Anda di halaman 1dari 10

SEK MEN KEB TAMAN FOREST HEIGHTS

PRECINCT 4, PERSIARAN FOREST HEIGHTS 2


TAMAN FOREST HEIGHTS
70100 SEREMBAN, N. SEMBILAN

KERTAS KERJA

PROGRAM INTERVENSI KEHADIRAN


MURID
“SPOT THE BUTTERFLY”
1
TAHUN 2020

KERTAS CADANGAN PROGRAM INTERVENSI KEHADIRAN MURID


SPOT THE BUTTERFLY”
TAHUN 2020

1. PENDAHULUAN

Program intervensi kehadiran pelajar adalah salah satu usaha pihak sekolah dalam
meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke sekolah terutamanya murid tingkatan 1 hingga
5 yang semakin menurun peratus kehadiran selepas pembukaan sekolah semula akibat
PKP. Program ini memberi ruang dan peluang kepada pihak sekolah untuk mengadakan
pertemuan dua hala dengan murid itu sendiri setersnya ibu/bapa dan penjaga murid yang
terlibat dalam memastikan tiada murid yang keciciran. Ia juga diharapkan dapat
mewujudkan komunikasi yang berkesan serta kerjasama yang baik untuk membanteras
kegiatan ponteng sekolah. Bertitik tolak dari program ini, pihak pengurusan sekolah juga
dapat menyampaikan dan memberi kefahaman kepada ibu/bapa dan penjaga kepentingan
hadir ke sekolah dan prosedur seandainya pelajar mempunyai masalah untuk hadir ke
sekolah.

2. OBJEKTIF

2.1 Memperbaiki mutu kualiti serta kuantiti peratus hadir ke sekolah.


2.2 Mengadakan pertemuan dua hala yang dapat membantu semua pihak memahami
peranan dan tanggungjawab ke atas murid.
2.3 Mengenalpasti pelajar yang bermasalah dalam ketidakhadiran ke sekolah dan
punca-puncanya.
2.4 Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama yang baik dalam meningkatkan sarana
ibu bapa.

3. MATLAMAT

Para ibu/bapa dan penjaga serta murid akan jelas tugas dan tanggungjawab masing-
masing dan terhasillah cita-cita untuk melihat lonjakan kecemerlangan dalam peperiksaan
seterusnya meningkatkan peratus kehadiran ke sekolah.
2
4.KUMPULAN SASARAN

Murid-murid yang mempunyai rekod ketidakhadiran yang kurang memuaskan di SMK


Taman Forest Heights.

5. CADANGAN TARIKH/MASA/MASA/TEMPAT

TARIKH TINGKATAN MASA TEMPAT PERSONALIA


9 September 2020 1 1. Pengetua
(Rabu) 2. GPK Pentadbiran
10 September 2 Dewan 3. GPK HEM
2020 7.30 pagi – 8.50 pagi Terbuka/Kantin 4. Kaunselor
(Khamis) 5. Guru PdPc Masa
11 September 3 Pertama dan Kedua
2020
(Jumaat)
18 September 4
2020
(Isnin)

6. METODOLOGI PROGRAM

I. Tindakan 1 :
Menyediakan soal selidik punca ketidakhadiran murid ke sekolah
.
II. Tindakan 2:
Mengadakan program Zoom In bersama Tuan Pengetua dan pihak pengurusan
tertinggi sekolah.

III. Tindakan 3 : Menjalankan Sesi Bimbingan Individu/Kelompok


Mengadakan sesi kaunseling berfokus secara berkala dengan murid terlibat.

IV. Tindakan 4:
Talian Kasih – Murid-murid berisiko yang tidak hadir ke sekolah selepas jam 8
pagi akan dihubungi oleh guru-guru bagi memastikan ketidakhadiran mereka.

V. Tindakan 5. Program Cakna


Mengadakan lawatan ke rumah bagi kes yang mana murid tidak dapat dikesan
punca ponteng sekolah, tidak dapat menghubungi ibu bapa melalui telefon dan
tiada komunikasi antara ibu bapa penjaga murid dengan pihak sekolah.

3
7. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Tn. Hj. Norfaimi Bin Mohamad Nor


Naib Pengerusi 1 : Pn. Ruslifawaty Binti Haji Mohammed Sabran
Naib Pengerusi 2 : En. Roslan Bin Aziz
Naib Pengerusi 3 : Pn. Rohaiza Binti Ujang
Penyelaras : En. Tadjul Arifin Bin Dolah
Setiausaha : Pn.Nor Aslinawati Binti Nawawi
AJK Kerja : Guru-guru Tingkatan 1 -5
: Jawatankuasa HEM dan Disiplin

8. TENTATIF PROGRAM

MASA ATURCARA
7.20 pagi Pelajar-pelajar Berkumpul
7.30 pagi Taklimat Kaunselor
7.40 pagi Taklimat GPK HEM

Taklimat Pengetua

Penyampaian Sijil & Hadiah Kehadiran

Penuh Bulanan
8.50 pagi Bersurai

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Harga (RM)


1. Hadiah Kehadiran Penuh 3 Bulan Berturut (RM 10 x 15 orang) 150
2. Hadiah Kehadiran Penuh Bulanan (RM 16.50 x 20 kotak coklat) 330
Jumlah (RM): 480

10. ANGGARAN PENDAPATAN

PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling : RM 330


Duit UBK di dalam Tabung PIBG : RM 150
Jumlah : RM 480

11. PENUTUP

Diharapkan agar program yang diadakan ini dapat membantu pihak sekolah mengatasi dan
mengurangkan permasalahan ketidakhadiran diri ke sekolah memandangkan prestasi peratus
4
kehadiran pelajar yang kurang memberangsangkan pada tahun ini. Melalui program ini juga,
diharapkan ibu/bapa dan penjaga dapat memberikan kerjasama dan berhubung baik dengan pihak
sekolah dalam memastikan tiada pelajar yang keciciran untuk menjamin kecemerlangan masa
depan mereka dan akhirnya sedar kesilapan yang dilakukan dan berusaha untuk memperbaiki diri
dengan bantuan semua orang yang berada di sekeliling mereka.

Disediakan oleh;

........................................................................
(NOR ASLINAWATI BINTI NAWAWI)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Taman Forest Heights.

Disemak oleh;

...................................................................................................
(RUSLIFAWATY BINTI HJ. MOHAMMED SABRAN)
GPK Hal Ehwal Murid
SMK Taman Forest Heights.

Diluluskan oleh;

..................................................................
(NORFAIMI BIN MOHAMAD NOR)
Pengetua
SMK Taman Forest Heights.

5
LAPORAN AKTIVITI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN FOREST HEIGHTS

TOPIK BUTIRAN / KETERANGAN AKTIVITI

NAMA PROGRAM SPOT THE BUTTERFLY (INTERVENSI KEHADIRAN)


PROGRAM
Salah satu usaha pihak sekolah dalam meningkatkan peratus kehadiran
MATLAMAT pelajar ke sekolah terutamanya murid tingkatan 1 hingga 5 yang
semakin menurun peratus kehadiran selepas pembukaan sekolah
semula akibat PKP.

 Memperbaiki mutu kualiti serta kuantiti peratus hadir ke sekolah.


OBJEKTIF  Mengadakan pertemuan dua hala yang dapat membantu semua
pihak memahami peranan dan tanggungjawab ke atas murid.
 Mengenalpasti pelajar yang bermasalah dalam ketidakhadiran ke
sekolah dan punca-puncanya.
 Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama yang baik dalam
meningkatkan sarana ibu bapa.

TARIKH Sepanjang Bulan Sepetember


PELAKSANAAN
TEMPAT Dewan Terbuka / Dewan Seri Siantan

SASARAN Semua murid tingkatan 1 – tingkatan 4

PERSONALIA Pengetua
GPK HEM
Kaunselor

Rujuk Kertas Kerja


KOS/SUMBER
PENDEKATAN /  Pengisian Soal Selidik
PENGISIAN  Taklimat Tuan Pengetua
 Penyampaian hadiah

LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM SPOT THE BUTTERFLY

6
7
8
9
10

Anda mungkin juga menyukai