Anda di halaman 1dari 2

SEKAPUR SIRIH

YB SENATOR DATO HAJI MOHD SALIM BIN MOHD SHARIF

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Negaraku Malaysia

Syukur Alhamdulilah segala pujian bagi Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya kita diberi
keupayaan dan kekuatan untuk mengadakan majlis yang sangat bermakna ini khusus untuk meraikan
dan memberikan pengiktirafan kepada para pelajar Tingkatan 5 yang telah menunjukkan
kecemerlangan dalam bidang akademik dalam Peperiksaan Percubaan SPM yang lalu.

Sesungguhnya,Majlis Graduasi ini merupakan terjemahan rasa penghormatan apabila segala


usaha dan pengorbanan pelajar-pelajar sepanjang menimba ilmu diberi pengiktirafan.

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan yang berjaya
bergraduasi tahun ini.Saya juga yakin bahawa majlis ini akan menjadi pendorong untuk anak-anak
menanam tekad menjejakkan kaki ke menara gading untuk meneruskan kelangsungan menimba ilmu
demi kesejahteraan hidup pada masa hadapan.

Tahniah juga diucapkan kepada para ibu bapa yang sanggup berkorban dan bekerjasama
dengan pihak sekolah demi memastikan kejayaan anak-anak mereka.Saya juga ingin mengambil
kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus
mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak kita.Semoga segala khidmat bakti,pengorbanan
dan sokongan yang tuan-tuan dan puan-puan berikan akan mendapat restu daripada Allah SWT.

Saya yakin bahawa khazanah ilmu yang dikutip,dicerakin,lalu dihayati sebagai sebahagian
proses pengayaan minda,jika diterjemahkan pastinya mampu menjadi manfaat bukan sahaja kepada
yang empunya diri serta keluarga,bahkan untuk bangsa dan insan sejagat.

Para graduan,anda adalah antara golongan yang sangat diharapkan untuk mencapai
kecemerlangan dan mewarisi tampuk kepimpinan negara.Kerajaan tidak mahu rakyatnya masih lagi
memiliki minda kelas ketiga ketika kerajaan sudahpun membangunkan infrastruktur kelas
pertama.Justeru,keterampilan pelajar-pelajar dalam pelbagai disiplin ilmu adalah sangat diharapkan
oleh kerajaan,Sesungguhnya tenaga kerja yang mahir dan kompeten merupakan aset terpenting bagi
melestari dan menjayakan misi negara ini.

Akhir kata,saya menyokong sepenuhnya penganjuran Majlis Graduasi yang diadakan oleh
pihak pengurusan sekolah ini.Semoga program yang dilaksanakan di sekolah ini mampu menjadikan
mereka modal insan yang cemerlang agar mereka dapat mencapai kecemerlangan di dunia dan di
akhirat.

SELAMAT MAJU JAYA

Sekian, terima kasih.

YB SENATOR DATO HAJI MOHD SALIM BIN MOHD SHARIF

DBNS,JP,ANS,PJK

Anda mungkin juga menyukai