Anda di halaman 1dari 1

KATA ALU-ALUAN

Yang Dipertua PIBG


GAMBAR
Prof. Madya Dr. Mohd Rosmizi bin Abd Rahman

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya
dapat saya bersama-sama pada hari yang penuh bermakna ini dalam Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung PIBG Kali ke-40 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2022. Saya juga
mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang telah dapat meluangkan masa untuk hadir pada
hari ini. Ucapan jutaan tahniah dikalungkan kepada semua penerima anugerah di atas kecemerlangan
yang telah dicapai dalam Ujian Akhir Sesi Akademik tahun 2022 dan SPM tahun 2022. Pihak PIBG
amat berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai dan teruslah melakar kecemerlangan walau di
mana-mana kamu semua melanjutkan pelajaran kelak.
Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan satu platform terbaik untuk semua ibu bapa
bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan
sekolah sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum, mahupun sahsiah. SMA Dato’ Klana Petra
Maamor sememangnya telah mencatatkan pelbagai kejayaan. Untuk makluman, pelajar pengajian
Islam adalah tonggak kepada negara dan agama. Maka anak-anak perlu sentiasa berfikiran positif dan
terus berusaha memainkan peranan dalam menyebarkan kecantikan Islam, menegakkan keadilan
serta membasmi kemungkaran dalam kalangan masyarakat dan juga negara. Justeru, pelajar
Pengajian Islam perlu berbangga dan berusaha menjadi Muslim yang profesional demi meneruskan
kecemerlangan dalam pelbagai aspek. Kita perlu melahirkan insan yang seimbang dan cemerlang
daripada pelbagai aspek, seperti dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Hal ini bertepatan
cara hidup Islam yang seimbang antara jasmani dan rohani, duniawi dan ukhrawi.
Majlis pada hari ini merupakan satu penjelmaan kesepaduan yang akrab terjalin antara guru,
pelajar, dan ibu bapa demi merealisasikan aspirasi dan impian para pelajar untuk mencipta
kecemerlangan demi kecemerlangan. Oleh itu, janganlah dilihat majlis ini sebagai suatu majlis keraian
semata-mata. Selain itu, majlis hari ini merupakan suatu simbolik yang memaknakan kejayaan semua
pihak, iaitu individu atau entiti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, sama ada disedari
atau tanpa disedari, di sebalik jejak tapak kecemerlangan yang telah dirintis oleh para pelajar semua.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada para ibu bapa
yang telah berjaya membesarkan, serta sama-sama mendidik dan membimbing anak tuan/puan
sehingga menjadi insan cemerlang yang pastinya menjadi kebanggaan seisi keluarga.  Begitu juga
sekalung tahniah diucapkan kepada para guru yang merupakan tulang belakang yang cukup kuat dan
hebat kepada kejayaan anak-anak ini. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua
ahli jawatankuasa PIBG serta ahli pelbagai biro PIBG yang telah memberikan kerjasama yang padu
dan sentiasa berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program anak-anak murid di sekolah
ini. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga SMADKLANA kerana telah
berjaya mengadakan majlis ini dengan penuh istiadat dan tertib.
Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa mudah-mudahan Allah S.W.T akan terus
melimpahkan rahmat perlindungan dan naunganNya kepada kita agar kita dapat terus iltizam dengan
usaha murni ini. Semoga Allah terus memberkati dan memberikan kejayaan demi kejayaan kepada
semua pelajar di sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai