Anda di halaman 1dari 2

HAL EHWAL MURID (HEM)

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MOKAN


16400 KOTA BHARU KELANTAN

SEKAPUR
SEKAPURSIREH
SIREH

En. Mahmood b. Deraman


Penolong Kanan HEM
SK Padang Mokan

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum Warah MatuhIlahi Wabarakatuh.

Segala pujian dan syukur adalah milik Allah Yang Esa. Pemilik sekalian alam, selawat dan
salam untuk junjungan Agong Nabi Muhamad s.a.w. yang membawa kesejahteraan kepada
seisi alam di dunia dan diakhirat jua. Keluarga serta para sahabat baginda serta tabiin, aulia
dan ambia.

Alhamdulillah, sama-sama kita panjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah
s.w.t kerana dengan limpah izinnya kita berjaya menyiapkan Buku Pengurusan HEM 2010.
Buku Pengurusan ini akan bertindak sebagai panduan kepada Unit HEM dalam melaksanakan
tugas-tugas yang telah diamanahkan oleh pihak Guru Besar khasnya dan pihak sekolah amnya.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru khususnya
Guru Besar kerana telah memberi keyakinan kepada saya untuk memimpin Unit HEM Sk
Padang Mokan. Insya Allah, kami akan menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan
sebaik mungkin demi kejayaan SKPM sebagai sekolah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Akhirnya, saya mengucapkan jutaan terima kepada Guru Besar, Penolong-Penolong Kanan,
guru-guru dan kakitangan sekolah di atas kerjasama yang telah diberikan bagi. Semoga
kerjasama dan sokongan yang diberikan akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah
S.W.T.
Sekian, wasalam.

Anda mungkin juga menyukai