Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera

Terima kasih pengacara majlis.

Para hadirin dan hadirat yang saya muliakan

Alhamdullilah, dengan izin dan keredhaan Allah SWT juga , Majlis Graduasi dan Jamuan
Akhir Tahun Kolej Islam Sultan Alam Shah tahun 2023, dapat kita adakan pada hari ini dalam
suasana meriah dan tentunya sangat bermakna buat kita semua.

Saya mewakili seluruh warga kerja Kolej Islam Sultan Alam Shah mengalu-alukan dan
merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran…………… , tuan-tuan dan puan-puan ke
majlis ini untuk kita sama-sama meraikan anak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Semoga
hubungan baik yang terjalin antara pihak sekolah dengan ibu bapa dapat dikekalkan
hendaknya.

Kita berasa begitu bertuah dan berbangga kerana majlis kita pada hari ini diserikan dan akan
disempurnakan oleh……………..iaitu ………………. Kehadiran beliau merupakan satu
penghormatan kepada kami. Kehadiran dan keprihatinan………….. pastinya akan menyuntik
semangat kepada kami, warga pendidik dan warga pelajar untuk terus berusaha
memastikan sekolah ini dapat mencapai sesuatu kejayaan dalam bidang pendidikan .

Kumpulan graduan yang ada di hadapan kita ini,adalah terdiri daripada 319 orang calon SPM
2023, 40 orang murid tingkatan 6 Semester 3 (STPM), dan 20 orang tingkatan 6 Semester 3
(STAM).

Yang Berhormat dan hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis graduasi ini diadakan khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada
putera dan puteri tingkatan 5 dan 6 sekolah ini atas kesabaran , pengorbanan, komitmen
dan usaha para pelajar sepanjang dua tahun berada di sekolah ini. Majlis ini juga disusun
atur untuk dijadikan sebagai perangsang atau pencetus kepada mereka untuk mencapai
kejayaan dalam segala bidang yang bakal diceburi pada masa akan datang. Malah
diharapkan ia mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh bermakna
dalam lipatan sejarah para graduan.

Kepada para graduan, di harap sentuhan majlis ini dapat membuatkan anda tidak
melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh barisan pendidik . Tahniah dan
syabas saya ucapkan kepada guru-guru yang telah menunjukkan dedikasi dan bertungkus-
lumus dalam mendidik dan memberikan tunjuk ajar kepada para pelajar sekalian. Para guru
sekolah ini mempunyai harapan yang tinggi , anda semua dapat meneruskan pembelajaran
selepas SPM nanti dan seterusnya mencurahkan jasa dan bakti kepada bangsa dan negara
sebaik sahaja melangkah keluar ke alam pekerjaan.

Sebenarnya Majlis Graduasi ini dan peperiksaan SPM, STPM, dan STAM yang bakal
ditempuhi hanyalah titik permulaan jalan kehidupan yang bakal diterokai. Di hadapan para
graduan nanti, terbentang pelbagai ranjau, duri dan rintangan ke arah pencapaian sebenar
dalam kehidupan. Semangat perjuangan yang murni dan kekuatan iman perlu diperkukuh
bagi membolehkan para graduan meneruskan perjalanan dengan penuh yakin dan tabah.
Kami semua mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anda semua.

Pada kesempatan ini saya ingin melontarkan cabaran kepada graduan agar dapat
membuktikan bahawa anda semua mampu meneruskan kejayaan yang lebih gemilang untuk
sekolah ini. Di saat akhir ini berusahalah dengani ltizam yang tinggi dan penuh ketakwaan
berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru untuk memperoleh kejayaan dan
seterusnya memartabatkan nama sekolah kita dalam Sekolah Berasrama Penuh (SBP) selaku
antara sekolah yang mampu melahirkan keputusan yang cemerlang.

Yang Berhormat, hadirin, hadirat dan para graduan yang diraikan,

Dalam majlis ini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih tidak
terhingga kepada guru-guru, kakitangan, dan ibu bapa sekalian. Kesediaan dan kesudian
para waris untuk sama-sama berganding bahu hadir dalam Majlis Graduasi dan Majlis Akhir
Tahun ini amat kami hargai dan kami sanjung. Kepada para graduan,hargailah harapan tinggi
yang telah disandarkan oleh ibu dan bapa anda. Balaslah jasa mereka dengan mencipta
kejayaan yang hasilnya begitu indah dan dapat dinikmati selama-lamanya.

Yang Berhormat dan hadirin hadirat sekalian,

Sebagai penutup, sekali lagi saya bagi pihak Kolej Islam Sultan Alam Shah merakamkan
penghargaan atas kehadiran Yang Dihormati…………………., guru-guru, ibu dan bapa, dan
putera-puteri graduan. Teruskan lakaran kita untuk terus mekar memartabatkan alam
pendidikan negara kita. Kepada ibu bapa sekalian, iringilah perjuangan anak-anak tuan puan
menempuh peperiksaan dengan doa agar kecemerlangan yang kita harap-harapkan
tercapai. Kepada para jemputan, terima kasih atas kehadiran dan sokongan anda semua.
Kepada putera dan puteri graduan, perjuangan belum berakhir. Teruskan perjuangan anda.

Sekian. Wabillahi taufik walhidayah wasalamualikum warah matullah hi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai