Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PENGETUA

SEMPENA MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG


SAM PAYA JARAS TAHUN 2020

‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬


‫ والسالم على أشرف األنبياء واملرسلني وعلى آله وصحبه أمجعني‬$‫احلمدهلل رب العاملني والصالة‬.
‫السالم عليكم ورمحة اهلل وبركاته‬،

Terima kasih Pengerusi Majlis,

Yang dihormati En Ahmad Mukhriz Atan , pengurus Elmina west

Yang dihormati Dato’ Hj Ahmad Ruzman bin Ahmad Razali Yang Dipertua

PIBG SAM Paya Jaras,

Yang Berusaha Puan Kamaliah binti Kassan Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Berusaha Puan Ramlah binti Mamat Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid,

Yang Berusaha Puan Fadzilah binti Abdullah Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru, AJK PIBG dan para ibu bapa yang budiman

serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Senja gemilang bayu berpuput,

Gugur kenanga di celah jerami,

Besarlah hati , kami menyambut,

Tuan bertamu ke sekolah kami.


Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran saya lafazkan ke hadrat Allah

SWT kerana kita dapat berkumpul pada majlis yang bersejarah ini. Ucapan

terima kasih saya rakamkan khusus kepada tetamu kehormat Yang dihormati

Encik Ahmad Mukhriz Atan , pengurus Elmina west , atas kesudian tuan

hadir dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang bagi

tahun 2020 pada hari ini. Ucapan selamat datang kepada para tetamu

kerana sama-sama meraikan majlis yang bermakna ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Untuk makluman, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2020

melibatkan tiga pengurusan utama sekolah iaitu kurikulum, hal ehwal murid

dan kokurikulum. Hal ini kerana kami berpegang kepada prinsip

bergandingan menuju keunggulan.

Izinkan saya menyentuh tentang pencapaian akademik. Pada tahun

2020 hanya dua peperiksaan utama telah diadakan iaitu SMA dan SPM.

Untuk makluman en Mukhriz, SMA iaitu sijil menengah agama dilaksanakan

kepada pelajar tingkatan 4 bagi sekolah agama bantuan kerajaan yang

dikelolai oleh JAIS .Pelajar yang kita raikan ini sesungguh insan hebat

kerana mengharungi peperiksaan dalam mode norma baharu. Gabungan

usaha pelajar, guru ibu bapa penjaga berjaya melakar sejarah yang amat

manis ini.
Alhamdulillah, keputusan SPM telah mendapat 100% dengan gred

purata sekolah 3.46 meningkat 0.02 % dari tahun sebelumnya.. Pencapaian

cemerlang adalah 10A - seorang. Seterusnya, 9A - 10 orang, 8A - 11 orang,

7A - 15 orang dan 6A - 14 orang. Jumlah yang mendapat 6A hingga 10A

adalah seramai 51 orang.

Seterusnya, pencapaian SMA tahun 2020, peratus lulus 96.03% dan

gred purata sekolah adalah 2.98 serta 11 orang murid telah mendapat

mumtaz. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya dalam

peperiksaan masing-masing.

Selain itu, pencapaian terbaik untuk aktiviti kokurikulum pula seramai

10 orang murid telah mendapat johan dan naib johan untuk pertandingan

peringkat antarabangsa. Acara yang disertai ialah pertandingan azan,

qiraatsabaah bittaranum dan tajweed master.

Syabas dan tahniah untuk semua pelajar SAM Paya Jaras yang telah

berjaya menunjukkan komitmen masing-masing walaupun pelbagai cabaran

yang perlu ditempuhi pada tahun 2020.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Di kesempatan ini juga sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kerana En En Ahmad Mukhriz Atan kerana sudi meluangkan

masa untuk bersama-sama pada hari ini. Harapan saya , jalinan strategic

antara Sime Darby Property dan Sekolah Agama Menengah Paya Jaras
terus berlangsung dengan baik. Bantuan daripada pihak Sime Darby sangat-

sangat kami harapkan sebagai tanggungjawab social dalam masyarakat.

Terima kasih juga diucapkan kepada Jawatankuasa Majlis Anugerah Pelajar

Cemerlang Tahun 2020 yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis

gemilang ini.

Madah diungkap santun batara,

Pantun dilantun mengusik hati,

Salah dan silap tutur bicara,

Pohon diampun seikhlas hati.

Sekian sahaja saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai