Anda di halaman 1dari 6

Keburukan Sistem Fertigasi

1 Modal permulaan yang tinggi

2 Kos baja tinggi serta kekurangan pengetahuan aspek baja.

3 Memerlukan media, suhu dan kelembapan yang sesuai

4 Pengetahuan yang mendalam perihal tanaman

5 Tenaga buruh yang intensif

6 Pengurusan ladang yang berterusan

7 Memerlukan varieti yang sesuai dengan cuaca setempat

8 Risiko kerugian yang tinggi dan

9 Memerlu kualiti airyang baik

10Kerosakan sistem membawa bencana dan rugi

Kebaikan & Kelemahan Sistem Fertigasi

Kebaikan Sisten Tanaman Fertigasi


1.Pembesaran pokok sekata disebabkan pemberian baja mengikut pertubuhan pokok dan hasilnya
tinggi
2 Pemberian baja tidak membazir disebabkan baja hanya diberi dalam kawasan zon akar yang
diperlukan
3.Pokok tahan dari serangga penyakit bakteria yang berpunya dari dalam tanah kerana tanaman
ditanam dalam polybeg
4.Tanaman boleh diprogramkan mengikut musim dan tempat.
5.Kos pengendalian dan kaedah merumput dan meracun boleh dikurangkan dan dikawal
6.Tidak memerlukan tenaga berat dan tanaman bersih dan persekitarannya indah dan cantik
7.Hasil tinggi dan pendapatan lumayan kerana tanaman terpilih sahaja ditanam.
8.Boleh ditanam sepanjang tahun dan pulangan modal cepat.

Kelemahan Sistem Fertigasi


1.Kos Penyediaan dan Pembinaan yang tinggi
2.Pengusaha memerlukan kemahiran dalam bidang tanaman fertigasi
3.Pengurusan yang berterusan.
4.Kerosakan sistem membawa kerugian.
KEBAIKAN & KEKURANGAN SISTEM FERTIGASI

Kebaikan

 Kaedah fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, meningkatkan produktiviti dan kualiti,
menjimatkan masa, mengurangkan penggunaan tenaga buruh serta meningkatkan
kecekapan ladang. Inilah sebab utama fertigasi diminati.

 Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja
berbanding dengan cara-cara lain.

 Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.

 Kekerapan pemberian larutan baja pada kadar yang perlahan dapat memastikan perbezaan
lembapan tanah tidak terlalu besar antara tanah yang kering dengan yang basah.

 Memandangkan kadar penitisan yang perlahan, saiz paip utama dan paip tertier adalah
sangat kecil. Oleh itu kos pembelian paip adalah lebih murah.

 Mengelakkan garam daripada meresap kedalam tanah/mengelakkan pencemaran nutrien.

 Mengelak dijangkiti penyakit bawaan tanah.

Kekurangan

 Saiz lubang tempat keluarnya larutan baja dari penitis adalah kecil. Oleh itu ia mudah
tersumbat disebabkan oleh timbunan garam galian yang terjadi akibat proses penyejatan
larutan baja di antara dua penitisan.

 Timbunan garam galian akan berlaku didalam medium tanaman tanah rendah tropika.
Kejadian ini berlaku sedikit demi sedikit disebabkan berlaku nya proses evapotranspirasi
yang berlebihan akibat cuaca terlalu panas. Timbunan garam ini akan terus berlaku sehingga
medium tanaman menjadi terlalu bergaram (tinggi salinitinya) dan boleh menyebabkan
pokok mati akibat berlaku proses deplamolisis.

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation.Sistem Fertigasi ialah
satu daripada adalah cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro,hidropinik
Aliran Dalam,hidroponik Aliran Cetek,hidroponik static,Aeroponik dan Pemercik Mikro.
Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah saperti tomato,timun jepun,cili
merah,terung,melon,cili sayur strawberi dan juga pokok hiasan.Umumnya tanaman ini untuk
kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran. Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk
mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat saperti
pythium,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah.
Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan
tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam
Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan
merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini
menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah.
Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam
padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan
sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.Peralatan
atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah saperti tangki,tong
stok nutrient,pam,paip poly atau pvc.Dripper,mini tubing,tubing,timer dan perlatan kawalan air dan
baja. Dalam sistem fertigasi air baja diberi mngikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10
minit. Ini bergantung kapada cuaca dan juga kawasan tanaman.
Pembinaan sistem fertigasi sekitar RM 160,000 – RM 180,000 untuk kawasan seluas satu ekar
dengan muatan beg 6-7 ribu. Jumlah tanaman bergantung kepada jenis tanaman. Hasil
pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman diatas kawasan
terbuka. Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun

Kebaikan Sistem Tanaman Fertigasi

 Pembesaran pokok sekata disebabkan pemberian baja mengikut pertubuhan pokok dan
hasilnya tinggi

 Pemberian baja tidak membazir disebabkan baja hanya diberi dalam kawasan zon akar yang
diperlukan

 Pokok tahan dari serangga penyakit bakteria yang berpunya dari dalam tanah kerana
tanaman ditanam dalam polybeg

 Tanaman boleh diprogramkan mengikut musim dan tempat.

 Kos pengendalian dan kaedah merumput dan meracun boleh dikurangkan dan dikawal

 Tidak memerlukan tenaga berat dan tanaman bersih dan persekitarannya indah dan cantik

 Hasil tinggi dan pendapatan lumayan kerana tanaman terpilih sahaja ditanam.

 Boleh ditanam sepanjang tahun dan pulangan modal cepat.

Kelemahan Sistem Fertigasi

 Kos Penyediaan dan Pembinaan yang tinggi

 Pengusaha memerlukan kemahiran dalam bidang tanaman fertigasi

 Pengurusan yang berterusan.

 Kerosakan sistem membawa kerugian.

Fertigasi: Sistem Baja Guna Cara Titisan

1 Reply
Fertigasi cili, terung, tomato, halia dan lain-lain.

Fertigasi adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu fertilizer dan irrigation. Dalam sistem ini,
pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak. Sistem fertigasi juga ialah satu kaedah
tanaman alternatif bagi mengelakkan penyakit bawaan tanah (soil borne disease) seperti pitium, di
samping meningkatkan hasil tanaman. Penyakit bawaan tanah seperti pitium dan fusarium
mengurangkan dan merosakkan hasil tanaman.

Teknik ini adalah kaedah pemberian baja melalui sistem pengairan titis. Dalam sistem ini, cecair baja
disalurkan di dalam pengairan. Ketersediaan nutrien di dalam sistem ini tinggi membolehkan baja
diambil oleh tanaman dengan efisien. Dalam kaedah ini, baja cecair dan baja larut air digunakan.
Peningkatan efisien baja meningkat 80 hingga 90 peratus dengan penggunaan sistem ini.

Kaedah ini banyak digunakan dalam sistem tanaman tanpa menggunakan tanah

Istilah fertigasi dibentuk daripada dua perkataan bahasa Inggeris iaitu fertigation (pembajaan) dan
irrigation (pengairan). Sistem fertigasi menggunakan baja cecair yang dinamakan sebagai larutan
stok. Larutan stok ini dinamakan sebagai baja AB atau baja XY. Kepekatan larutan stok ini biasanya
disediakan 100 kali ganda pekat daripada yang diperlukan oleh pokok.

Terdapat 14 jenis unsur dalam bentuk sebatian diperlukan sebagai asas bagi mendapatkan satu
formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok.

Kalsium nitrat, Ca(NO3)2 disediakan berasingan daripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4.
Ini bagi mengelakkan berlakunya tindak balas kimia dan seterusnya membentuk pemendakan.
Kebiasaannya larutan CA(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan daripada
sebatian lain.

Teknologi fertigasi gantung adalah satu revolusi dalam perusahaan sayur-sayuran dan buah-buahan
bagi memastikan kitaran tanaman sentiasa berkualiti serta konsisten.

Kini, dengan teknologi yang dikembangkan Jabatan Pertanian (DOA) mampu mengoptimumkan
penggunaan tanah untuk industri berkenaan.

Kelebihan teknologi ini juga dapat meningkatkan pendapatan yang baik disebabkan peningkatan
hasil melalui penggunaan baja secara efisien, konsisten dan jangka hayat ekonomik tanaman lebih
lama. Risiko serangan penyakit daripada ‘soil borne’ dapat dikurangkan kerana antara kelebihan
utama sistem ini ialah kedudukan tanaman tidak berada di atas tanah dan sistem pengudaraan yang
lancar.

konsep asas yang membezakan teknologi ini dengan kaedah lain ialah pokok ditanam dalam beg
semaian bermedia secara tergantung berasaskan kayu dan dawai serta tali sebagai penyokong.

Antara tanaman sayur berbuah yang sesuai ialah timun, kacang panjang, petola, terung panjang, cili
dan juga sayuran berdaun sebagai kitaran tanaman. Kelebihan mengamalkan teknik fertigasi
gantung adalah dapat mengurangkan kos tenaga kerja dari sudut kawalan rumpai, kawalan serangga
perosak, penyakit serta kerja memungut hasil.

Secara keseluruhan kos tenaga kerja dan racun kimia dapat dikurangkan hingga 50 peratus
berbanding penanaman secara fertigasi biasa.

Kandungan baja A:

Ca(NO3)2Fe

Kandungan baja B:

KNO3
KH2PO4
MgSO4
MnSO4
CuSO4,
ZnSO4
Asid borik
Ammonium molibdat atau natrium molibdat.

Kaedah Pembajaan Fertigasi Cili

Posted on May 7, 2011 by ysuhaimi

Sepanjang penglibatan sy di dalam industri fertigasi ini banyak betul kaedah – kaedah fertigasi yg
dipratikkan ramai pengusaha. Tetapi semua dimodifikasi drp teknologi MARDI. Ini termasulah
kaedah pembajaan fertigasi.

Secaea overall kita boleh tgk ada 3 kaedah pembajaan fertigasi.

1) Kaedah pembajaan seragam (Buku Manual Fertigasi MARDI). Kalau ikut cara ini pemberian baja
adalah sama drp mula penanaman sehingga tamat. Di mana pada awal transplanting baja kepekatan
rendah (1.8 uS) diberikan kemudian dinaikkan sedikit EC dan kepekatan baja adalah dikekalkn (2.0
uS). Mengikut cara ini, larutan baja diberikan 4-6 kali bagi mencukupi keperluan air pokok. Kaedah
ini mudah digunakan untuk mereka-mereka yang baru berjinak – jinak dengan fertigasi. Kos baja
sangat tinggi.

2) Kaedah kedua mengikut umur dan usia pokok (Buku panduan fertigasi Jabatan Pertanian). Sebagai
contoh pada peringkat 2 minggu EC baja adalah 1.2 kemudiannya pada minggu ketiga adalah 1.4,
minggu keempat EC baja dinaikkan kepada 1.8. Begitu seterusnya sampai peringkat berbuah.
Kepekatan baja pada peringkat pokok berbuah boleh mencecah 2.6 uS. Kaedah ini bagi mereka yang
baru dan telah lama menanam dengan fertigasi. Kaedah juga memerlukan anda satu buku panduan
khas bagi mengetahuai masa-masa untuk menaikkan kepekatan baja. Risiko tinggi jika lambat
menaikkan EC baja dan mampu menggangu pertumbuhan pokok.

3) Kaedah ketiga ini adalah campuran baja fertigasi dan baja foliar. Pemberian dan kepekatan baja
diberikan mengikut umur dan KEADAAN pokok. Bagi menggunakan kaedah ini, pengusaha
memerlukan kemahiran bagi mengenalpasti simptom kekurangan nutrient pada pokok. Bukan untuk
mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan fertigasi. Manakala baja foliar juga mesti menggunakan
baja foliar yang tepat dan betul. Bukan sebarangan foliar boleh pakai kalu tidak, buah dan pokok
rosak. Sila baca artikel saya yang lepas berkenaan foliar. Kaedah ini mampu menjimat baja fertigasi
ab sehingga 70%.

Nak belajar main cara ini boleh contact saya untuk berkursus.

Anda mungkin juga menyukai