Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SOOK SESI 2023

1.0 PENGENALAN

Bagi diri bakal seorang pemimpin pelajar, adalah amat perlu bagi mereka
mengenali, menganalisis kekuatan dan potensi diri mereka. Ini adalah bagi membolehkan
mereka terus mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan ko- kurikulum.
Disamping itu mereka dapat menyumbang tenaga dan idea kepada pihak sekolah dalam
usaha membentuk iklim sekolah yang sihat, harmoni dan bertoleransi, ceria dan penuh
kasih sayang serta cemerlang dalam semua bidang.

Pada hakikatnya setiap pelajar mempunyai potensi diri yang baik. Seringkali
potensi itu terselindung dan akhirnya terkubur begitu sahaja. Keadaan ini berlaku apabila
persekitarannya tidak dapat membantu pelajar itu mengenali dan meneroka potensi
mereka. Malah lebih malang lagi jika persekitaran pelajar itu membunuh potensi tersebut.
Pada akhirnya pelajar itu akan melihat dirinya serba kekurangan. Hasil dari timbulnya
konsep kendiri yang lemah ini maka tercetuslah pula pelbagai permasalahan yang sukar
diatasi oleh diri mereka sendiri. Lantaran itu juga keadaan ini akan menjurus ke arah
ketidak yakinan diri, mewujudkan sekatan minda dan seterusnya memperlihatkan
sesaorang itu tidak berkeupayaan dalam semua bidang.

Kursus Kepimpinan Pelajar Sesi 2023 ini adalah satu pendekatan yang difikirkan
berkesan dalam menyampaikan input-input yang bermakna kepada bakal-bakal pemimpin
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sook supaya mereka dapat mengimbangi
pencapaian dalam bidang akademik dan ko-kurikulum dengan sumbangan tenaga dan
idea dalam menjalankan fungsi mereka sebagai pemimpin pelajar di sekolah dan asrama.
Dengan pendedahan dalam kursus yang diberikan, diharap pelajar akan dapat
megenengahkan potensi diri dan membina keyakinan diri yang tinggi bagi menghadapi
peperiksaan SPM yang akan menjelang. Dalam kursus ini juga pelajar berpeluang untuk
bertukar-tukar fikiran, idea dan berkongsi pengalaman bagi mencari jalan penyelesaian
masalah yang ditanggung.
Selain dari itu mereka juga dapat menyuntikkan semangat baru antara satu sama
lain bagi mengubah sikap, sahsiah, penampilan diri dan dalam hal-hal yang berkaitan
peranan dan tanggung jawap masing-masing di sekolah dan asrama. Ini akan dapat
menjamin terbentuknya suasana sekolah yang harmoni, berkasih sayang, ceria,
bekerjasama, bantu membantu, bertimbang rasa, hormat menghormati, cekal dan dedikasi
yang akhirnya akan menghasilkan kecemerlangan sekolah dalam semua bidang yang
pelajar-pelajar ceburi atau terlibat.

2.0 OBJEKTIF KURSUS

1. Menanamkan sikap bertanggung jawab terhadap diri sendiri, sekolah, agama,


bangsa, negara dan keluarga semasa menjalankan tugas masing-masing di
sekolah.

2. Menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama,


bertoleransi, beramanah, bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mempunyai
wawasan yang baik.

3. Melahirkan individu yang penyayang terhadap diri sendiri dan orang lain serta
tahu pandai bersyukur di atas apa yang dianugerahkan Tuhan untuknya.

4. Membantu pelajar meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan


berkesan dalam menentukan matlamat hidup dan semasa memainkan
peranannya di sekolah atau asrama.

5. Membina keyakinan diri kepada pemimpin pelajar sesi 2023 bahawa mereka
boleh melakukan dan mencapai kejayaan yang lebih baik dari apa yang telah
mereka lakukan atau capai setakat ini.
3.0 PELAKSANAAN KURSUS

Program ini dicadangkan oleh GPK HEM dengan kerjasama Unit Bimbingan dan
Kaunseling serta Lembaga Disiplin Sekolah dan Asrama sekolah.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pengawas Sekolah, Ahli PRS, Pengawas Asrama dan Ketua Kelas SMK Sook
Sesi 2019. Pelajar yang tinggal di luar juga diambil kira untuk dimasukkan dalam kursus
ini berdasarkan kepada keperluan yang dijangkakan. Kumpulan ini juga akan diserapkan
beberapa orang pelajar yang dikatakan`berisiko tinggi’. Ini adalah bagi menjamin pelajar
tersebut mempunyai peranan dalam membawa keharmonian di sekolah.

Ahli Pengawas Sekolah - 80 orang


Ahli PRS - 50 orang
Ahli Pengawas Asrama - 42 orang
Ketua Kelas - 36 orang

JUMLAH 208 orang

5.0 TEMPAT KURSUS DAN TARIKH CADANGAN

Tempat Kursus : SMK Sook

Tarikh Kursus : 19 - 21 Mei 2023 / Jumaat – Ahad.

6.0 TENTATIF KURSUS

LIHAT LAMPIRAN A
7.0 JAWATANKUASA PENGANJUR

Pengerusi : Encik Prancratrius Primus (Tuan Pengetua SMK Sook)

Naib Pengerusi 1 : Encik Sahibin Bin Warimin (GPK 1 )

Naib Pengerusi 2 : Encik Nicholas Bin Maniah (GPK HEM )

Naib Pengerusi 3 : En.Suhailin Bin Sharip@Sahamid (GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 4 : En. Ardin Lakunsim (GPK Tingkatan Enam)

Naib Pengerusi 5 : Encik Jimoty Biujin@Timothy (GPK PPKI)

Setiausaha : Cik Nik Nur Hanis Syahirah Binti Mohamad Suhami ( Guru
Bimbingan dan kaunseling)

Bendahari : Cik Nur Syallehah Binti Dauti (Praktikan Bimbingan dan

Kaunseling)

8.0 AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA KURSUS

LIHAT LAMPIRAN B

9.0 MODUL DAN PENGISIAN KURSUS

1. Ceramah .
2. Kuliah Agama dan Penerapan Nilai-Nilai kerohanian.
3. Latihan Dalam Kelompok.
4. Riadah Berstruktur.
5. Latihan Fizikal.

10.0 PERBELANJAAN KURSUS

LIHAT LAMPIRAN C

11.0 SUMBER KEWANGAN

PCG Bimbingan dan Kaunseling, Asrama, Kokurikulum, sumbangan PIBG, koperasi


dan sumbangan pelajar.

12.0 PENUTUP

Kursus-kursus seumpama ini banyak membantu pelajar khasnya pemimpin-


pemimpin pelajar menjalankan tugas dan memainkan peranannya dengan berkesan di
sekolah dan asrama. Semangat setia kawan, kerjasama, dan toleransi semasa menjalankan
tanggung jawab masing-masing akan dapat diterapkan. Sifat beramanah, hormat
menghormati dan berkasih sayang juga dapat dipupuk dengan berkesan. Selain dari itu
pelbagai kemahiran yang membantu perkembangan potensi diri peserta seperti kemahiran
berkomunikasi dan berorganisasi dapat diberikan dengan berkesan.

Dengan itu dicadangkan agar pihak sekolah terus berusaha untuk menganjurkan
kursus-kursus yang seumpama ini. Dengan kerjasama dan komitmen semua pihak
khususnya dari guru-guru sekolah ini dan ibu-bapa pelajar program seumpama ini dapat
dijayakan dengan berkesan dan dengan kos yang minima. Adalah diharapkan Kursus
Kepimpinan Pelajar akan dapat membantu mereka merialisasikan matlamat sekolah
untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.
Disediakan oleh,

________________________________
(CIK NIK NUR HANIS SYAHIRAH BINTI MOAHAMAD SUHAMI)
Setiausaha Kursus Kepimpinan Pelajar,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sook.

Disemak oleh,

__________________________________
(ENCIK JEFFRY BIN LAMAT)
Penyelaras Kursus Kepimpinan Pelajar,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sook.

Disahkan oleh,

______________________________________
(ENCIK PRANCRATRIUS PRIMUS)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sook.
BAHAN-BAHAN KURSUS YANG DIPERLUKAN

1. Tali plastik 8 gulung


2. Kertas A4 6 rim
3. Kertas mahjong 20 helai
4. Marker (Whiteboard) 2 kotak
5. Fail 225
7. Masking Tape 3 roll
8. Binding Tape (warna) 4 warna yang berbeza
9. Tag fasilitator 40 keping
10. NT Cutter 12 bilah
11. Manila Kad 20 helai
12. Belon 2 plastik
13. PA system (mobile / cordless microphone)

Anda mungkin juga menyukai