Anda di halaman 1dari 3

980727-08-6594

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Pengenalan

Kajian ini bermatlamat untuk mendapatkan satu gambaran yang lebih jelas
terhadap kaedah teknik fertigasi dan perbandingannya dengan teknik tradisional dalam
penanaman timun di Batu 13 ,Ayer Tawar, Perak. Objektif bagi kajian ini adalah
untuk mengenal pasti kaedah teknik fertigasi dan membandingkan kelebihan dan
kekurangan teknik fertigasi berbanding dengan teknik tradisional dalam penanaman
timun di Batu 13 Ayer Tawar, Perak. Bilangan responden yang terlibat dalam kajian
ini ialah 30 orang responden dan 3 orang informen dan majoritinya merupakan pekebun,
petani dan pembekal racun kimia dan baja di Ayer Tawar, Perak. Dalam bahagian ini,
hasil dapatan kajian akan dirumuskan dengan ringkas.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden mengisi skor 1 kepada


soalan (memperolehi maklumat teknik fertigasi melalui MARDI). Hal ini demikian
kerana pihak MARDI (Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia)
memang berusaha memperkenalkan teknik ini dalam kalangan pekebun yang menanam
sayuran berdaun dan sayuran berbuah kerana pihak MARDI mempunyai inisiatif untuk
memimpin para pekebun menunjuk ke arah pemodenan dan pengurusan yang cekap
dalam sektor pertanian. Seterusnya, informen telah menyatakan kelebihan teknik
fertigasi dalam soalan (Pada pandangan anda, apakah kelebihan teknik fertigasi
berbanding dengan teknik tradisional dalam penanaman sayuran berbuah dan sayuran
berdaun?). Informen berasa teknik fertigasi ini dapat mengurangkan penggunaan racun,
menghindar penyakit pokok, penggunaan baja yang cekap dengan mengurangkan
pembaziran, penggunaan buruh yang kurang, kos pengurangan yang kurang serta
masalah rumpai dan tanah yang tidak subur dapat mengatasi. Oleh itu, kebanyakan
pekebun mengaplikasikan teknik ini dalam penanaman sayuran berbuah dan sayuran
berdaun untuk mendapatkan keuntungan yang maksimun dengan mengurangkan kos
pengurusan kebun.

Hasil kajian juga membuktikan bahawa terdapat kekurangan tentang teknik


fertigasi ini dalam soalan (Ketinggian kos permulaan?). Hal ini demikian kerana teknik

28
980727-08-6594

fertigasi memerlukan kos permulaan yang tinggi. Pekebun perlu menyediakan pelbagai
infrastruktur seperti sistem para dalam penanaman timun, poli beg, sistem pengairan
titis , tangki-tangki dan sebagainya seperti yang dijawab oleh informen A dalam temu
bual dalam soalan (Apakah kelemahan teknik fertigasi berbanding dengan teknik
tradisional dalam penanaman sayuran berdaun dan sayuran berbuah?). Informen A
mengatakan sistem fertigasi perlu menyediakan banyak infrastruktur seperti tangki, poli
beg, media seperti coco peat, paip poli, sistem para jika perlu dan sebagainya. Akhirnya
informen juga bersetuju bahawa teknik fertigasi dalam penanaman timun dapat
menghasilkan produk tanaman yang lebih lumayan dan berkualiti dengan
mengeluarkan alasan yang nyata kepada soalan (Adakah hasil keluaran teknik fertigasi
lebih menguntung berbanding dengan hasil keluaran teknik tradisional dalam
penanaman timun?). Sistem pengairan titis yang mengagihkan baja dan racun kepada
setiap tanaman secara seragam membantu setiap tanaman tumbuh dengan sihat
mengikut peringkat.

6.1 KESIMPULAN

Kesimpulannya, hasil kajian telah memberikan bukti yang kukuh bahawa


kaedah teknik fertigasi dalam penanaman timun melibatkan sistem para, sistem
pengairan titisan dan memerlukan penyediaan tapak dan sumber air yang berkualiti.
Kajian juga mendapati kebanyakan pekebun suka merujuk kepada pihak MARDI untuk
mendapatkan maklumat lanjut tentang teknik fertigasi ini dalam sektor pertanian.
Seterusnya, kelebihan dan kekurangan teknik fertigasi berbanding dengan teknik
tradisional dalam penanaman timun dapat dibandingkan . Kajian mendapat bahawa
teknik fertigasi mempunyai kelebihan iaitu, kurang penggunaan buruh, kualiti hasil
keluaran yang tinggi, tanaman lebih tahan terhadap penyakit dan jangka hayat tanaman
lebih panjang. Walau bagaimanapun, teknik ini mempunyai satu kekurangan iaitu
permulaan kos yang tinggi. Berpandukan Dasar Agromakanan (2011-2020), antara
teras kedayasaingannya ialah peningkatan pengeluaran dan produktiviti tanah dan
pekerja. Oleh itu, teknik fertigasi ini berpotensi mencapai teras tersebut dengan
meningkatkan produktiviti penanaman sayuran.

29
980727-08-6594

Pihak kerajaan dan pelbagai agensi seperti MARDI perlu berusaha


memperkenalkan dan mengajar teknik ini kepada para pekebun yang masih
menggunakan kaedah teknik tradisional agar produktiviti tanaman mereka dapat
ditingkatkan. Sehubungan dengan itu, objektif Dasar Agromakanan iaitu meningkatkan
pendapatan kumpulan sasar dan sumbangan kepada pendapatan negara serta menjamin
bekalan makanan mencukupi dan selamat dimakan dapat dicapai melalui peningkatan
produktiviti dalam sektor pertanian dengan menggunakan sains dan teknologi seperti
sistem fertigasi ini.

30

Anda mungkin juga menyukai