Anda di halaman 1dari 4

SMK KAYU ARA PASONG

JALAN KAYU ARA PASONG


82000 PONTIAN, JOHOR

KERTAS KERJA
ANUGERAH KEHADIRAN PENUH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAYU ARA PASONG
JALAN KAYU ARA PASONG,
82000 PONTIAN, JOHOR

Tarikh : 28 SEPTEMBER 2020


No. Rujukan : SMKKAP.700-1/1/2 (2)

EN. MOHD RUZMI BIN HJ. RUFIE


Yang Dipertuan PIBG,
SMK Kayu Ara Pasong

Tuan,
PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI ANUGERAH KEHADIRAN PENUH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid SMK Kayu Ara Pasong dalam usaha
menggalakkan murid hadir ke sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan
berbentuk kewangan daripada pihak tuan. Adalah diharapkan dengan sumbangan ini dapat menampung
kos yang ditanggung oleh pihak sekolah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang mencatat
kehadiran penuh sepanjang tahun.

4. Atas keprihatinan dan bantuan yang dihulurkan oleh pihak tuan, pihak sekolah terlebih dahulu
merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

______________________________
(MD ALI BIN ABDULLAH)
PENGETUA
SMK Kayu Ara Pasong,
Pontian, Johor
KERTAS KERJA ANUGERAH KEHADIRAN PENUH

1.0       PENGENALAN

            Anugerah ini diperkenalkan untuk memberikan ganjaran kepada murid yang mempunyai
kehadiran penuh ke sekolah sepanjang tahun 2020. Ia dapat meningkatkan lagi motivasi murid
untuk ke sekolah dan dapat meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah secara individu.
Jika setiap murid seronok ke sekolah dan berusaha ke sekolah setiap hari sewaktu hari
persekolahan, maka ia dapat menyumbangkan peratus kehadiran sekolah yang tinggi. Oleh itu
pada tahun ini, anugerah kehadiran penuh individu akan dikira dari bulan Januari sehingga Mei
dan Julai sehingga Oktober (April, Mei dan Jun merupakan cuti PKP)

    

2.0       MATLAMAT

            Peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah tahun 2020

3.0       TARIKH

            28 Oktober 2020

4.0       SASARAN

100 orang murid kehadiran penuh sepanjang sesi persekolahan Januari-Oktober

     

5.0       OBJEKTIF

            Melalui ganjaran dalam Anugerah Kehadiran Penuh ini :

a) Murid merasa seronok dan sentiasa bermotivasi untuk bersaing sesama mereka merebut
ganjaran bagi meningkatkan kehadiran mereka ke sekolah.
b) Murid dihargai dengan penganugerahan sijil penghargaan secara individu untuk kehadiran
penuh

6.0       AHLI JAWATANKUASA

            Pengerusi : Tn Hj Md Ali bin Abdullah


(Pengetua)

            Naib Pengerusi : Pn Rohati binti Sood


                                        (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

            Setiausaha        : Pn Siti Norjannah binti Mohd Hamdi

            AJK : AJK tertinggi unit HEM

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BILANGAN KOS UNTUK


MURID SEORANG JUMLAH

100 RM5 RM500

8.0 PENUTUP

Diharapkan agar program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_____________________ ________________________
(SITI NORJANNAH BINTI MOHD HAMDI) (MD ALI BIN ABDULLAH)
SETIAUSAHA HEM PENGETUA
SMK KAYU ARA PASONG SMK KAYU ARA PASONG
PONTIAN, JOHOR PONTIAN, JOHOR

Anda mungkin juga menyukai