Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

LONJAKAN KEHADIRAN MURID 2018 1

1.0 PENGENALAN

Program Lonjakan Kehadiran Murid 2018 merupakan program bagi


meningkatkan kehadiran murid ke sekolah bagi tahun ini. Program ini dikatakan
menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling berbanding hukuman disiplin untuk
menarik murid hadir ke sekolah. Berdasarkan Teori Maslow mengenai motivasi manusia
akan meningkat jika dihargai dan diberikan pengiktirafan disamping keperluan kasih
sayang maka program ini akan memberikan insentif berupa sijil penghargaan dan
hadiah cabutan bertuah kepada murid. Melalui program ini murid rasa lebih dihargai
dan disayangi kerana kehadirannya ke sekolah diambil berat melalui pendekatan
pemberian insentif tersebut. Program ini lebih menfokuskan kepada kehadiran individu.
Ini kerana, apabila murid secara individu dapat mengekal rekod kehadiran penuh ke
sekolah, secara tidak langusng ia akan turut meningkatkan peratus kehadiran kelas
mereka sekaligus turut mencapai KPI kehadiran melebihi 95 peratus untuk pihak
sekolah. Oleh kerana itu pada tahun ini Unit Hal Ehwal Murid amat berharap aktiviti
yang dijalankan dan ganjaran yang akan diterima, akan dipanjangkan sehingga bulan
November untuk mengekalkan peratus kehadiran yang tinggi dalam kalangan murid
sepanjang tahun.

2.0 RASIONAL

Setiap sekolah mengharapkan peratus kehadiran yang tinggi pada setiap bulan, di
samping murid yang mempunyai semangat cintakan sekolah yang tinggi. Hasrat ini boleh
dicapai sekiranya murid – murid ini dapat dipupuk dengan sikap dan contoh yang baik.
Jika masalah kehadiran murid ini dapat dikurangkan , pihak sekolah sudah semestinya
dapat dapat menigkatkan prestasi baik dari segi kurikulum dan kokurikulum .
KERTAS KERJA
LONJAKAN KEHADIRAN MURID 2018 2

3.0 MATLAMAT

Melahirkan murid –murid yang berketerampilan baik dan sentiasa berdaya maju dengan
mengekalkan rekod kehadiran cemerlang sejak di bangku sekolah. Murid juga akan
mempunyai jati diri yang tinggi, bersahsiah dan berperibadi mulia. Di samping itu,
prestasi akademik dan kokurikulum murid juga dapat ditingkatkan untuk menjadikan
generasi ini cemerlang dalam pelbagai bidang yang di ceburi kelak.

4.0 OBJEKTIF
Program ini diwujudkan bertujuan untuk :
1. Mengenal pasti kelas yang menyumbang kepada peratus kehadiran murid yang rendah
untuk diambil tindakan segera.
2. Membantu guru kelas untuk memotivasikan murid dalam kelas yang mempunyai
peratus kehadiran murid yang tidak mencapai KPI kategori kelas tersebut dalam bulan
tertentu untuk hadir ke sekolah.
3. Menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai peratus kehadiran yang
mencapai KPI masing – masing.
4. Menyampaikan hadiah galakan berupa cabutan bertuah kepada murid yang mempunyai
kehadiran 100% ke sekolah.
5. Memberi peluang kepada murid–murid untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan
diri.
6. Membimbing murid meningkatkan jati diri dan sikap sayangkan sekolah.
7. Memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya rekod kehadiran cemerlang
untuk kejayaan hidup.
8. Memotivasikan diri murid supaya belajar dengan lebih teratur dan menanam sikap
cintakan ilmu pengetahuan.
KERTAS KERJA
LONJAKAN KEHADIRAN MURID 2018 3

5.0 BUTIRAN PROGRAM


Program dijalankan sepanjang tahun bermula dari Mei sehingga November. Program ini
dibahagikan kepada dua bahagian.

Bahagian I:
Kelas yang mendapat Kehadiran Tertinggi setiap bulan akan menerima Sijil Pencapaian
dan trofi. Kelas-kelas tersebut adalah kelas yang mendapat Johan Kehadiran Terbaik
Bulanan untuk Tahap 1 dan Tahap 2.

Bahagian II:
Murid yang Hadir Penuh 100% sepanjang sesi persekolahan pula akan menerima Hadiah
Insentif berbentuk Cabutan Bertuah. Pada setiap bulan, sebanyak 10 orang murid akan
menerima hadiah cabutan tersebut.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Kesemua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kuala Muda.

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Penasihat : Puan Kasmawati Binti Md. Sovat (Guru Besar)
Pengerusi : Encik Adenan Bin Md Zain (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi : Puan Faridah Binti Md Isa (GPK Tadbir dan Kurikulum)
: Afidah Hanim Binti Othman (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Puan Fauziah Binti Daud (Setiausaha Hal Ehwal Murid)
Penyelaras : Encik Mohd Shukri Bin Din (Peserta NPQEL 2.0 1/2018)

AJK : Semua Guru Kelas

9.0 PROSES ALIRAN KERJA


KERTAS KERJA
LONJAKAN KEHADIRAN MURID 2018 4

Penyediaan kertas kerja

Pelantikan Jawatan Kuasa

Makluman kepada semua guru

Hebahan kepada murid-murid

Promosi Kehadiran

Pelaksanaan program

Pemantauan, penilaian dan


penambahbaikan

Dokumentasi

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN KEWANGAN


KERTAS KERJA
LONJAKAN KEHADIRAN MURID 2018 5

BIL. PERKARA BUTIRAN KOS


1 Kelas yang mencapai Sijil (1 rim) RM 50.00
Kehadiran Tertinggi Bulanan
2 Cabutan Bertuah Kehadiran 6 bulan x 10 murid X RM5.00 RM 300.00
Penuh 100%
Jumlah RM 350.00

11.0 PENUTUP

Diharapkan agar Program Lonjakan Kehadiran Murid 2018 akan mencapai KPI sekolah
untuk meningkatkan kehadiran murid kepada 95 peratus purata kehadiran bagi tahun
2018. Kerjasama dan komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan program
kali ini agar tercapai objektif yang disasarkan demi kebaikan murid dan sekolah
.Semoga dengan pelaksanaan program ini sedikit sebanyak akan akan memberi kesan
serta kesedaran terhadap diri murid-murid dalam erti kata menghargai diri sendiri demi
keluarga, agama, bangsa dan negara.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

...................................... .......................................... ............................................


En Mohd Shukri Bin Din En. Adenan Bin Md Zain Pn Kasmawati Bt. Md. Sovat
Peserta NPQEL 2.0 Penolong Kanan HEM Guru Besar
Ambilan 1 / 2018 SK Kuala Muda SK Kuala Muda
SRUT3

Anda mungkin juga menyukai