukkan sifat kasih sayang dan mencipta hasil signifikan ke atas orang yang dididiknya.

2.0 RASIONAL

2.1 Permasalahan murid-murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai bagi
membantu murid tersebut dan menggunakan kaedah serta pendekatan yang disukai
oleh murid tersebut.
2.2 Mengurangkan jurang beza antara guru dengan murid.

3.0 KONSEP
3.1 Guru Penyayang adalah seseorang yang memiliki sifat kepedulian (concern)
terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan murid (every child matters)
3.2 Menjiwai bahawa murid mereka merupakan asset penting kepada sekolah
3.3 Membudayakan amalan penyayang yang merupakan sifat professional guru dalam
perhubungan dengan murid, ibu bapa dan masyarakat.
4.0 OBJEKTIF

4.1 Menjiwai bahawa amalan penyayang adalah budaya guru.


4.2 Menginsafi bahawakehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
4.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
4.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

5.0 SASARAN

 Semua guru dan murid serta warga SMK Chendering, Kuala Terengganu

6.0 TEMPOH PERLAKSANAAN

 Mei 2022 hingga Feb Tahun 2023

7.0 JAWATANKUASA INDUK :

Pengerusi : Encik Fauzi bin Ibrahim, Pengetua

Timb. Pengerusi 1 : YM Tengku Muhammad Abdussalam bin Tengku Awang, PK HEM

Naib Pengerusi 2 : Encik Mohd Shuki bin Ahmad, PK Pentadbiran

Naib Pengerusi 3 : Encik Zainudin bin Md Zin, PK Kokurikulum

Setiausaha : Puan Siti Nurul Aishah binti Mat Nor, GBKSM.

Penyelaras : Puan Zalina binti Jusoh

AJK Cenderamata : Encik Zakaria bin Ismail

AJK Pemantauan : Semua GKMP


AJK Dokumentasi : Puan Siti Nurul Aishah binti Mat Nor, GBKSM
AJK Perasmian : Unit Bimbingan & Kaunseling dan PRS
AJK Mentor Mentee : Unit Bimbingan & Kaunseling dan semua guru
8.0 PENGISIAN / AKTVITI

BIL AKTIVITI PERSONALIA TARIKH


PERLAKSANAAN

2. GURU PENYAYANG, MURID SAYANG

2.1 Cenderamata murid Hadir Awal ke sekolah UBK


Guru Bertugas 23 Mei 2022
2.2 Para guru mengalu-alukan murid semasa Mingguan dan hingga 28 Februari
datang ke sekolah dan pulang dari sekolah. pentadbir berdasarkan Tahun 2023
jadual

2.3 Para guru mengambil peduli terhadap Guru Tingkatan dan


murid semasa di sekolah. Semua guru

3. Sambutan Hari Lahir UBK

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

BI PERKARA HARGA UNIT JUMLAH (RM) SUMBER


L (RM)
1. Hadiah 3.00 20 x 9 bulan 540.00 PCG Unit
Kehadiran Awal Bimbingan dan
(Alat Tulis) Kaunseling
2. Sambutan Hari 2.00 700 1400.00
Lahir

JUMLAH 1940.00
10.0 IMPAK

9.1 Mengeratkan lagi hubungan yang mesra dan harmoni antara guru dan murid.
9.2 Memupuk sifat kasih sayang dalam kalangan guru kepada anak muridnya
9.3 Meningkatkan minat hadir ke sekolah dalam kalangan murid.

PENUTUP

Program Guru Penyayang ini diharapkan mendapat kerjasama yang padu daripada
semua guru dan pelajar serta PIBG dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Melalui program ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan ke arah pembentukan
sahsiah diri murid yang lebih positif dan mewujudkan suasana yang lebih harmoni antara guru
dengan murid serta dapat mengurangkan salah laku disiplin murid.

Disediakan oleh,

………………………………
(SITI NURUL AISHAH BINTI MAT NOR)
Guru Bimbingan & Kaunseling

Diluluskan oleh,

………………………….
(FAUZI BIN IBRAHIM)
Pengetua,
SMK CHENDERING,
JALAN KUBANG IKAN, 21080 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU

Program amalan
guru penyayang
Tahun 2022

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

DENGAN KERJASAMA :
UNIT HAL EHWAL MURID

Anda mungkin juga menyukai