Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN VIP BERSEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Yang Berusaha Saudari Pengacara Majlis,


Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar
Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasa
Penolong-penolong Kanan, guru-guru
Dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.
Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke
hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat
berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda
pendidikan yang diatur oleh pihak pengurusan sekolah dan juga jawatankuasa
PIBG Sek. Keb. Taman Bersatu. Ucapan syabas dan tahniah kepada
Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih
supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur. Terima kasih tidak terhingga
kepada Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasanya kerana memberi
komitmen yang tinggi sehingga majlis ini berjaya dilaksanakan. Ucapan
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga
kerja atas inisiatif dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi menjayakan majlis
anugerah cemerlang ini. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan
untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi
masa
depan
Negara.
Tuan-tuan
dan
puan-puan
sekalian,
Saban tahun, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan
cemerlang murid-murid dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.
Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para waris yang
sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak menjadi agenda
pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak
sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada
para murid yang bakal menerima anugerah malahan ibu bapa juga para guru
yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan
untuk mereka.

Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, kejayaan seorang pelajar tidak hanya


terletak pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata.
Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah rendah perlu harus
memberi, agar para pelajar bersedia untuk menerima. Selain insan yang
sering memberi cahaya itu, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan

penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuantuan dan puan-puan, pada saya yang paling utama kejayaan adalah terletak
pada diri para murid itu sendiri, agar sentiasa mempunyai komitmen dan
motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan.
Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak,
banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Dato Azhar Mansor, Datuk Sharifah
Mazlina dan Dato Syeikh Muzzaffar sendiri melalui pelbagai kesukaran dalam
usaha menjelajah dunia dan meneroka angkasa! Pepatah Melayu selalu
mengingatkan kita, Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, Hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih, Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita sama-sama
berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita.
Pada saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu
anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan sebagai waris.
Tuan-tuan
dan
puan-puan
yang
dihormati
sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas
kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar
kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin
untuk para pelajar mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang
akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah yang diberikan
pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada para murid yang
telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran pada tahun ini.
Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta
ikutan kepada para murid lain untuk meningkatkan pencapaian akademik
mereka pada masa akan datang.

Tuan-tuan
dan
puan-puan
yang
dirahmati
Allah
sekalian,
Saya pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar, bahawa pelajarpelajar yang kita raikan hari ini merupakan waris yang bakal mendukung
impian dan harapan Negara. Untuk itu, saya menyeru kepada saudara dan
saudari sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti
hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan hanya
tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan kesihatan minda supaya
harapan dan impian tuan-tuan dan puan-puan akan direalisasikan sama seperti
harapan dan impian seperti mana yang telah termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Negara. Maka saya ingin menyeru kepada diri saya dan tuan/puan
sekalian, marilah kita saling bergandingan bagi memastikan para penerima
anugerah ini bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan Negara

pada masa hadapan dan bukan merupakan secalit warna kehancuran atas
kealpaan dan kelekaan kita. InsyaAllah.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada
semua penerima anugerah dan juga syabas kepada semua warga kerja yang
bertungkus-lumus
menjayakan
Hari
Anugerah
Cemerlang
Sekolah
Kebangsaan
Taman
Bersatu
pada
hari
ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai