Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN MUNGGU LALLANG, SIMUNJAN

KERTAS KERJA SMART PARENTING DAN MOTIVASI


PELAJAR TAHAP 5 DAN 6 2023
ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK MUNGGU LALLANG DENGAN KERJASAMA YAYASAN
KEMAJUAN INSAN SARAWAK (YAKIN)

1.0 TARIKH: 07.02.2023 (SELASA)


2.0 MASA: 08.00 -13.00 petang.
3.0 TEMPAT: DEWAN SRI MULA, SK MUNGGU LALLANG,
SIMUNJAN
4.0 SASARAN: MURID TAHUN 6 & TAHUN 5
SK MUNGGU LALLANG (30 orang)
MURID TAHUN 6 SK KENIONG (SEKOLAH
JEMPUTAN) – (4 orang)
IBU BAPA TAHUN 6 (18 orang)
5.0 ISU & PERMASALAHAN
"Anak saya degil". "Anak saya lebih suka lepak dengan kawan-kawan." "Anak saya hanya
sibuk dengan facebook dan internet". "Anak saya kalau saya marah sikit, mulalah tarik muka,
hempas pintu dan berkurung dalam bilik."

Luahan rasa ini mungkin dikongsi kebanyakan ibu bapa masa kini terhadap anak
mereka khususnya yang berusia remaja. Ibu bapa yang berdepan dengan situasi ini mungkin
marah, sakit hati atau berasa putus asa kerana memikirkan mereka telah gagal memainkan
peranan sebagai ibu bapa. Ada juga ibu yang mungkin berasa begitu sedih kerana anak yang
dikandung dan dilahir dengan susah payah, dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang tetapi
akhirnya tidak mendengar kata.
1
Sesetengah ibu bapa mungkin mengambil jalan mudah dengan membiarkan sahaja
anak remaja berterusan berkelakuan mengikut sesedap hati mereka kerana tidak mahu lagi
mengeruhkan keadaan.

Apakah itu penyelesaiannya ???.


Oleh itu, pihak sekolah melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil satu inisiatif
untuk membantu para ibu bapa dan penjaga pelajar untuk menangani dan mencari jalan
penyelesaian terhadap permasalahan ini dengan harapan pelajar-pelajar akan berubah
menajadi positif dan bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan. Seterusnya menjadi anak-
anak ini akan berjaya dan menjadi kebangssan ibu bapa serta penjaga.

Pendekatan Smart Parenting dan motivasi pelajar yang disediakan oleh penceramah
melalui Gaya NLP berupaya untuk membantu Ibubapa yang menghadapi masalah di atas.
Smart Parenting Skills antara nya ialah
1. Rahsia Kejayaan anak-anak kita
2. Komunikasi NLP Skills dalam Parenting
3.. Cabaran Dunia Digital
4. Belaian kasih Dan Sayang

Para Ibubapa mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan terhadap anak -anak.
Tugas utama mereka mendidik dan memimpin anak ke arah perubahan dalam kehidupan
dengan lebih baik. Sehubungan dengan itu kesedaran ibubapa memainkan peranan bagi
mecorak kecemerlangan anak-anak sebagai peminpin yang berjaya untuk masa depan negara.
Di samping itu, kesedaran anak-anak juga penting untuk terus belajar dan mempunyai sikap
yang positif untuk berjaya dalam kehidupan mereka pada masa hadapan.

Program ini juga dirangka sebagai satu medium yang diperlukan oleh Pihak Yayasan
Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) untuk menyebarluaskan peranan, fungsi dan kemudahan
yang disediakan kepada anak-anak pelajar khususnya di luar bandar untuk meningkatkan
kecemerlangan dan potensi diri mereka dalam pelajarn dan sahsiah.

2
6.0 OBJEKTIF
6.1 Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa betapa pentingnya peranan
mereka dalam kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran dan akhlak.
2
6.2 Mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa dan anak-anak melalui komunikasi
berkesan NLP.
6.3 Memberi peluang dan ruang kepada ibubapa untuk menyedari dan mengimbau
kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri dan anak mereka khususnya dalam
pelajaran dan akhlak.
6.4 Memberi motivasi dan semangat positif untuk anak -anak pelajar mengaplikasikan
kemahiran belajar yang betul untuk mencapai kejayaan.
6.5 Berkongsi maklumat tentang kepentingan organisasi YAKIN dalam membantu
Penyediaan program dan kemudahan untuk peningkatan dan kecemerlangan anak-
anak pelajar.

7.0 TEMA PROGRAM: IBU AYAH BIJAK, ANAK CEMERLANG

8.0 PENCERAMAH UTAMA:


Encik Ahmad Sukri B Muhamad | Pakar Perunding Motivasi
Mendapat tauliah sebagai Pengamal NLP di peringkat Malaysia dan Antarabangsa
Certified NLP Practitioner (NLPMC Malaysia & NFNLP Florida, USA) dengan
Teknik NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP).
Beliau juga mendapat pertauliahan Professional Learning Facilitator PLF
Peringkat Mastery oleh Founder, International NLP Master Learning Facilitator,
NLP Master Coach and Master Hypnotherapist of Take Charge Sdn Bhd.

3
9.0 ATURCARA PROGRAM
7.30 pagi: Pendaftaran
8.00 pagi: Slot 1-Smart Parenting dan motivasi pelajar
10.00 pagi: Rehat (minum rehat)
10.40 pagi: Slot2 – Taklimat dan Perkongsian Program YAKIN dan Asrama YAKIN
11.40 pagi: Sesi soal jawab
12.00 Tengah Hari: Majlis Perasmian Penutupan
12.20 Tengah Hari: Penyampaiian Cenderamata
12.30 Tengah hari: Jamuan
1.15 Petang: Bersurai

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN:

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH


1. Pakej Bayaran Penceramah PAKEJ RM800.00
2. Plak 3 RM180.00
3. Cenderamata 5 RM200.00
4. Door Gift pelajar 40 X RM10 RM400.00
5. Jamuan 70 X RM12 RM840.00
6. Banner program (6x4 kaki( 1 RM72.00
7. Kertas Sijil 1 ream RM48.00
JUMLAH RM2540.00

11.0 PENUTUP
Pihak kami amat mengharapkan semoga program ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan ibubapa dan anak-anak
yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan
manusia dengan Maha Pencipta. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti
menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar. Selain itu, dengan adanya
program ini juga dapat memberi input yang berguna kepada ibu bapa dan anak-anak pelajar
tentang pentingnya peranan dan fungsi organisasi YAKIN (Yayasan Kemajuan Insan
Sarawak) dalam membantu meningkatkan kecemerlangan mereka melalui program dan
kemudahan yang disediakan.

4
Disediakan oleh:

TRACY ANAK EDIL


Guru Penyelaras Bimbingan dan Kaunseling
SK Munggu Lallang.

Disemak oleh:

KIAT ANAK JILOM


PK Pembelajaran
SK Munggu Lallang.

Disahkan oleh;

JEMALI BIN LEN


Guru Besar
SK Munggu Lallang, Simunjan

5
LAMPIRAN

JAWATANKUASA PROGRAM SMART PARENTING DAN MOTIVASI


PELAJAR 2023 SK MUNGGU LALLANG

PENGERUSI:
JEMALI BIN LEN
GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSI:
KIAT AK JILOM
PK PEMBELAJARAN

NAIB PENGERUSI:
SUHARDI BIN SURTIMAN
PK KOKURIKULUM

WAN SHAHRIZAN BIN WAN IDERU


PEMANGKU PK HEM

SETIAUSAHA & PENYELARAS PROGRAM


TRACY ANAK EDIL
GURU PENYELARAS BIMBUINGAN DAN KAUNSELING

BENDAHARI
HENRIANYANTY BINTI AZAMI
PEMBANTU TADBIR

AHLI-AHLI:
GURU AKADEMIK
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA
PEKERJA SWASTA
JAWATANKUASA KERJA
SURAT JEMPUTAN & BUKU PROGRAM
TRACY ANAK EDIL
HENDRIAYANTY BINTI AZAMI
MANGGAH ANAK TUNGKAT

PERSIAPAN TEMPAT
MOKHTAR BIN YAKUP
PEKERJA SWASTA
MURID LELAKI TAHUN 5 DAN 6

PERSIAPAN BACKDROP & BANNNER


NORMASHEEDA BINTI SALLEH
MOHD HAFRIZ BIN KAMIL
SOPHIAN BIN SABELI
THERESA MALA ANAK JIMPA
MURID PEREMPUAN TAHUN 5 DAN 6

PA SISTEM DAN SIARAYA


JOSEPH ANAK JABENI
WAN SHAHRIZAN BIN WAN IDERU

JURU ACARA
MASURIWANI BINTI JUMAT
TRACY ANAK EDIL

CENDERAMATA / SIJIL / DOORGIFT


NURIZWANI BINTI MOHD RAZALI
LENA ANAK DAIN

JAMUAN
HENDRIAYANTY BINTI AZAMI
AUGUSTINE ANAK JAMES
SENDRA ANAK NIEN
REBING NUUP
THERESA MALA ANAK JIMPA
PEKERJA SWASTA

BACAAN DOA
MOHD NORWIRA BIN JAWAWI

JURUFOTO
MOHD NOORWIRA BIN JAWAWI
MOKHTAR BIN YAKUP

DOKUMENTASI
NURIZWANI BINTI MOHD RAZALI
TRACY ANAK EDIL

Anda mungkin juga menyukai