Anda di halaman 1dari 4

KURSUS KEPIMPINAN REMAJA IDOL

GABUNGAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA, KELAS RANCANGAN KHAS, PENGAWAS SEKOLAH
DAN PEMIMPIN MUDA SUKAN

PENGENALAN

Motivasi atau dorongan adalah salah satu daripada unsur yang penting bagi menyedar dan
menginsafkan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lebih sempurna lagi. Bagi diri
sesaorang bakal pemimpin pelajar, motivasi adalah amat perlu bagi mereka mengenali,
menganalisis kekuatan dan potensi diri mereka. Ini adalah bagi membolehkan mereka terus
mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan ko- kurikulum. Di samping itu mereka
dapat menyumbang tenaga dan idea kepada pihak sekolah dalam usaha membentuk iklim sekolah
yang sihat, harmoni dan bertoleransi, ceria dan penuh kasih sayang serta cemerlang dalam
semua bidang.

Pada hakikatnya setiap pelajar mempunyai potensi diri yang baik. Seringkali potensi itu
terselindung dan akhirnya terkubur begitu sahaja. Keadaan ini berlaku apabila persekitarannya
tidak dapat membantu pelajar itu mengenali dan meneroka potensi mereka. Malah lebih malang
lagi jika persekitaran pelajar itu membunuh potensi tersebut. Pada akhirnya pelajar itu akan
melihat dirinya serba kekurangan. Hasil dari timbulnya konsep kendiri yang lemah ini maka
tercetuslah pula pelbagai permasalahan yang sukar diatasi oleh diri mereka sendiri. Lantaran itu
juga keadaan ini akan menjurus ke arah ketidak keyakinan diri, mengujudkan sekatan minda dan
seterusnya memperlihatkan seseorang itu tidak berkeupayaan dalam semua bidang.

Kem Kepimpinan Remaja Idol ini adalah satu pendekatan yang difikirkan berkesan dalam
menyampaikan input-input yang bermakna kepada pemimpin pelajar SMK Kelana Jaya supaya
mereka dapat mengimbangi pencapaian dalam bidang akademik dan ko-kurikulum dengan
sumbangan tenaga dan idea dalam menjalankan fungsi mereka sebagai pemimpin pelajar di
sekolah. Dengan pendedahan dalam kursus yang diberikan, diharap pelajar akan dapat
megenengahkan potensi diri dan membina keyakinan diri. Dalam kursus ini juga pelajar
berpeluang untuk bertukar-tukar fikiran, idea dan berkongsi pengalaman bagi mencari jalan
penyelesaian masalah yang ditanggung.

Selain dari itu mereka juga dapat menyuntikkan semangat baru antara satu sama lain bagi
mengubah sikap, sahsiah, penampilan diri dan dalam hal-hal yang berkaitan peranan dan
tanggung jawab masing-masing di sekolah. Ini akan dapat menjamin terbentuknya suasana
sekolah yang harmoni, berkasih sayang, ceria, bekerjasama, bantu membantu, bertimbang rasa,
hormat menghormati, cekal dan dedikasi yang akhirnya akan menghasilkan kecemerlangan
sekolah dalam semua bidang yang pelajar-pelajar ceburi atau terlibat.
OBJEKTIF KURSUS

1. Menanamkan sikap bertanggung jawab terhadap diri sendiri, sekolah, agama, bangsa,
negara dan keluarga semasa menjalankan tugas masing-masing di sekolah.

2. Menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama, bertoleransi,


beramanah, bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mempunyai wawasan yang baik.

3. Melahirkan individu yang penyayang terhadap diri sendiri dan orang lain serta tahu
pandai bersyukur di atas apa yang dianugerahkan Tuhan untuknya.

4. Membantu pelajar meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan berkesan dalam
menentukan matlamat hidup dan semasa memainkan peranannya di sekolah atau
asrama.

5. Membina keyakinan diri kepada pemimpin pelajar sesi 2015 bahawa mereka boleh
melakukan dan mencapai kejayaan yang lebih baik dari apa yang telah mereka lakukan
atau capai setakat ini.

PELAKSANAAN KURSUS

Program ini dicadangkan Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Penyelaras Kelas
Rancangan Khas, Penyelaras Pengawas sekolah serta Penyelaras Pemimpin Muda Sukan.

KUMPULAN SASARAN

Pengawas sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pemimpin Muda Sukan (PMS), dan Kelas
Rancangan Khas (KRK)

Pengawas Sekolah - 10 orang


PRS - 10 orang
PMS - 10 orang
KRK - 10 orang

JUMLAH 40 orang
TEMPAT KURSUS DAN TARIKH CADANGAN

Tempat Kursus : Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor

Tarikh Kursus : 22, 23, dan 24 April 2015 (Rabu – Jumaat)

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tuan Hj. Jamaluddin bin Haron (Pengetua)


Naib Pengerusi : Pn Ros bt Lizan (Penolong Kanan)
Pn. Tham Choong Yeeng (Penolong Kanan HEM)
Pn. Rafidah bt Abdul Hamid (PK Ko- Kurikulum)
Penyelaras : Pn Siti Rohayu bt Ahmadan (Guru Kaunseling)

JAWATANKUASA PELAKSANA

En. Hassan bin Ahmad (Guru Kaunseling)


En. Rashifi bin Abdul Rahman (Ketua Guru Disiplin)
Pn. Azlina bt Alias (Pen. Ketua Guru Disiplin)
Pn. Shaliza Atikah bt Md. Arshad (Guru Pengawas)
En. Mohd. Sollehuddin bin Ismail (Guru pengawas)
Pn. Nor Zalina bt Zan (Penyelaras KRK)
En. Syed Mohd Fairuz (Guru PMS)
Pn. Teh Azriah bt Isahak (Guru PMS)

MODUL DAN PENGISIAN KURSUS

1. Latihan Dalam Kelompok.


2. Riadah Berstruktur.
3. Latihan Fizikal.
PELUNJURAN PERBELANJAAN KURSUS

BIL SUMBER PENDAPATAN (RM)

1. Sumbangan pelajar 130.00 x 40 orang 5,200.00


2. PCG Unit Bimbingan & Kaunseling 1,000.00
3. PCG Ko-Kurikulum 500.00
4. Sumbangan PIBG 500.00
JUMLAH 7,200.00
PERBELANJAAN
1. Pakej penginapan, makanan dan kemudahan latihan 6000.00
2. Bayaran bas 600.00
3. Insurans pelajar 200.00
4. Bayaran penginapan guru 400.00
JUMLAH 7,200.00

SUMBER KEWANGAN

PCG Bimbingan dan Kaunseling, PCG Kokurikulum, PIBG.

PENUTUP

Kursus-kursus seumpama ini banyak membantu pelajar khasnya pemimpin-pemimpin pelajar


menjalankan tugas dan memainkan peranannya dengan berkesan di sekolah.Semangat setia
kawan, kerjasama, dan toleransi semasa menjalankan tanggung jawab masing-masing akan dapat
diterapkan. Sifat beramanah, hormat menghormati dan berkasih sayang juga dapat dipupuk
dengan berkesan. Selain dari itu pelbagai kemahiran yang membantu perkembangan potensi diri
peserta seperti kemahiran berkomunikasi dan berorganisasi dapat diberikan dengan berkesan.
Diharapkan Kursus Kepimpinan Remaja Idol ini akan dapat membantu mereka merealisasikan
matlamat sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(SITI ROHAYU BT AHMADAN) (PN. THAM CHOONG YEENG)


Guru Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan HEM

Disahkan oleh,

(TN. HJ JAMALUDDIN BIN HARON)


Pengetua

Anda mungkin juga menyukai