Anda di halaman 1dari 42

BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

BUKU PANDUAN
HOMEROOM
MRSM MERSING

1|Page
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

PENGENALAN

Idea mengenai Homeroom ini telah diperkenalkan sejak tahun 1972 di MRSM Seremban dan
kemudiannya dikembangkan ke MRSM-MRSM lain. Sejak itu program Homeroom menjadi sebahagian
program MRSM yang tidak boleh dipisahkan daripada program-program lain di MRSM. Homeroom yang
bermaksud Keluarga Pelajar, telah dicontohi dari sekolah-sekolah tertentu di Amerika Syarikat tetapi telah
diselaraskan dengan suasana dan masyarakat Malaysia. Sistem homeroom adalah sebahagian daripada
kurikulum mRSM dan adalah sama penting dengan aspek akademik.

Program Homeroom sebagai teras kepada sistem pendidikan MRSM adalah untuk mendidik pelajar
menjadi matang dan menjadi manusia lengkap untuk menghadapi cabaran masa depan. Proses pendidikan
ini dibimbing oleh seorang guru penasihat. Di samping selalu proses pembelajaran akademik, pelajar juga
akan didedahkn dengan budaya penerokaan sejajar dengan penerokaan di bidang Sains (Scientific Enquiry)
melalui program pengkayaan.

DEFINISI HOMEROOM

Sekumpulan pelajar sebaya menjalani hidup bersama dalam suasana persaudaraan dengan
seorang guru penasihat yang berfungsi sebagai pembimbing dan penjaga dalam ruang dari waktu yang tidak
terbatas. Dalam pengurusan pelajar, sistem homeroom dilaksanakan bertujuan untuk mencorakkan watak
pelajar sebagai ahli keluarga yang berakhlak dan bertanggungjawab. Setiap homeroom mempunyai seorang
penasihat yang berperanan sebagai penjaga sekumpulan pelajar.

OBJEKTIF HOMEROOM

1. Membantu pelajar-pelajar menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi mahupun yang


bersifat umum atau peribadi.
2. Memberikan bimbingan yang sempurna kepada setiap aspek perkembangan pelajar-pelajar dalam
proses pembelajaran.
3. Memupuk semangat dan perasaan persaudaraan, kekitaan dan tanggungjawab bersama yang tinggi
dan menyeluruh.

2|Page
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

4. Membantu pelajar-pelajar menyesuaikan diri dengan kehidupan di MRSM.


5. Mengembangkan bakat pelajar-pelajar dalam berbagai bidang.
6. Menggalakkan pelajar-pelajar merancang dan melaksanakan sendiri aktiviti-aktiviti mereka.
7. Menanamkan perasaan bertanggungjawab dan kasih kepada MRSM.
8. Mengujudkan hubungan yang mesra antara guru-guru dan pelajar.

RASIONAL PENUBUHAN HOMEROOM

1. Pelajar-pelajar MRSM yang berbeza pengetahuan, pencapaian, pengalaman dan latar belakang
sosio ekonomi yang berbeza perlu diberi pendedahan supaya wujud persefahaman dan perasaan
kekitaan dikalangan mereka.
2. Corak atau cara hidup di MRSM yang berbeza memerlukan pelajar mendapat bimbingan dan
tunjukajar supaya mereka memahami situasi dan cara hidup yang baru itu melalui suatu agensi yang
tertentu.
3. Program Homeroom membolehkan perhatian dan bimbingan kepada kanak-kanak yang masih
dalam perkembangan dan pertumbuhan ke arah kematangan. Pada peringkat umur ini pelajar begitu
mudah mengalami gangguan emosi dan mudah tersinggung dengan sebab-sebab yang kecil, remeh
atau yang tidak munasabah pada anggapan orang dewasa. Oleh itu masalah emosi pelajar-pelajar
perlu mendapat perhatian dan bimbingan terutama sekali dari pihak orang-orang dewasa.
4. Kanak-kanak sangat memerlukan seseorang sebagai tempat dia mengadu hal dan menyatakan
masalah peribadinya. Oleh itu satu suasana yang memungkinkan pelajar-pelajar memenuhi
keperluan begini perlu disediakan.
5. Selaras dengan pendekatan yang diamalkan di MRSM seperti pemusatan kepada pelajar dan
belajar melalui penemuan, maka kesempatan untuk pelajar-pelajar mendapat bimbingan yang lebih
bermakna perlu diadakan.
6. Homeroom boleh memberi kesempatan dan mengujudkan suasana perhubungan yang rapat dan
saling memahami antara guru dan pelajar-pelajar. Perkara ini adalah penting untuk mengujudkan
suasana pembelajaran yang menarik.
7. Menyediakan kesempatan untuk guru-guru memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab
sebagai pendidik yang sebenarnya dalam kurikulum MRSM.

3|Page
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

PERANAN HOMEROOM

1. Program Homeroom sebagai teras kepada sistem pendidikan MRSM adalah untuk mendidik pelajar
menjadi matang dan menjadi manusia lengkap untuk menghadapi cabaran masa depan. Proses
pembelajaran pelajar semasa menjadi pelajar MRSM adalah seperti ditunjukkan oleh gambarajah
berikut
2. Oleh yang demikian, adalah diharapkan Homeroom memainkan peranan berikut :
3. Menjadi teras dan pusat kegiatan seluruh aktiviti pembelajaran dan perkembangan pelajar semasa
mereka menjadi pelajar MRSM.
4. Mengujudkan suasana pembelajaran yang lebih hidup dan praktikal berasaskan hubungan mesra.
Ini boleh memberikan kepuasan belajar kepada individu atau kumpulan.
5. Melengkapkan diri pelajar-pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan pengalaman ke arah
melahirkan individu yang berfikiran rasional, kritikal, berpandangan jauh, cepat dan tepat membuat
keputusan mahupun secara individu atau kumpulan.
6. Menyedia dan melengkapkan diri pelajar-pelajar dengan nilai-nilai masyarakat dan negara.

FUNGSI HOMEROOM
Selaras dengan objektif dan tujuan-tujuannya, keluarga pelajar harus berfungsi sekurang-kurangnya seperti
di bawah :
1. Sebagai Satu Unit Keluarga
a) Guru penasihat sebagai pengganti penjaga pelajar-pelajar di Maktab mestilah merasakan
bahawa pelajar-pelajar di bawah jagaannya adalah seperti anak atau keluarganya sendiri dalam
konteks memberikan pelajar-pelajar bimbingan dan didikan.
b) Guru penasihat sebagai pengganti penjaga pelajar-pelajar di Maktab mestilah merasakan
bahawa pelajar-pelajar di bawah jagaannya adalah seperti anak atau keluarganya sendiri dalam
konteks memberikan pelajar-pelajar bimbingan dan didikan.

2. Saluran Mengesan dan Menyelesaikan Masalah


a) Menjadi satu medan dan lebih praktikal dalam mengesan dan menyelesaikan masalah-masalah
pelajar, tempat untuk tempat mengadu hal dan membincangkan masalah-masalah mereka.

4|Page
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

3. Medan Pembentukan Keperibadian


a) Membentuk dan memupuk sifat-sifat yang mencerminkan keperibadian warga Malaysia yang
matang, bersahsiah yang dinamis, bertatasusila, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.

4. Saluran Mengembangkan Minat


a) Mengesan bakat, minat dan perasaan ingin tahu pelajar serta menyalurkannya mengikut
kemampuan pelajar, memberikan dorongan dan bimbingan kepada pelajar untuk
mengembangkan bakat atau minat mereka serta meninggikan motivasi pencapaian pelajar
dalam bidang-bidang yang diceburi oleh mereka.

5. Badan Kebajikan
a) Menjaga kebajikan ahli dalam semua aspek kehidupan dan mengukuhkan perpaduan dan
persefahaman di kalangan pelajar, memberikan pelajar pengetahuan atau pengalaman tertentu
seperti mengendalikan mesyuarat membuat keputusan, melaksanakan sebarang aktiviti atau
projek, memperkaya dan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran meliputi kegiatan-kegiatan
riadah, sosial dan akademik untuk faedah pelajar.

6. Unit Pentadbiran
a) Memudahkan hal ehwal pentadbiran yang berkaitan dengan pelajar dengan memberikan
kerjasama kepada pihak yang berkaitan dalam kerja-kerja pengumpulan data, penyediaan
laporan dan lain-lain serta melaksanakan peraturan-peraturan pentadbiran dan disiplin pelajar-
pelajar.

7. Alat Perpaduan
a) Menyatukan pemikiran dan tanggapan pelajar-pelajar yang datang dari berbagai latar belakang
sosio ekonomi, meminimumkan perbezaan sosio ekonomi dan menggalakkan pelajar-pelajar
bekerja secara kumpulan dengan nilai-nilai kerjasama yang tinggi.

8. Agen Pemasyarakatan
a) Menjadi agen pemasyarakatan untuk membolehkan pelajar-pelajar memahami cara hidup, adat
kebiasaan dan nilai-nilai masyarakat dengan mengembangkan proses pendidikan formal

5|Page
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

dengan proses pemasyarakatan pelajar-pelajar, mendekat dan menghubungkan cara hidup dan
pemikiran pelajar dengan perkembangan-perkembangan yang terjadi di dalam masyarakat dan
negara.

TUGAS GURU PENASIHAT

1. Tugas Umum

a) Menjaga kebajikan pelajar-pelajar khusus mengenai penginapan, makanan, kesihatan dan


keselesaan belajar.
b) Memberikan khidmat nasihat dan perhatian yang sepatutnya kepada pelajar-pelajar
bermasalah.
c) Membimbing dan menyalurkan minat serta ingin tahu pelajar mengikut peringkat dan
kemampuan pelajar.
d) Memperluaskan pengetahuan dan kegiatan pembelajaran pelajar.
e) Memberikan tunjuk ajar dan bimingan dalam setiap aspek kehidupan pelajar.

2. Pentadbiran

a) Menjadi penghubung atau perantaran pihak pentadbir dengan pelajar-pelajar berkaitan dengan
hal ehwal pelajar.
b) Membincangkan dengan pihak-pihak tertentu berkaitan dengan masalah-masalah atau hal
ehwal pelajar.
c) Memberitahu guru-guru berkaitan dengan masalah-masalah tertentu yang dihadapi oleh
individu atau kumpulan pelajar-pelajar untuk perhatian guru-guru yang berkenaan.
d) Menyampaikan dan membincangkan masalah-masalah pelajar dalam mesyuarat guru.
e) Mempatikan pelajar-pelajar mendapat kemudahan-kemudahan yang sepatutnya.
f) Mempastikan pelajar-pelajar dapat menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan
dengan betul dan berkesan.
g) Mempastikan pelajar-pelajar mematuhi peraturan-peraturan maktab.

6|Page
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

h) Mengawasi tingkahlaku pelajar-pelajar dari masa ke semasa mahupun di dalam kawasan maktab
atau diluar.
3. Bimbingan
a) Memberi bimbingan dalam pembentukan sahsiah pelajar.
b) Memberi bimbingan dalam bidang berkaitan dengan perkembangan kerjaya.
c) Memberi bimbingan dalam pengurusan diri dan kesihatan.
d) Membimbing dan membantu pelajar dalam hal-hal akademik.
e) Membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah khususnya masalah emosi.
f) Membantu kegiatan bimbingan dan kaunseling secara individu atau kumpulan.

4. Rekod dan Laporan


a) Menyelia dan menyimpan rekod-rekod peribadi, akademik, aktiviti pelajar, ujian-ujian psikologi
seperti rekod Konsep Kendiri, personaliti dan rekod kecenderungan kerjaya pelajar.
b) Menyediakan laporan-laporan yang berkaitan dengan pelajar untuk keperluan-keperluan
tertentu atas permintaan pihak-pihak yang berkenaan seperti :
c) Laporan sahsiah pelajar kepada pihak maktab atau ibubapa/penjaga pelajar.
d) Laporan aktiviti tertentu.
e) Laporan khas individu atau kelompok berkaitan sesuatu perkara.
f) Menyediakan surat akuan untuk pelajar.
g) Meminta atau mendapat data-data yang berkaitan mengenai pelajar-pelajar dari guru-guru
subjek, ibu bapa, pihak pentadbiran dan lain-lain yang berkenaan.
h) Menyediakan satu laporan tahunan tentang kegiatan Homeroom.
i) Menyediakan laporan sahsiah pelajar kepada ibu bapa / penjaga pelajar atau pihak yang
berkaitan yang memerlukannya.
j) Menyimpan rekod hasil ujian pelajar seperti kedudukan Konsep Kendiri, personaliti dan
kecenderungan kerjaya pelajar.

7|Page
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

CARTA ORGANISASI UNIT JAWATANKUASA HOMEROOM

8|Page
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

CARTA ALIH PERJUMPAAN HOMEROOM

Berkumpul di kelas yang telah


ditetapkan oleh JK Homeroom

Bacaan doa/Fatihah

Semak kehadiran

Penasihat
Tidak hadir
Membina hubungan/perbualan
topik ringan
Presiden
melaksanakan
modul yang
dibekalkan
Perlaksanaan Modul

Peringatan tentang
akhlak/disiplin/akademik

Refleksi/intervation

Bacaan Doa/ perjumpaan tamat

9|Page
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

PROGRAM MERIT
DEMERIT

10 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

CARTA ALIR PROSES TUNTUTAN MERIT SECARA BULANAN

Jawatankuasa UPHR mengendarkan


borang tuntutan pada setiap bulan
kepada penasihat HR

Setiausaha Homeroom ambil borang


merit daripada guru penasihat dan
mengisi borang tuntutan

Semakan & Tandatangan penasihat


Homeroom

Semakan & tandatangan


Jawatankuasa UPHR

Proses pengiraan markah oleh


Jawatankuasa UPHR

Edaran markah merit kepada


penasihat/presiden hr 5 hari selepas

Bantahan dalam tempoh 24 jam

Markah akhir di paparkan

11 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

JADUAL MERIT MRSM MERSING

KECEMERLANGAN AKADEMIK

3.5 – 3.89 300 MATA


(MENENGAH RENDAH)
3.0 – 3.89 300 MATA
PNG
(MENENGAH ATAS)
3.9 – 4.00 1000 MATA
(BONUS GEMILANG)
SUBJEK TERBAIK 150 MATA
(MENGIKUT TINGKATAN)
JOHAN 350 - 500 MATA

NAIB JOHAN 200 – 349 MATA


KECERIAAN KELAS
TEMPAT KE 3 50 -199 MATA

PEMBANGUNAN PELAJAR
300 MATA
PERJUMPAAN RASMI HOMEROOM

PERJUMPAAN TIDAK RASMI HOMEROOM 200 MATA


(10 ORANG KE ATAS)
KEHADIRAN GURU PENASIHAT 300 MATA
JAMUAN HOMEROOM DI LUAR MAKTAB 500 MATA
JAMUAN HOMEROOM DI DALAM MAKTAB 200 MATA
LAWATAN 500 MATA
MENGIKUTI SEMINAR/KEM/KURSUS/BENGKEL (BUKAN 200 MATA
AKADEMIK)
RAK 200 MATA
AKTIVITI KEROHANIAN 200 MATA
(10 ORANG KE ATAS)
CSR 200 MATA
JOHAN 300 MATA
NAIB JOHAN 200 MATA
PERTANDINGAN ANJURAN HOMEROOM
KETIGA 100 MATA
PENYERTAAN 50 MATA

12 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

UNIT ASRAMA
KECERIAAN DAN KEBERSIHAN BILIK 500 MATA
KECERIAAN DAN KEBERSIHAN WING 100 MATA

AMAL ISLAMI
HADIR AWAL SEBELUM SUBUH 100 MATA
AGEN SUBUH 500 MATA
MENGHADIRI/MENGIKUTI PROGRAM KEAGAMAAN 50 MATA
MENGUASAI SEMUA SURAH MINI ULUL ALBAB 100 MATA
KHIDMAT MASYARAKAT MEMBERSIHKAN SURAU 200 MATA

13 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

CONTOH BORANG TUNTUTAN MERIT

14 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

KOLEKSI MODUL
MODUL HOMEROOM

15 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 1 : Plan It Right


PERALATAN 1. Borang perancangan aktiviti
2. Borang cadangan pertandingan
OBJEKTIF 1. Pelajar membuat pelantikan dan perancangan tahunan.
LANGKAH - LANGKAH 1. Perlantikan AJK Homeroom (Presiden, Naib Presiden,
Setiausaha, Bendahari dll)
2. Membuat perancangan aktiviti homeroom (Jualan
homeroom, khidmat social, riadah dll)
3. Memberi cadangan pertandingan homeroom.
REFLEKSI 1. Dapat mengeratkan perhubungan dalam kalangan
homeroom
2. Belajar memikul tanggungjawab dan amanah

Modul 2 : Kasih Tercipta


PERALATAN 1. Fail homeroom

OBJEKTIF 1. Mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan guru penasihat


LANGKAH - LANGKAH 1. Sesi ramah mesra antara pelajar dan penasihat homeroom.
2. Mengemaskini fail homeroom mengikut indeks yang telah
disediakan oleh unit homeroom.
REFLEKSI 1. Dapat mengeratkan perhubungan dalam kalangan
homeroom
2. Penasihat homeroom dapat mengenali anak – anak
homeroom dengan lebih rapat

16 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 3 : Jom Amal Sunnah


PERALATAN 1. Helaian kelebihan beristighfar
2. Bahan – bahan bacaan yang ilmiah
OBJEKTIF 1. Mencintai dan mengamalkan amalan Sunnah Rasulullah
LANGKAH - LANGKAH 1. Pelajar membuat brainstorm tentang amalan Sunnah
Rasulullah
2. Guru memberi input kelebihan beristighfar.
REFLEKSI 1. Membantu peserta menanam sikap cintakan Rasullullah
2. Membantu peserta menanam nilai – nilai murni dan
pelbagai kebaikan

Modul 4 : I am DIVA

PERALATAN 1. Kertas A4
2. Alat tulis
OBJEKTIF 1. Menerapkan nilai kreatif dan keusahawanan
LANGKAH - LANGKAH 1. Pelajar dikehendaki melukis gambar produk untuk
dipromosikan.
2. Pelajar lain akan memilih satu produk yang menarik minat
mereka dan menyatakan kekuatan berkaitan produk yang
dipilih
REFLEKSI 1. Pelajar dapat belajar mencari dan mengembangkan idea
dalam bidang keusahawanan
2. Pelajar dapat berfikir secara kreatif

17 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 5 : Bersedekah
PERALATAN 1. Bahan bacaan berkaitan isu bersedekah

OBJEKTIF 1. Mencintai dan mengamalkan amalan Sunnah Rasulullah


LANGKAH - LANGKAH 1. Guru memberi input tentang amalan bersedekah.
2. Pelajar akan membincangkan kebaikan amalan
bersedekah.
REFLEKSI 1. Pelajar dapat mempraktikkan nilai – nilai murni dalam
kehidupan seharian
2. Pelajar dapat fokus kepada sesuatu perkara

Modul 6 : Miror oh Miror


PERALATAN 1. Website http://name.crazyartzone.com/

OBJEKTIF 1. Mengenal diri dan mencerminkan diri yang baik sesuai


dengan nama yang diberi
LANGKAH - LANGKAH 1. Pelajar akan berkongsi maksud nama masing-masing.
2. Pelajar mencipta sebuah sajak acrostic.
3. Pelajar menceritakan sama ada makna dan nama
menggambarkan personaliti diri pelajar sendiri
REFLEKSI 1. Pelajar dapat mempelajari sesuatu perkara yang baru
2. Pelajar dapat mengenali diri sendiri dengan baik

18 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 7 : Wacky Guess


PERALATAN 1. Any random objects

OBJEKTIF 1. Menerapkan nilai kreatif pelajar


LANGKAH - LANGKAH 1. Pelajar dikehendaki membentuk 2 kumpulan: Kumpulan
demonstrasi dan kumpulan meneka.
2. Kumpulan demonstrasi akan membuat demonstrasi
kegunaan barang tanpa bercakap.
3. Kumpulan lain akan meneka objek tersebut.
a) Contoh barang: Pen
b) Demonstrasi: Joran
REFLEKSI 1. Pelajar dapat mempelajari sesuatu perkara yang baru
2. Pelajar dapat mengenali diri sendiri dengan baik
3. Mengeratkan hubungan sesame ahli homeroom

Modul 8 : Love Box Project


PERALATAN 1. Menerapkan amalan suka bersedekah

OBJEKTIF 1. Helaian tugasan


LANGKAH - LANGKAH 1. Pelajar dan guru penasihat dikehendaki
membincangkan barang untuk didermakan untuk
program infaq Ramadhan.
2. Guru penasihat akan menyatakan syarat-syarat barang
derma.
REFLEKSI 1. Pelajar dapat mempelajari sesuatu perkara yang baru
2. Pelajar dapat memupuk sikap yang positif untuk
membantu masyakarat

19 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 9 : The Power Of Doa


PERALATAN 1. Helaian risalah dan doa

OBJEKTIF 1. Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t


LANGKAH - LANGKAH 1. Pelajar membuat brainstorm tentang kelebihan berdoa.
2. Guru memberi input dan mengingatkan pelajar supaya
sentiasa berdoa dan mensyukuri nikmat Allah.
REFLEKSI 1. Pelajar sentiasa belajar erti syukur dan nikmat hidup
2. Memberi kekuatan dalaman kepada pelajar dan guru
dalam menangani pelbagai isu

Modul 10 : See, Tell & Draw


PERALATAN 1. Lukisan

OBJEKTIF 1. Kepentingan komunikasi dalam melaksanakan tugasan


berkumpulan
LANGKAH - LANGKAH 1. Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan: seorang
pemandang, seorang pelukis dan baki ahli menjadi
talian telefon.
2. Guru penasihat akan menunjukkan lukisan asal kepada
si pemandang. Kemudian pemandang akan bergerak
kearah talian dan menceritakan apa yang telah dilihat
sehinggalah sampai kepada si pelukis.
3. Hasil lukisan akan dibandingkan dengan lukisan asal.
4. Sekiranya berbeza, bincangkan kenapa boleh berlaku.
REFLEKSI 1. Pelajar dapat memahami bahawa pentingnya
mendengar arahan dan bekerjasama

20 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 11 : 10 Important Things


PERALATAN 1. Kertas A4
2. Alat tulis
OBJEKTIF 1. Memberikan pengalaman kepada pelajar bagaimana
mereka menentukan keutamaan dalam hidup

LANGKAH - LANGKAH 1. Pelajar dikehendaki menulis 10 perkara terpenting dalam


hidup masing-masing.
2. Setelah selesai, pelajar dikehendaki memilih 5 perkara
peting daripada 10 perkara yang tersenarai tadi.
3. Kemudian, pelajar dikehendaki memilih satu perkara
terpenting daripada 5 perkara yang telah dipilih tadi.
4. Pelajar dikehendaki menceritakan pilihan mereka
beserta hujah-hujah mengapa perkara yang dipilih itu
dianggap penting.
5. Bincangkan:
- Mengapa keutamaan berubah
- Apakah faktor yang dipertimbangkan

REFLEKSI 1. Pelajar dapat belajar membuat pilihan mengukit


keutamaan
2. Pelajar belajar untuk membuat keputusan

Modul 12 : Creating Melody


PERALATAN 1. Tiada

OBJEKTIF 1. Menerapkan nilai kreatif pelajar


LANGKAH - LANGKAH 1. Pelajar dikehendaki mencipta lagu yang menggambarkan
homeroom di MRSM.
2. Semua ciptaan hendaklah dihantar kepada unit homeroom
mengikut tarikh yang ditetapkan.

REFLEKSI 1. Melahirkan rasa cinta dan sayang homeroom dalam


kalangan pelajar
2. Memberi peluang untuk pelajar berkarya secara kreatif

21 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 13 : A+ Attitudes
PERALATAN 1. Helaian risalah/usrah

OBJEKTIF 1. Mengamalkan tingkah laku yang baik


LANGKAH - LANGKAH 1. Pelajar membuat brainstorm tentang adab bersama rakan-
rakan.
2. Guru memberi input dan sesi soal jawab bersama anak-
anak homeroom.
REFLEKSI 1. Penekanan kepentingan adab dalam kalangan homeroom
2. Menghormati di antara satu sama lain

Modul 14 : Don’t Ask


PERALATAN 1. Lukisan
2. Kertas A4
OBJEKTIF 1. Kepentingan bertanya
LANGKAH - LANGKAH 1. Guru penasihat akan memberi arahan kepada pelajar untuk
melukis gambar tersebut.
2. Pelajar tidak dibenarkan bertanya apa-apa soalan.
3. Setelah selesai, pelajar diminta untuk menunjukkan lukisan
mereka dan bandingkan dengan lukisan yang ada pada
guru penasihat.
4. Bincangkan pengajaran daripada aktiviti hari ini
REFLEKSI 1. Penekanan kepentingan bertanya untuk mendapatkan
maklumat
2. Ambil tahu keadaan sekeliling

22 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 15 : Goals Setting


PERALATAN 1. Kertas A4
2. Alat tulis
OBJEKTIF 1. Menetapkan matlamat/sasaran sebgai seorang pelajar
LANGKAH - LANGKAH 1. Guru penasihat menerangkan kepentingan menetapkan
matlamat sebagai seorang pelajar.
2. Pelajar diminta untuk menetapkan matlamat yang ingin
dicapai dan langkah yang akan diambil bagi mencapai
matlamat.
REFLEKSI 1. Penekanan bahawa pentingnya membuat perancangan
dan matlamat dalam hidup
2. Berjaya dunia dan akhirat

Modul 16 : Goals Setting


PERALATAN 1. Kertas A4
2. Alat tulis

OBJEKTIF 1. Menetapkan matlamat/sasaran sebgai seorang pelajar


LANGKAH - LANGKAH 2. Guru penasihat menerangkan kepentingan menetapkan
matlamat sebagai seorang pelajar.
3. Pelajar diminta untuk menetapkan matlamat yang ingin
dicapai dan langkah yang akan diambil bagi mencapai
matlamat.

REFLEKSI 1. Penekanan bahawa pentingnya membuat perancangan


dan matlamat dalam hidup
2. Berjaya dunia dan akhirat

23 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 17 : Istimewa Ramadhan


PERALATAN 1. Helaian risalah/usrah

OBJEKTIF 1. Mendidik diri dalam bulan Ramadhan


LANGKAH - LANGKAH 1. Guru memberi input kepada pelajar tentang bulan
Ramadhan bulan Tarbiyah.
2. Kemudian, bincangkan kelebihan bulan Ramadhan
bersama pelajar.

REFLEKSI 1. Pelajar dan guru boleh mengisi ruang waktu yang lebih
bermanfaat pada bulan Ramadhan

Modul 18 : Potluck Homeroom


PERALATAN 1. Makanan iftar

OBJEKTIF 1. Merapatkan silaturrahim antara guru penasihat dan


pelajar

LANGKAH - LANGKAH 1. Guru penasihat dan pelajar akan berkumpul untuk iftar
bersama-sama di dewan selera mengikut giliran yang
ditetapkan.

REFLEKSI 1. Pelajar dan guru boleh mengisi ruang waktu yang lebih
bermanfaat pada bulan Ramadhan
2. Mengeratkan hubungan guru dan pelajar

24 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 19 : Special Creative Basket


PERALATAN 1. Bakul, hadiah (mengikut kreativiti pelajar)

OBJEKTIF 1. Menerapkan nilai kreatif pelajar

LANGKAH - LANGKAH 1. Pelajar perlu membuat gubahan bakul istimewa untuk


diberikan kepada guru penasihat homeroom.

REFLEKSI 1. Memupuk silaturahim dalam kalangan homeroom


2. Mendidik pelajar untuk menghargai orang yang istimewa

Modul 20 : Anti Bullying Poster


PERALATAN 1. Helaian tugasan

OBJEKTIF 1. Memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan isu buli


2. Memberi kesedaran kepada pelajar bahayanya isu buli

LANGKAH - LANGKAH 1. Pelajar perlu menghasilkan poster bertemakan anti buli.


2. Kriteria penilaian:
a) Pemilihan tajuk
b) Kreativiti
c) Kekemasan
d) Penggunaan dan pemilihan warna
e) Poster hendaklan bersaiz A3
3. Semua hasil karya perlu dihantar mengikut tarikh yang
ditetapkan.

REFLEKSI 1. Memupuk silaturahim dalam kalangan homeroom


2. Mendidik pelajar untuk menghargai orang yang istimewa

25 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 21 : Check & Balance


PERALATAN 1. Tiada

OBJEKTIF 1. Pelajar dapat menyenaraikan nilai-nilai murni

LANGKAH - LANGKAH 1. Guru penasihat akan bertanya kepada pelajar apa yang
mereka faham tentang kesopanan.
2. Kemudian, guru meminta pelajar untuk menyemak dan
mengenalpasti adakah mereka mengamalkan nilai-nilai
murni tersebut.

REFLEKSI 1. Memupuk silaturahim dalam kalangan homeroom


2. Mendidik pelajar untuk menghargai orang yang istimewa
3. Penekanan adab kepada pelajar

Modul 22 : Tidak Datang Bergolek


PERALATAN 1. Tiada

OBJEKTIF 1. Kejayaan itu milik orang yang berusaha

LANGKAH - LANGKAH 1. Guru penasihat akan mengeluarkan sesuatu yang ingin


ditawarkan kepada para pelajar.
2. Kebiasaannya pelajar akan menjawab, “Nak!”
3. Kemudian, guru penasihat akan bertanya berulang kali dan
kebiasaannya pelajar akan tetap menjawab, “Nak!”.
4. Guru penasihat akan meminta pelajar memberi komen tentang
aktiviti yang dilakukan dan memberi kesimpulan.
5. Perbincangan:
- Ramai yang ingin mahukan sesuatu. Namun, berapa ramai
yang berusaha untuk mendapatkannya.
- Apabila ditanya, kita akan selalu mengatakan yang kita mahu,
tapi realitinya hanya segelintir yang benar-benar bertindak.
- Sikap yang perlu dielakkan, banyak bercakap tanpa bertindak.

REFLEKSI 1. Pentingnya berusaha untuk mendapatkan sesuatu


2. Tiada jalan mudah untuk berjaya

26 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 23 : Shipwreck
PERALATAN 1. Tiada

OBJEKTIF 1. Pelajar dapat bertindak dengan pantas dan dapat membuat


keputusan dengan tepat

LANGKAH - LANGKAH 1. Guru penasihat akan memberikan satu situasi dan meminta
pelajar untuk menyenaraikan orang yang perlu
diselamatkan mengikut keutamaan.
2. Kemudian, guru meminta pelajar untuk menyatakan
pendapat mereka tentang penyusunan yang telah dibuat.
3. Contoh situasi:
- Senarai 10 orang terapung-apung di laut kerana kapal
yang mereka naiki telah pecah dilanda ombak dan
karam di lautan. Anda ingin membantu.
- Namun, kapal anda hanya boleh menampung 6 orang
sahaja.
- Tugas anda! Senaraikan 6 orang mengikut keutamaan:

a) ORANG KAYA YANG BUDIMAN


b) KAWAN KARIB
c) IBU YANG SAKIT TUA
d) PENCURI YANG INSAF
e) ABANG YANG BUTA
f) GURU KESAYANGAN ANDA
g) BAPA YANG TIDAK BEKERJA
h) ORANG MISKIN
i) PEMUDA YANG BAIK HATI
j) ADIK YANG NAKAL

REFLEKSI 1. Penekanan sikap bertolak ansur dan tidak pentingkan diri


2. Berkerjasama membawa kejayaan

27 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 24 : Stop Wishing, Start Doing


PERALATAN 1. Kertas A4
2. Alat tulis

OBJEKTIF 1. Pelajar dapat menyenaraikan impian dan mencari jalan untuk


merealisaikan impian

LANGKAH - LANGKAH 1. Guru penasihat meminta pelajar untuk menyenaraikan apa yang
mereka inginkan/impikan dan apakah halangan yang perlu
mereka tempuhi.
2. Guru penasihat boleh meminta pelajar untuk berkongsi impian
masing-masing.
3. Kemudian, guru penasihat akan memberi pandangan dan
membuat kesimpulan.

Turn your WISHES inti ACTIONS.


Stop Wishing, Start Doing, and No Excuses!

REFLEKSI 1. Fokus dalam melaksanakan tugas


2. Pentingnya perancangan yang baik
3. Bertindak mengikut arahan

Modul 25 : Good Luck


PERALATAN 1. Kertas A4
2. Alat tulis

OBJEKTIF 1. Memberi semangat dan kata-kata positif kepada para


pelajar yang akan menduduki SPMRSM/Peperiksaan Akhir PT3

LANGKAH - LANGKAH 1. Guru penasihat perlu memberi beberapa kata nasihat/kata-kata


motivasi kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan
kelak.
2. Guru penasihat boleh mengingatkan para pelajar tentang
matlamat dan impian yang ingin mereka capai dan mereka perlu
berusaha untuk mencapai impian tersebut.
3. Minta seorang pelajar untuk memimpin bacaan doa.
4. Membuat kad ucapan

REFLEKSI 1. Memberi kata-kata motivasi dan sokongan untuk pelajar


menduduki peperiksaan yang penting
2. Semangat ingin bejaya bersama-sama

28 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 26 : I Am Champion
PERALATAN 1. Tiada

OBJEKTIF 1. Pelajar dapat meningkatkan konsep diri dan belajar


menikmati perasaan menggapai sesuatu kejayaan

LANGKAH - LANGKAH 1. Guru akan meminta semua pelajar untuk memejamkan


mata,
2. Tarik nafas dan hembus (buat beberapa kali supaya para
pelajar berada dalam keadaan tenang).
3. Minta para pelajar membayangkan suatu hari mereka
berasa amat gembira sekali sepanjang hidup. Minta
mereka tumpukan perhatian pada satu kejayaan pada
waktu itu.
4. Kemudian, minta mereka buka mata dan cuba ingatkan
kembali kejayaan tadi.
5. Di manakah ia berlaku? Adakah mereka mencapainya
secara berseorangan atau dengan bantuan orang lain?
6. Adakah mereka merancang untuk mencapai kejayaan itu
atau berlaku secara spontan?
7. Minta para pelajar untuk kongsikan kejayaan masing-
masing.

REFLEKSI 1. Memberi motivasi kepada pelajar

29 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 27 : Black Or White?


PERALATAN 1. Kertas A4
2. Alat tulis

OBJEKTIF 1. Pelajar dapat mengenal sifat positif dan sifat negative


masing-masing dan dapat memperkembangkan sifat -
sifat positif yang ada

LANGKAH - LANGKAH 1. Guru meminta para pelajar untuk mengeluarkan


sekeping kertas dan menyenaraikan sifat positif dan
negatif masing-masing.
2. Kemudian, guru akan memilih beberapa pelajar untuk
menerangkan sifat positif beserta dengan contoh
perlakuan atau perkara yang pernah dilakukan.
3. Seterusnya. guru akan memilih beberapa pelajar untu
menerangkan sifat negatif serta cadangan untuk
menghapuskan sifat-sifat negatif tersebut.
4. Semua pelajar digalakkan untuk memberikan pendapat
serta cadangan

REFLEKSI 1. Hidup kita banyak pilihan.


2. Pelajar perlu bijak membuat keputusan

30 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 28 : Black Or White?


PERALATAN 1. Kertas A4
2. Alat tulis

OBJEKTIF 1. Pelajar dapat mengenal sifat positif dan sifat negative


masing-masing dan dapat memperkembangkan sifat - sifat
positif yang ada

LANGKAH - LANGKAH 1. Guru meminta para pelajar untuk mengeluarkan sekeping


kertas dan menyenaraikan sifat positif dan negatif masing-
masing.
2. Kemudian, guru akan memilih beberapa pelajar untuk
menerangkan sifat positif beserta dengan contoh
perlakuan atau perkara yang pernah dilakukan.
3. Seterusnya. guru akan memilih beberapa pelajar untu
menerangkan sifat negatif serta cadangan untuk
menghapuskan sifat-sifat negatif tersebut.
4. Semua pelajar digalakkan untuk memberikan pendapat
serta cadangan

REFLEKSI 1. Hidup kita banyak pilihan.


2. Pelajar perlu bijak membuat keputusan

31 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 29 : Love Sparkling


(Picnic Homeroom)
PERALATAN 1. Barang keperluan yang bersesuaian

OBJEKTIF 1. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru penasihat


dan para pelajar

LANGKAH - LANGKAH 1. Guru dan para pelajar akan merancang alatan, makanan,
minuman dan aktiviti yang akan dilakukan untuk picnic
homeroom.
2. Guru akan mengingatkan pelajar supaya bersedia dengan
barang yang ingin dibawa pada pertemuan picnic homeroom
akan dating

REFLEKSI 1. Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar


2. Meraikan pelajar dengan cara berhemah dan santai

Modul 30 : Fun Decor With Love


PERALATAN 1. Barang keperluan yang bersesuaian

OBJEKTIF 1. Menerapkan nilai kreatif dan mengeratkan hubungan


silaturrahim antara guru penasihat dan para pelajar

LANGKAH - LANGKAH 1. Guru dan para pelajar akan merancang barang keperluan
yang bersesuaian dengan aktiviti yang akan dilakukan.
2. Contoh:
- Cake decoration
- Donnut decoration
- Sandwich
- Cupcake decoration
- Fruit decoration
3. Guru akan mengingatkan pelajar supaya bersedia dengan
barang yang ingin dibawa pada pertemuan aktiviti homeroom
akan datang.
REFLEKSI 1. Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar
2. Meraikan pelajar dengan cara berhemah dan santai

32 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 31 : Boleh Ke?


PERALATAN 1. Jarum
2. Air
3. Belon

OBJEKTIF 1. Dapat mengasah cara berfikir setiap peserta dengan baik


2. Perserta dapat menumpukan perhatian sepenuhnya
3. Peserta dapat memikirkan strategi baru

LANGKAH - LANGKAH 1. Penasihat Homeroom memasukkan air ke dalam belon


2. Setiap peserta diberi 2 batang jarum
3. Peserta diminta memasukkan jarum dalam belon
4. Belon tersebut tidak boleh pecah
5. Peserta perlu memikirkan cara untuk membuatkan jarum
tersebut tidak akan memecahkan belon tersebut
6. Peserta yang Berjaya melakukan dengan pantas akan dikira
menang

REFLEKSI 1. Perserta dapat berfikir dengan kreatif dan kritis


2. Berfikir di luar garis biasa
3. Bersedia untuk tindakan baru
4. Keluar dari kehidupan biasa untuk menjadi luar biasa

33 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 32 : Mind Set


PERALATAN 1. Kad mind set

OBJEKTIF 1. Perserta dapat mempelajari nilai – nilai intergriti dalam


kumpulan
2. Mengetahui tahap pengetahuan diri sendiri
3. Memperbaiki tahap komunikasi dan berbahasa
4. Manusia mempunyai nilai yang menjadi teras dalam
kehidupan

LANGKAH - LANGKAH 1. Tugasan mind set diedarkan iaitu sikap (bertanggungjawab,


menepati masa, rasional, bijak, praktikal, setia, berbakat,
berkarisma, setia, berbakat, berkarisma, komunikasi,
kreatif, kritis, dan beriman).
2. Setiap peserta diminta memilih hanya 3 sahaja pilihan nilai
3. Nilai lain yang tidak dipilih bersifat tidak penting sama
sekali
4. Setiap peserta diminta untuk mempertahankan pilihan yang
dipilih
5. Peserta perlu melakukan perbahasan dalam
mempertahankan hujah yang dipilih

REFLEKSI 1. Nilai integriti yang dipilih adalah berdasarkan pengetahuan


2. Pengangan terhadap sikap yang baik menjadikan
seseorang individu mempunyai prinsip
3. Setiap individu mempunyai pegangan tersendiri
4. Nilai yang wujud berteraskan pengalaman bukannya
percakapan
5. Bersedia untuk lebih terbuka dalam kehidupan

34 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 33 : Hadiah Itu..


PERALATAN 1. Hadiah barangan yang disayangi peserta

OBJEKTIF 1. Merapatkan ikatan persahabatan antara peserta


2. Memberi lebih baik daripada menerima
3. Menghargai pemberian orang lain

LANGKAH - LANGKAH 1. Penasihat homeroom mengagihkan kotak hadiah kepada


peserta sebelum aktiviti dijalankan
2. Peserta diminta memasukkan barang yang paling berharga
yang mereka ada dan berikan kepada rakan-rakan mereka
3. Penasihat homeroom akan meminta sesiapa yang bersedia
dengan hadiah untuk tampil dan ceritakan kenapa dia amat
sayang kepada sahabatnya tanpa disebut nama
4. Selesai bercerita, penasihat homeroom akan meminta
peserta menyerahkan hadiah kepada rakan mereka sambil
mengucapkan “terima kasih wahai sahabatku”

REFLEKSI 1. Mencintai sahabat sebagaimana mencintai diri sendiri


2. Tanda anda orang beriman adalah mengasihi sahabat
dengan berbuat baik kepada mereka
3. Sahabat wujud ketika senang dan susah

35 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 34 : Mimpi Kejayaan


PERALATAN 1. Kertas A4

OBJEKTIF 1. Meningkatkan penghargaan dan konsep kendiri peserta


2. Menghargai kejayaan yang dimiliki oleh peserta
3. Meningkatkan kembali cara mencipta kejayaan lepas
LANGKAH - LANGKAH 1. Penasihat homeroom mengarahkan supaya ahli peserta
memejamkan mata, tarik nafas dan hembuskan beberapa
kali dan bertenang
2. Cuba bayangkan hari anda berasa amat gembira sekali
sepanjang hidup anda
3. Tumpukan perhatian pada satu kejayaan waktu itu
4. Cuba ingat kembali kejayaan itu. Di manakah ia berlaku?
Adakah anda mencapainya secara berseorangan atau
dengan bantuan orang lain? Adakah anda merancang
untuk mencapainya atau ia berlaku secara spontan.
5. Peserta perlu melukis kejayaan lepas mereka dalam
keadaan mata terpejam
6. Minta peserta berkongsi pengalaman dalam kumpulan

REFLEKSI 1. Setiap manusia yang dilahirkan mahukan kejayaan didunia


dan di akhirat
2. Setiap individu perlu yakin mereka akan Berjaya jika
berusaha dengan bersungguh – sungguh
3. Usaha yang berterusan perlu dilakukan dalam keadaan
sedar
4. Pengalaman yang baik harus dijadikan tauladan

36 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 35 : Surat Cinta Untuk….


PERALATAN 1. Kertas A4
2. Alat tulis & Stapler

OBJEKTIF 1. Menggalakan perserta memberikan pandangan tentang diri


sendiri dan orang lain
2. Membantu peserta mengenal pasti perubahan yang perlu
dibuat melalui pandangan orang lain
3. Menggalakan peserta sentiasa bermuhasabah diri dalam
hidup bermasyarakat atau berkumpulan
LANGKAH - LANGKAH 1. Peserta diberikan kertas A4 tiga helai seorang
2. Peserta diminta melukis tentang gambaran diri
3. Penasihat homeroom meminta peserta mengedarkan lukisan
dalam kumpulan mengikut lawan arah jam
4. Peserta dalam kumpulan akan memberi respon tentang
lukisan tersebut
5. Peserta diminta untuk menulis perkara positif dalam diri
peserta pada muka surat kedua dan rakan dalam kumpulan
akan memberikan pandangan
6. Setelah selesai, peserta akan mengambil semula dan
membaca kertas sendiri
7. Penasihat homeroom membuat refleksi di sebalik aktiviti
tersebut

REFLEKSI 1. Rakan – rakan dalam kumpulan adalah cerminan kita


2. Keperluan menerima teguran dan nasihat dari kawan untuk
memperbaiki diri
3. Perlu bersikap terbuka dalam menerima teguran

37 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 36 : Kota Raja


PERALATAN 1. Kertas A4
2. Alatan tulis dan stapler

OBJEKTIF 1. Menggalakkan peserta mengenalpasti kelebihan dan


kekurangan dalam diri
2. Membantu peserta mengilap kelebihan diri di samping
memperbaiki kelemahan diri
3. Membantu peserta membuat penilaian tentang diri serta
sentiasa muhasabah diri

LANGKAH - LANGKAH 1. Peserta dibekalkan 3 helai seorang kertas A4


2. Peserta diminta melipat kertas A4 berbentuk selinder. Setiap
selinder ditulis 5 sifat positif diri dan 5 sifat negatif diri
3. Penasihat homeroom meminta peserta membentuk sebuah
kota lama menggunakan silinder yang ada mengikut saiz dan
ketinggian
4. Setiap peserta dikehendaki mencari dan mengeluarkan
selinder yang bertulis perkara negatif dengan tidak
menyebabkan kota runtuh
5. Kebiasaanya kota akan runtuh dan penasihat homeroom
meminta peserta menjelaskan apa yang sedang berlaku
6. Penasihat homeroom menjelaskan pengajaran disebalik
aktiviti

REFLEKSI 1. Sifat negatif kebiasaannya akan menyebabkan sesebuah


organiasi musnah
2. Sifat negatif perlu dibuang daripada dalam diri dan organisasi
bangi memastikan organisasi berkembang baik.
3. Setiap perubahan akan memberikan impak yang positif

38 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 37 : Menggilap Apple


PERALATAN 1. Epal Merah

OBJEKTIF 1. Memberi kesedaran kepada peserta tentang hati


2. Memberi ruang kepada peserta muhasabah diri dalam
menjalani kehidupan
3. Hati perlu bersih agar jiwa menjadi tenang
LANGKAH - LANGKAH 1. Setiap peserta diberikan sebiji epal merah
2. Sepanjang aktiviti berlangsung peserta perlu menjaga,
gilap dan memastikan epal tersebut berada dalam keadaan
yang baik
3. Pada akhir sesi, peserta diminta untuk menggigit
sebahagian epal tersebut
REFLEKSI 1. Hati merupakan sesuatu yang berharga pada setiap
manusia
2. Hati yang dibelai, ditanam dengan sifat kasih sayang dan
nilai – nilai yang baik akan menjadikan seseorang itu
bertingkah laku dengan baik
3. Sesuatu perubahan yang boleh melukai hati akan
meninggalkan kesan yang mendalam
4. Pelanggaran nilai integriti merosakkan nilai moral
seseorang

39 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 38 : Cermin Diri


PERALATAN 1. Sticker note

OBJEKTIF 1. Memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan


memperbaiki kelemahan diri sendiri
2. Kaedah yang pelbagai dalam menegur kesilapan
seseorang
3. Belajar untuk bersikap terbuka
4. Setiap individu mempunyai kebaikan dan keburukan
LANGKAH - LANGKAH 1. Peserta diminta untuk menilai rakan dengan menulis pada
sticker note tentang sifat baik dan buruk rakan sebaya
2. Penilaian harus dilakukan oleh ahli kumpulan
3. Setiap peserta yang dinilai akan ditampal sticker note
dibahagian badan peserta
REFLEKSI 1. Kepentingan seseorang belajar menerima teguran
2. Setiap teguran adalah membantu meningkatkann potensi
individu
3. Kefahaman seseorang memahami diri sendiri
4. Bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan
5. Sikap berterima kasih dalam kehidupan

40 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 39 : Terbang Tinggi


PERALATAN 1. Tisu dan bekas

OBJEKTIF 1. Peserta dapat bekerjasama serta dapat meningkatkan


semangat kekitaan bagi memastikan segala aktiviti berjalan
dengan lancar
2. Peserta dapat mempelajari cara merancang strategi yang
berkesan
LANGKAH - 1. Penasihat homeroom mengedarkan tisu kepada setiap
LANGKAH kumpulan mengikut jantina
2. Peserta diminta menulis amanat mereka ke dalam tisu
3. Peserta dibahagikan mengikut jantina perlu berbaris dan
jarakkan kedudukan peserta antara satu sama lain dan
letakkkan tangan di belakang
4. Peserta dibarisan hadapan akan mula meniup tisu
seterusnya diikuti oleh peserta yang lain
5. Jika tisu itu jatuh, peserta perlu memulakan aktiviti semula
6. Peserta terakhir dikendaki menangkap tisu yang telah ditiup
oleh peserta lain serta berkongsi amanat yang telah ditulis
atas tisu tersebut
REFLEKSI 1. Bersedia berkongsi masalah bersama orang lain
2. Bersedia dengan pelbagai kesukaran dalam hidup
3. Peserta akan lebih bijak dalam mengendalikan sesuatu
perkara
4. Bersedia untuk menerima perkara diluar jangkaan

41 | P a g e
BUKU PANDUAN HOMEROOM MRSM MERSING

Modul 40 : Be Confident
PERALATAN 1. Kad pilihan

OBJEKTIF 1. Supaya pelajar dapat mengawal perasaan gugup.


2. Melatih pelajar untuk mengumpul idea dan maklumat dalam
waktu yang singkat
LANGKAH - 1. Ibu/ayah homeroom bertanya khabar anak-anak homeroom
LANGKAH dan meminta anak-anak untuk memilih tajuk di bawah:
- Future
- Money
- Goal
- Colour
- Fashion
- Important
- Favourite
- School
- Nature
2. Berikan masa 2 – 3 minit kepada anak-anak homeroom untuk
bersedia.
3. nak-anak homeroom akan menyampaikan tajuk masing-
masing secara bergilir-gilir.
REFLEKSI 1. Setelah selesai, ibu/ayah homeroom membuat kesimpulan
dan menyampaikan beberapa peringatan yang perlu kepada
anak-anak homeroom.

42 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai