Anda di halaman 1dari 3

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.


Terima kasih pengacara majlis.
Yang Berhormat Haji Suhaimi b Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Kukup,
Guru-guru dan kakitangan SMK Telok Kerang,
Ahli-ahli jawatankuasa Majlis Graduasi tahun 2013,
Ibu bapa para graduan,
dan pastinya putera puteri tersayang, para graduan yang kita raikan sekalian.
Ucapan:
Alhamdullilah, dengan izin dan keredhaan Allah swt. Majlis Graduasi SMK Telok
Kerang tahun 2013 b a g i p u t e r a d a n p u t e r i tingkatan lima dapat kita adakan pada
hari ini dalam suasana yang penuh gemilang dan bermakna buat kita semua.
Saya mewakili seluruh warga kerja SMK Telok Kerang mengalu- alukan dan
merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke
majlis ini untuk meraikan anak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kita berasa
begitu bertuah dan berbangga kerana majlis kita pada hari ini dimeriahserikan dan
akan disempurnakan oleh ADUN yang baru kawasan ini iaitu Y.B. Haji
Suhaimi b Salleh. K e h a d i r a n b e l i a u merupakan satu penghormatan kepada
kami di SMK Telok Kerang yang telah beroperasi kira-kira 46 tahun sejak
1967. Kehadiran dan keprihatinan Y.B. pastinya akan menyuntik semangat
kepada kami, warga pendidik dan warga pelajar untuk terus
mencemerlangkan dunia pendidikan khususnya dan martabat negara secara
menyeluruh.
Saya juga mengalu-alukan kehadiran para jemputan, ibu dan bapa putera dan
puteri yang kita raikan ke majlis ini dan sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan akan terus mengeratkan silaturrahim yang sedia terjalin antara kita.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada AJK Pengelola Majlis Graduasi ini kerana
telah berjaya menzahirkan majlis ini dengan penuh gemilang.
Yang Berhormat dan hadirin yang dihormati sekalian,
Kumpulan graduan yang ada di dalam Dewan A yang mulia ini,adalah
terdiri 26 putera dan puteri Tingkatan 5 Sains,25 putera dan puteri
Tingkatan 5 Akaun, 27 putera dan puteri Tingkatan 5 Teknologi, 26 putera
dan puteri Tingkatan 5 Kemanusiaan, 19 putera dan puteri Tingkatan 5
Katering dan 14 putera dan puteri Tingkatan 5 Landskap. Jumlah
semuanya ialah 137 putera dan puteri. Mereka akan menamatkan alam
persekolahan dan pembelajaran formal di sekolah ini.
Majlis graduasi ini diadakan khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan
kepada putera-putera dan puteri-puteri tingkatan 5 SMK Telok Kerang atas
kesabaran mereka belajar di sekolah ini. Majlis ini juga sebagai perangsang kepada

mereka untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang yang bakal diceburi. Malah
diharapkan ia mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh
bermakna dalam lipatan sejarah para graduan.
Kepada para graduan, di harap sentuhan majlis ini dapat membuatkan anakanda
putra dan puteri tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh
barisan pendidik mithali SMK Telok Kerang. Tahniah diucapkan kepada guru-guru
yang telah bertungkus-lumus mendidik dan memberikan tunjuk ajar. Kami
berharap, anakanda putra dan puteri graduan dapat meneruskan pembelajaran di
mana jua selepas SPM nanti dan seterusnya mencurahkan jasa dan bakti kepada
bangsa dan negara sebaik sahaja melangkah keluar ke alam pekerjaan.
Sebenarnya Majlis Graduasi ini dan peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi hanyalah
titik permulaan jalan kehidupan yang bakal diterokai. Di hadapan para graduan
nanti, terbentang pelbagai ranjau, duri dan rintangan ke arah pencapaian sebenar
dalam kehidupan. Semangat perjuangan yang murni dan kekuatan iman perlu
diperkukuh bagi membolehkan para graduan meneruskan perjalanan dengan penuh
yakin dan tabah. Kami semua mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anda semua.
Pada kesempatan ini saya ingin melontarkan cabaran kepada putera-puteri graduan
agar dapat membuktikan bahawa putera-puteri graduan mampu meneruskan
kejayaan yang lebih gemilang untuk sekolah ini. Di saat akhir ini berusahalah
dengani ltizam yang tinggi dan penuh ketakwaan berbekalkan ilmu yang dicurahkan
oleh guru-guru para graduan untuk memperoleh kejayaan dan seterusnya
memartabatkan SMK Telok Kerang di persada daerah, negeri dan seterusnya
mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.
Yang Berhormat, hadirin, hadirat dan para graduan yang diraikan,
Putera dan puteri graduan sekelian. Gunakanlah peluang yang ada pada masa kini
untuk memperkasa diri para graduan d e n g a n k e m a h i r a n t e k n o l o g i
m a l u m a t , k e m a h i r a n berkomunikasi serta meningkatkan penguasaan
teknologi dan Bahasa Inggeris. Tiada jalan pintas ke arah kejayaan. Namanama besar orang yang berjaya seharusnya terjelma dalam kotak minda para
graduan s e b a g a i i n s a n y a n g b e r u s a h a g i g i h h i n g g a
k a d a n g k a l a mempertaruhkan nyawa demi mencapai matlamat meletakkan nama negara
dipersada dunia. Semangat juang inilah yang perlu dicontohi oleh para graduan.
Saya juga amat berharap agar putera dan puteri graduan sekalian memiliki daya
saing y a n g p o s i t i f k e a r a h m e w u j u d k a n g e n e r a s i y a n g i n o v a t i f
d a l a m bidang sains dan teknologi. Negara kini memerlukan teknokrat yang
proaktif dan matlamat tersebut juga merupakan
s e b a h a g i a n d a r i p a d a h a s r a t n e g a r a . U n t u k b e r j a y a sebagai teknokrat
mahupun pemangkin pembangunan negara, para graduan semua perlu berubah dan untuk
memulakan perubahan itu p u l a , p a r a g r a d u a n m e s t i l a h m e n e r o k a d a l a m
d i r i s e n d i r i u n t u k m e n c a r i kekuatan, kelemahan dan ancaman yang
ada. Dengan kata lain, kita p e r l u a d a u n s u r - u n s u r p e m u g a r a n
kendiri. Janganlah hendaknya kita mengajar diri kita menilai
s e s u a t u keputusan untuk berubah itu menerusi dimensi yang sempit tetapi
semestinya perlu bersikap imaginatif dan praktikal. Jika kita berjaya m e l i h a t

daripada perspektif yang lebih global dan positif, ia berupaya


d i t e r j e m a h k a n d a l a m tindakan yang lebih bermakna. Hanya mereka y a n g
bergerak dengan kekuatan ilmu dapat berdaya saing.
Yang Berhormat dan hadirin yang dihormati sekalian,
Dalam majlis ini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima
kasih tidak terhingga kepada guru-guru, kakitangan, d a n i b u b a p a s e k a l i a n .
Kesediaan dan kesudian para waris untuk sama-sama berganding bahu hadir
dalam Majlis Graduasi ini amat kami hargai dan kami sanjung. Kepada para
graduan,hargailah harapan tinggi yang telah disandarkan oleh waris anda. Balaslah
jasa mereka dengan juadah kejayaan yang hasilnya begitu indah dan dapat
dinikmati selama-lamanya.
Kemaafan jua kami pohonkan.
Sebagai penutup, sekali lagi saya bagi pihak SMK Telok Kerang
merakamkan penghargaan atas kehadiran Yang Berhormat Haji Suhaimi b
Salleh, guru-guru, ibu dan bapa, dan putera-puteri graduan. Teruskan
lakaran kita untuk t e r u s m e k a r memartabatkan alam pendidikan negara kita.
Kepada ibu bapa s e k a l i a n , i r i n g i l a h p e r j u a n g a n p u t e r a d a n p u t e r i
g r a d u a n k i t a menempuh peperiksaan dengan doa agar kecemerlangan yang kita
harap-harapkan tercapai. Kepada para jemputan, terima kasih atas k e h a d i r a n
dan sokongan anda semua. Kepada putera dan puteri graduan,
p e r j u a n g a n b e l u m b e r a k h i r. Ter u s k a n p e r j u a n g a n a n d a .

Anda mungkin juga menyukai