Anda di halaman 1dari 12

1

PENILAIAN PROGRAM
KEKUATAN, KELEMAHAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PENGANJURAN KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA PERINGKAT
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2022

Keseluruhannya, Karnival Pendidikan Kerjaya telah berlangsung selama dua hari 26 & 27
September 2022, bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 2 petang. Anggaran bilangan peserta
yang hadir dalam Karnival Pendidikan Kerjaya ini ialah seramai 303 orang murid yang terdiri
daripada murid Tingkatan 4, 5 dan 6 (Sekolah Menengah), murid Tahun 5 dan 6 (Sekolah Rendah)
dan peserta pertandingan peringkat akhir (sekolah Menengah dan Rendah).

Objektif yang ingin dicapai melalui pelaksanaan Karnival Pendidikan Kerjaya peringkat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2022 ini ialah; 1) menjadi platform pertandingan peringkat
akhir bagi semua daerah yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 2) untuk menghargai
usaha murid dan guru bimbingan dan kaunseling dalam menyemarakkan suasana pertandingan
peringkat negeri; 3) untuk memberi pendedahan yang lebih meluas berkenaan pendidikan kerjaya
kepada peserta pertandingan dan pengunjung karnival; 4) sebagai medium pelaksanaan intervensi
psikometrik terhadap murid dari segi bakat dan kecenderungan kerjaya.

Terdapat 12 pertandingan dalam penganjuran Karnival Pendidikan Kerjaya pada kali ini,
perincian pertandingan mengikut kategori adalah seperti berikut :
Pertandingan Kerjaya Kategori Sekolah Menengah :
1. Pertandingan Young Motivator Menengah Atas
2. Pertandingan Young Motivator Menengah Rendah
3. Pertandingan Rekabentuk Grafik Kerjaya
4. Pertandingan Penjelajahan Kerjaya
5. Pertandingan Video Kreatif
6. Pertandingan Career Hunters

Pertandingan Kerjaya Sekolah Rendah :


7. Pertandingan Model Kerjaya
8. Pertandingan Ikon Kerjaya
9. Pertandingan Kuiz Kerjaya
10. Pertandingan Folio Kerjaya
11. Pertandingan Melukis
12. Pertandingan Mewarna

2
1.0 Kekuatan Program :
1.1 Murid Dapat Mengenal Pasti Jenis Kerjaya Yang Bersesuaian Dengan Personaliti
Melalui penganjuran pertandingan dalam karnival kerjaya ini, murid dapat mengenal
pasti jenis personaliti dan kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti yang dimiliki. Kerjaya
merupakan sesuatu yang penting dan amat berkait rapat dengan perkembangan
kehidupan seseorang itu. Oleh itu, pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuain dengan
kelulusan, minat dan personaliti diri adalah sangat penting dalam menentukan hala tuju
kehidupan seseorang individu. Murid yang mengambil bahagian sudah tentu akan membuat
ulangkaji dan kajian mengenai bidang kerjaya yang dibentangkan. Hal ini sedikit sebanyak
telah membantu murid mengenal pasti jenis personaliti dan kerjaya yang bersesuaian
dengan diri mereka.

1.2 Menambah Pengetahuan Tentang Pelbagai Peluang Latihan Kerjaya


Kepentingan pengetahuan dan maklumat yang jelas terhadap kerjaya telah
mendorong pembentukan polisi yang meletakkan pendidikan kerjaya menjadi sebahagian
daripada kurikulum akademik dan subjek kerjaya diajar dalam bilik darjah bermula daripada
sekolah rendah hingga menengah (Amla Salleh, 2010). Masalah ini turut memberi kesan
terhadap kecenderungan dalam pemilihan kejaya, iaitu menurut Aminah dan Arthur (1994),
kekurangan ilmu menyebabkan murid lebih mudah memilih kerjaya berdasarkan apa yang
terdapat di persekitaran mereka sahaja, iaitu pekerjaan ahli keluarga atau apa yang dilihat
secara zahir. Dalam pada itu, penganjuran karnival ini telah membantu murid membina
pengetahuan diri dan memiliki identiti peribadi yang positif yang akan membantunya
membuat keputusan kerjaya seumur hidupnya dengan bekesan dan bermanfaat. Oleh yang
demikian, melalui penganjuran karnival kerjaya ini, murid semakin bermotivasi untuk terus
melangkah mencapai cita-cita yang ingin dicapai kelak.

1.3 Meningkatkan Motivasi Murid Untuk Cemerlang Dalam Akademik


Melalui penganjuran pertandingan dalam karnival kerjaya ini, murid yang men
gambil bahagian dalam pertandingan telah dapat meningkatkan motivasi intrinsik apabila
dapat mengetahui personaliti diri dan arah kerjaya pada masa hadapan. Maklumat-maklumat
yang disediakan juga telah dapat memberi celik akal kepada mereka melalui pendedahan
mengenai sesuatu kerjaya dengan lebih khusus, jelas dan terperinci. Hal ini sedikit sebanyak

3
telah membantu murid khususnya meningkatkan motivasi untuk cemerlang dalam akademik
sertamencapai matlamat dan cita-cita kerjaya yang telah ditetapkan.

1.4 Mendapat Maklum Balas Positif Dari Pelbagai Pihak


Program ini mendapat maklum balas positif daripada peserta karnival, guru
pengiring dan semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan Karnival Kerjaya pada kali ini.
Hal ini dapat dibuktikan melalui borang maklum balas penilaian program yang telah diisi oleh
peserta dan guru pengiring. Rata-rata sangat berpuas hati dengan aktiviti yang dirancang
dan memberikan maklum balas positif mengenai keseluruhan penganjuran Karnival Kerjaya
pada tahun ini.

(Diambil daripada ulasan dan komen borang penilaian Google Form)


 “Mendapat pengalaman dan pengetahuan yang baru! Overall best!”
 “Tahniah kerana karnival kerjaya peringkat negeri berjalan dengan lancar”
 “Semuanya sangat seronok!! Perjalanan program yang lancar!! Makanan yg disediakan juga
baik!! Harap boleh join lagi tahun depan tpi... Dah f5 😭”
 “Tahniah buat penganjur pertandingan karnival pendidikan kerjaya peringkat negeri tahun 2022.”
 “Program yang bagus.diharap ianya dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang”
 “Karnival kerjaya kuala lumpur dianjurkan dengan baik sekali, kemudahan yang kondusif dan
terbaik”
 “Tahniah kepada semua peserta dan ajk yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
sehingga selesai karnival dengan jayanya”.
 “Dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan belajar lebih jelas daripada kesilapan”
 “Sangat menepati kriteria objektif dan memuaskan”
 “Terbaik AJK Pengelola dan Tuan Rumah, terima kasih”
 “Satu program yang amat bagus dan patut diadakan setiap tahun”

4
2.0. Kelemahan Program :

(Diambil daripada ulasan dan komen borang penilaian Google Form)

 “Cadangan bagi pertandingan video kreatif memerlukan LCD dan speaker yang berfungsi
dengan baik. Semasa pertandingan warna video yang ditayangkan kurang jelas dan nampak
kurang menarik serta bunyi speaker yang kurang jelas memberi sedikit gangguan kepada hakim
dalam proses memberi markah”
 “Pentas model kerjaya jika boleh besar sedikit”.
 “Selain hadiah tempat pertama hingga ketiga, diharap hadiah saguhati disediakan juga untuk 5
peserta/wakil zon daerah sebagai tanda galakan usaha mereka. Semoga pihak penganjur
menyediakan bilik menunggu khas spt pss atau auditorium yang lebih kondusif (boleh akses wifi)
selain kantin sekolah atau bilik darjah sahaja. Makanan tengahari guru pengiring (menunggu
sejak awal pagi hingga akhir majlis penutup) juga perlu disediakan jika budget mengizinkan”.
 “Sangat bagus, cuma lain kali untuk pertandingan video kreatif memerlukan pembentangan video
yang baik dari segi speaker dan kualiti video”.
 “Pentas/ruang terlalu sempit dan terhad untuk murid bergerak semasa pertandingan”.
 “Pertandingan dijalankan ditempat tertutup dan jauh membuatkan kurang pendedahan kepada
murid lain”.
 “Sebagai guru pengiring, semua memuaskan cuma Majlis Penutup lambat bermula”.

PERINCIAN ANALISIS PROGRAM


5
MELALUI BORANG PENILAIAN (GOOGLE FORM)

Gambar 1 : Paparan link Google Form yang diisi oleh murid/ibu bapa.
Link pengisian GF : https://bit.ly/HariKanak-KanakSKDP

Gambar 2 : Paparan link Google Form yang diisi oleh barisan jawatankuasa dalam kalangan guru.
Link pengisian GF : https://forms.gle/EG8B1rRpFSTE8BLM7

6
Gambar 3 : Berikut merupakan senarai nama murid yang mengisi borang maklum balas dalam bentuk excel.

Gambar 4 : Berikut merupakan senarai nama guru yang mengisi mewakili bahagian tugas masing-masing.

7
Gambar 5 : Analisis bahagian “KELAS” menunjukkan bahawa kelas 1 Delima dan 1 Berlian mencatat
bilangan murid paling ramai yang mengisi maklum balas ini, iaitu seramai 28 orang untuk kedua-dua kelas.

Manakala, kelas paling sedikit mengisi maklum balas ialah kelas 4 Zamrud, iaitu seramai 6 orang sahaja.
Kelas lain rata-rata dalam lingkungan 10 – 28 orang setiap kelas yang mengisi maklum balas pelaksanaan
Hari Kanak-Kanak pada tahun ini.

Gambar 6 : Dapatan daripada maklum balas berkenaan pengurusan program pula adalah seperti berikut :

Keseluruhannya, murid sangat berpuas hati dengan penganjuran Hari Kanak-Kanak. Hal ini kerana,
berpandukan maklum balas yang diberikan, majoriti murid memilih skala 4, iaitu ‘sangat berpuas hati, dan
skala 3, iaitu ‘berpuas hati’ dengan semua 9 item yang disenaraikan.
9 item tersebut termasuklah :
1. Pemilihan tema yang bersesuaian,
2. Pemilihan tarikh aktiviti
3. Tempoh masa yang bersesuaian
4. Gimik pelancaran
5. Penyampaian anugerah dan hadiah
6. Persembahan murid
7. Persembahan badut
8. Jamuan potluck
9. Kawalan disiplin murid terkawal

Dapatan maklum balas menunjukkan bahawa seramai 316 orang murid memilih skala 4 (sangat memuaskan)
dan 150 orang murid memilih skala 3 (memuaskan) bagi item “jamuan portluck”, diikuti dengan item tarikh
aktiviti, iaitu seramai 296 orang murid memilih skala 4 dan 165 orang murid memilih skala 3 (memuaskan).

Sungguhpun begitu, terdapat 7 orang murid memilih skala 1 (kurang memuaskan) bagi item kawalan disiplin
murid dan 3 orang murid memilih skala 1 bagi item tarikh aktiviti.

8
Gambar 7 : Antara cadangan dan maklum balas yang diterima menerusi hantaran yang dibuat oleh murid.
Secara keseluruhannya, murid-murid sangat seronok dan gembira dengan penganjuran Hari Kanak-Kanak
yang meraikan mereka sebagai kanak-kanak. Pelaksanaannya pada hari terakhir sesi persekolahan
mendapat reaksi positi daripada beberapa orang murid/ibu bapa.

Cadangan penambahbaikan :

1. Tidak perlu bawa buku waktu hari kanak-kanak


2. Sekiranya Hari Kanak2 diadakan pada Hari sabtu, mungkin lebih meriah jika Ibu bapa dapat
menyertai bersama.
3. Jika ada aktiviti begini, anak-anak tak perlu disarankan membawa buku.
4. Cadangan utk memberitahu lebih awal tentang aktiviti yang di anjurkan oleh pihak sekolah kepada
ibu bapa supaya kami bole membuat persiapan lebih awal utk anak2….
5. Utk potluck mungkin boleh diberi pengecualian kepada keluarga yg kurang mampu. Mungkin boleh
highlightkan pengecualian di dlm Watsap group.
6. Gambar anak memakai costume di dalam kelas tiada
7. Buat pertandingan fashion show sekali

Antara komen positif yang dihighlightkan :


1. Memang seronok sebab semuanya sproting, happiness
2. Program ini berjaya suntik nilai kreatif anak-anak dan ibu bapa
3. Sangat menyeronokan dengan pelbagai makanan dan masa yang sangat bersesuaian
4. Harap pihak sekolah makluman 2 bulan lebih awal. Senang nak buat persediaan baju tema.
5. Menyeronokan dapat bermain dengan kawan-kawan. Tambahan pula, program sebelum cuti
sekolah. Masa yang sesuai.

Maklumat terperinci mengenai ulasan dan komen ringkas boleh dilihat melalui Link Google Sheet di bawah :
https://bit.ly/maklumbalasHariKanak-Kanak

9
Gambar 8 :

Gambar 9 :

10
Gambar 10 :

Gambar 11 :

11
Gambar 12 :

12

Anda mungkin juga menyukai