Anda di halaman 1dari 3

SK DATO’ AHMAD MANAF, NILAI

NEGERI SEMBILAN

LAPORAN PROGRAM
YAKINLAH MENJADI REMAJA
TAHUN 5 DAN 6

RABU
18 OGOS 2021

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SKDAM
DAN
LAURIER MYPERINTIS ESG X

NAMA PROGRAM : PROGRAM PENDIDIKAN AWAL REMAJA- YAKINLAH MENJADI REMAJA


HARI : RABU
TARIKH : 18 OGOS 2021
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING
ALAMAT URL : https://meet.google.com/ hpy-ccya-qwd
PESERTA : 82 ORANG MURID PEREMPUAN
: (TAHUN 5 & 6)
PENCERAMAH : LAURIER (KAO) MYPERINTIS ESG X

1.0 PENGENALAN
Norma Baharu, Segalanya Digital

Program LAURIER MyPerintis ESG yang pertama dibuat secara talian dengan kerjasama Yayasan
Perintis Malaysia dan Unit Bimbingan Kaunseling SKDAM kepada murid perempuan tahun 5 dan
6. Program ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan murid tentang pengurusan diri secara fizikal,
psikologi dan emosi serta menggalakkan murid untuk lebih peka tentang penjagaan kebersihan
diri,khususnya semasa kedatangan haid.

2.0 KEKUATAN

2.1 Fasilitator
Pelaksanaan modul telah dikelolakan oleh fasilitator pihak Laurier berjalan dengan lancar. Secara
keseluruhannya, fasilitator telah menyampaikan modul dengan berkesan kepada para peserta
dalam memberi penerangan mengenai persediaan murid perempuan untuk bergelar remaja.
Penceramah berpengalaman dan penyampaian yang tersusun serta tayangan pembentangan
yang menarik.

2.2 Peserta
Murid-murid tahun 5 dan 6 telah terlibat seperti yang telah dirancang. Semua murid amat teruja
dan memberikan kerjasama dengan baik sepanjang program ini dijalankan.

2.3 Secara atas talian


Para peserta memberikan komitmen yang baik walaupun kursus ini dilaksanakan secara atas
talian. Penyampaian ceramah yang disampaikan bukan hanya berkaitan dengan persediaan
emosi murid ketika kedatangan haid tetapi menyentuh penjagaan kesihatan, cara untuk kekal
tenang serta penggunaan tuala wanita yang betul.

3.0 KELEMAHAN

3.1 Kehadiran yang tidak sepenuhnya


Jumlah kedatangan dalam program ini 80 peratus dari keseluruhan murid. Ini disebabkan
beberapa faktor antaranya perkongsian gajet dengan adik-beradik lain serta kekurangan kuota
internet.

3.2 Perkongsian 1 hala


Murid kurang diberi peluang untuk bertanya dan berkongsi pengalaman mereka tentang topik ini.

4.0 PENAMBAHBAIKAN

4.1 Perkongsian pengalaman murid


Fasilitator boleh dimaklumkan lebih awal untuk mengadakan perkongsian yang melibatkan murid.
Murid bebas bertanya soalan dan idea tentang perkara yang kurang difahami.

5.0 KESIMPULAN
Program ini diharapkan akan memberi impak yang besar kepada murid perempuan sebagai
persediaan kepada mereka untuk menghadapi kehadiran haid dalam hidup mereka. Bimbingan
berterusan dari orang dewasa dan guru juga perlu sebagai langkah susulan kepada murid.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………….…. ……………………………….….
(NORASYIKIN BT MUDA (LIEW SOOK FONG)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar
SK Dato’ Ahmad Manaf SK Dato’ Ahmad Manaf
Nilai Negeri Sembilan Nilai Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai