Anda di halaman 1dari 21

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

TUMBESARAN DAN
PENGELUARAN TERNAKAN
PENGENALAN

• Keperluan pengeluaran ternakan yang berbeza memerlukan cara


pengurusan yang berbeza.
• Tumbesaran dan pengeluaran haiwan sangat bergantung kepada
iklim, corak permakanan, taraf kesihatan dan baka.
• Pemakanan yang lengkap sangat diperlukan untuk mengekalkan
kesihatan, memenuhi keperluan tumbesaran, pengeluaran dan
pembiakan.
• Selain pengurusan makanan, pengurusan kesihatan yang sistematik
dapat mengurangkan kadar kematian, menghasilkan pengeluaran
yang tinggi dan mengurangkan kos pengeluaran.
• Ternakan hendaklah dipilih daripada baka yang cepat membesar dan
kuantiti hasil tinggi, resistan terhadap penyakit, cepat mengeluarkan
hasil dan toleran terhadap persekitaran
IKLIM
Unsur iklim
• Suhu, hujan atau kelembapan dan cahaya
adalah unsur-unsur iklim yang
mempengaruhi ternakan.
SUHU
• Purata suhu badan kebanyakan ternakan
adalah antara 36°C hingga 41°C dan
berbeza-beza mengikut jenis ternakan serta
aktiviti yang dilakukan.
• Pada suhu yang terlalu rendah, ternakan
tidak dapat mengawal keseimbangan suhu
badannya dan ini akan menganggu semua
proses metabolisme dalam badan ternakan.
Ternakan akana mati kesejukkan atau
kepanasan.
KELEMBAPAN
• Pertumbuhan dan pengeluaran ternakan yang
optimum memerlukan kelembapan yang berbeza-
beza mengikut jenis dan sepsis ternakan.
• Pada kelembapan yang terlalu rendah ternakan akan
kehilangan air dari badanya (pengwapan).
• Pada kelembapan yang terlalu tinggi pula wap air di
udara akan disedut semasa pernafasan. Paru-paru akan
dipenuhi wap air yang menganggu proses pernafasan
ternakan
CAHAYA
• Cahaya memainkan peranan yang kecil sahaja
dalam pertumbuhan dan pengeluaran ternakan iaitu
dalam aspek pembiakan ternakan.
• Keberkesanan cahaya ke atas ternakan bergantung
kepada intensiti dan tempoh siang dan malam.
• Kesan pancaran cahaya matahari bergantung
kepada faktor seperti keluasan bahagian badan
ternakan yang terdedah kepada cahaya matahari,
tempoh pendedahan, warna dan tebal bulu badan
ternakan
Kesan iklim ke atas Pengeluaran
Ternakan

Terdapat dua kesan iklim ke atas


pengeluaran ternakan iaitu :

Kesan himpitan secara Kesan himpitan iklim


tidak langsung ke atas secara langsung ke
pengeluaran ternakan atas pengeluaran
ternakan.
Kesan himpitan iklim secara langsung
ke atas pengeluaran ternakan
Perlakuan semasa meragut:

• Suhu yang tinggi dan pancaran


matahari yang terik mengurangkan
selera makan dan ketahanan badan
ternakan semasa meragut. Ini
menyebabkan jangka masa meragut
ternakan akan berkurangan.
Pengambilan makanan:

• Peningkatan suhu persekitaran akan


menyebabkan ternakan mengambil air
belebihan berbanding makanan.
• Pada suhu rendah ternakan akan
menambahkan pengambilan makanan
untuk memenuhi keperluan kenaikan
kadar metabolisme tubuh.
Tumbesaran:
• Suhu persekitaran yang menurun, ternakan
perlu menggunakan makanan yang diambil
untuk bekalan haba tubuh. Penukaran
makanan kepada simpana lemak dan
pembentukan rangka tubuh akan berkurangan,
kadar tumbesaran akan terjejas.
• Apabila suhu meningkat ternakan akan
mengalami tekanan haba yang menyebakan
kurang selera makan. Ini akan mengurangkan
kadar tumbesaran ternakan.
Pengeluaran hasil:

• Suhu persekitaran 20 - 34°C dan


kelembapan 60 - 98% mempengaruhi
pengeluaran hasil ternakan.
• Peningkatan suhu persekitaran akan
menyebabkan tekanan dan akibatnya proses
fisiologo tubuh terganggu yang boleh
mempengaruhi pengeluaran ovum,
pembentukan cengkerang dan penghasilan
susu.
Pembiakan:

• Suhu persekitaran yang tinggi akan


menjejaskan kesuburan ternakan,
kematian embrio dan merencatkan
janin.
• Keadaan lembap akan memudahkan
anak ternakan yang baru dilahirkan
menghidapi gangguan sistem
pernafasan
Kesan himpitan secara tidak langsung
ke atas pengeluaran ternakan
Penghasilan bahan makanan ternakan:
• Taburan hujan yang tinggi akan menggalakkan
pertumbuhan foraj yang banyak dan subur di padang
ragut. Ini akan membekalkan makanan yang banyak
kepada ternakan.
• Iklim yang lembap pula akan menggalakkan
pertumbuhan kulat (Aspergillus flavus) pada
makanan ternakan dan jika ternakan ternakan
makanan yang dicemari oleh kulat ini ternakan
akan mengalami keracunan alatoksin.
Serangan parasit dan penyakit ternakan:
• Suhu dan kelembapan yang tinggi
sering menimbulkan jangkitan mikrob
pada ternakan.
• Taburan hujan yang tinggi pula
menggalakkan pembiakan parasit dalam
dan ini bole menyerang sistem
pencernaan ternakan semasa meragut.
Pengendalian dan penyimpanan hasil
ternakan:
• Hasil ternakan seperti susu, daging dan
telur perlu disimpan pada suhu dan
kelembapan yang sesuai supaya tidak
rosak.
• Apabila kelembapan udara tinggi,
mikroogranisma akan membiak dan
menjalankan proses penapaian kesannya
susu dan daging segar akan busuk
atau berkulat
Cara mengurangkan kesan himpitan
iklim
Tekanan akibat himpitan iklim dapat
dikurangkan melalui :
• mengadakan perumahan yang sempurna
• menanam pokok naungan
• mengamalkan ragutan pada waktu malam
• memilih baka yang toleran terhadap haba
• memberi makanan bernutrien tinggi
Mengadakan perumahan yang sempurna:
• Perumahan yang sempurna melindungi ternakan daripada
iklim melampau seperti suhu, hujan, tiupan angina, cahaya
matahari dan kelembapan, serangan musuh, mengawal
pemberian makanan, mengawal penyakit dan parasit,
memgawal pergerakkan, mengawal pembaian secara bebas
dan memudahkan rawatan.

Ciri sistem perumahan yang sempurna ialah:


• a. ruang lantai yang mencukupi
• b. pengaliran udara dalam reban
• c. kedudukan banguanan dengan prasarana
• d. bekalan cahaya
• e. mudah dibersihkan
Menanam pokok naungan:
• Tekanan haba dapat dikurangkan melalui
penanaman pokok naungan terutama yang
mempunyai kanopi besar di kawasan
meragut.
• Selain melindungi pancaran terik
matahari, pokok akan membebeaskan
oksigen dan memberikan teduhan semasa
ternakan berehat
Mengamalkan ragutan waktu malam:
• Pada waktu malam, suhu sekitar lebih
sejuk ini akan mengurangkan
tekanan semasa haiwan meragut.
• Justeru ternakan meragut lebih
banyak berbanding pengambilan air.
• Tumbesaran Ternakan lebih baik
kerana kesan himpitan iklim telah
dapat dikurangkan.
Memilih baka yang toleran haba:
• Pemilihan baka yang tahan tekanan haba
boleh dihasilkan daripada kacukan baka
tempatan dengan baka iklim sederhana.

• Contoh baka Kedah – Kelantan dikacukan dengan


baka Frisien. Anak yang dihasilkan mewarisi ciri
ketahanan tekanan haba ( diwarisi dari baka Kedah
– Kelantan ) dan pengeluaran susu yang lebih tinggi
( diwarisi dari baka Frisien ).
Memberi makanan bernutrien tinggi:
• Lazimnya setiap ternakan memerlukan
karbohidrat, mineral, vitamin dan
protein.
• Oleh itu makanan yang diberi mestilah
mengandungi semua unsur pemakanan
yang diperlukan dengan kadar yang
seimbang, formulasi makanan sesuai
dengan peringkat umur ternakan

Anda mungkin juga menyukai