Anda di halaman 1dari 1

LAMPIRAN

TEKS UCAPAN GURU BESAR

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh,


Terima Kasih Saudara Pengacara Majlis,
Yang Berhormat Tuan Ramli bin Saad, Pengarah Jabatan Pendidikan,
selaku perasmi Hari Anugerah Akademik.
Yang Berbahagia, Encik Mohd Fadhir bin Rosli, YDP PIBG SK Kampong Chengal,
Barisan guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, ibu bapa serta murid-murid yang dikasihi.

Pertama dan selamanya, saya mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia dan inayahnya kita dapat berkumpul dalam majlis ini. Ucapan syabas dan
tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih
supaya majlis ini berjalan dengan lancar dan teratur.

Para hadiri yang dirahmati Allah sekalian,

Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan
kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Majlis ini
diadakan khusus untuk meraikan para ibu bapa yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan
kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka.

Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan
kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Selain insan yang ibarat lilin yang
membakar diri ini, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk
mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam
usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Pepatah Melayu selalu
mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

Hadirin sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada
semua penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang
ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk para pelajar mempertingkatkan
mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik. Dan juga syabas kepada semua warga kerja
yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Anugerah Akademik. Sekian sahaja ucapan saya.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

20

Anda mungkin juga menyukai