Anda di halaman 1dari 9

ROTI

Definisi Roti

Perkataan “roti” berasal dari Bahasa Sanskrit iaitu “rotika.” Ia merupakan satu kumpulan
makanan ruji yang disediakan sama ada melalui cara dibakar, dikukus atau digoreng.
Kebanyakan roti diletakkan garam dalam pembuatan roti sebagai penambah rasa. Sesetengah
roti turut mengandungi rempah dan bijirin.

Roti terbahagi kepada dua jenis, iaitu;

Roti yang dihasilkan dari campuran doh tepung dan yis (iaitu serbuk penaik yang dibenarkan)
dan dibakar di dalam ketuhar. Serbuk penaik merupakan satu bahan yang digunakan dalam
pembuatan roti bagi menghasilkan roti yang lebih gebu, ringan dan mudah dimamah.
Kebanyakan roti di Barat adalah dari jenis ini.Roti yang dihasilkan daripada doh tepung tanpa
tambahan sebarang bahan penaik (seperti yis), antaranya roti canai, roti nan, capati dan
sebagainya. Kebanyakan roti jenis ini berasal dari negara-negara Asia Tengah seperti India.

Disebabkan kandungan gluten yang tinggi (elemen yang memberikan doh sifat kenyal),
gandum merupakan bijirin paling biasa digunakan bagi penyediaan roti. Namun begitu, tidak
semua roti dihasilkan daripada tepung gandum, terdapat juga roti yang dihasilkan daripada
barli, jagung dan oat. Secara amnya, roti mempunyai banyak kelebihan dan sering disebut
dalam hadith Rasulullah SAW.1

1 Abdollahipour, Mahdi, Mohammadali Mahdavirad. A Quranic Explanation on the Variety of Daily Bread. 2012, 53-67.
‫‪Roti Menurut al-Hadith‬‬

‫ك لرإضلي الليهس لعنهس يليسقوُسل‪ ُ:‬إين لخياَططاَ لدلعاَ لرسسوُلل‬ ‫لعن إسحاَلق بإن لعبإد الليإه بإن ألإب طلنلحلة‪ َ،‬ألنيه لإسع ألنلس بن ماَلإ ك‬
‫ل س ل ل نل ل‬ ‫ن‬ ‫ن نل ن ن‬
‫إ إ‬ ‫إ‬ ‫إك‬ ‫إإ ك‬
‫ب إلل لرسسوُل الليه س ن‬
‫خبيطزا‬ ‫إ‬ ‫ت لملع لرسسوُإل الليإه إلل لذل ل‬
‫ك الطيلعاَم‪ َ،‬فليلقير ل‬ ‫س بنسن لماَلك‪ ُ:‬فللذلهنب س‬ ‫الليه لطللعاَم ل‬
‫صنليلعسه‪ َ،‬لقاَلل ألنل س‬
‫ب الدديباَءل إمنن يلينوُإمئإكذ‬
‫صلعإة‪ َ،‬لقاَلل‪ ُ:‬فليلنم أللزنل أسإح د‬ ‫إ‬
‫ت النيإ ي‬
‫ب يليتلتلبيسع الدديباَءل منن لحلوُا لإل النلق ن‬
‫إ‬ ‫إإ‬
‫لولملرطقاَ فيه سدبياَءد لوقلديدد‪ َ،‬فليلرألين س‬
‫‪Terjemahan: Dari Ishak Ibn ‘Abdillah Ibn Abi Talhah, dia mendengar Anas Ibn Malik‬‬
‫‪RA berkata; “Seorang penjahit mengundang Rasulullah SAW untuk menikmati‬‬
‫‪hidangan buatannya sendiri. Anas berkata lagi, maka aku pun pergi bersama‬‬
‫‪Rasulullah SAW. Lalu kami dihidangkan roti, kuah sup mengandungi labu dan daging‬‬
‫‪qadid. Aku melihat Rasulullah SAW sentiasa mencari labu dalam dulang makanan‬‬
‫]‪tersebut. Sejak itu, aku pun turut menyukai labu.” [Hadith riwayat al-Bukhari‬‬

‫صيلىَّ الس لعلنيإه لولسليلم إمنن سخنبإز بيسر لمأنسدوكم ثلللثلةل ألياَكم‪َ،‬‬ ‫ك‬
‫ت‪ ُ:‬لماَ لشبإلع آسل سمليمد ل‬
‫إ إ‬
‫لعنن لعاَئلشةل لرضلي الليهس لعنيلهاَ قلاَل ن‬
‫لحيت للإلق بإاَلليإه‬

‫‪Terjemahan: Dari ‘A’ishah RA berkata: “Keluarga Nabi Muhammad SAW tidak pernah‬‬
‫‪makan roti gandum sehingga kenyang selama tiga hari berturut-turut sehingga bertemu‬‬
‫]‪Allah SWT (wafat).” [Hadith riwayat al-Bukhari‬‬

‫صيلىَّ الس لعلنيإه لولسليلم ثلللثلةل أليياَكم‪ َ،‬تإلباَطعاَ إمنن سخنبإز‬ ‫عن ألإب هرييرلة ألنيه قلاَلل‪ ُ:‬واليإذيِ نلينفإسي بإيإدهإ ماَ لشبإع نلإ إ‬
‫ب الليه ل‬
‫ل ل ل د‬ ‫ل‬ ‫ل ن س لنل س‬
‫انلإنطلإة‪ َ،‬لحيت تليلوُيفاَهس الليهس لعيز لولجيل‬

‫‪Terjemahan: Dari Abu Hurayrah RA berkata: “Demi (zat) yang jiwaku di tangan-Nya,‬‬
‫‪sesungguhnya Nabi Allah tidak pernah makan roti gandum sehingga kenyang selama‬‬
‫]‪tiga hari berturut-turut sehingga Allah mewafatkannya.” [Hadith riwayat Ibn Majah‬‬

‫إ‬ ‫إ‬ ‫إ‬ ‫ك‬ ‫إ‬


‫صيلىَّ الس لعلنيه لولسليلم منن سخنبإز اليشعإي لحيت قسبإ ل‬
‫ض‬ ‫ت‪ ُ:‬لماَ لشبإلع آسل سمليمد ل‬
‫لعنن لعاَئلشلة‪ َ،‬قلاَل ن‬
‫‪Terjemahan: Dari ‘A’ishah RA berkata: “Keluarga Muhammad SAW tidak pernah‬‬
‫‪makan roti barli sehingga kenyang sehingga meninggal dunia.” [Hadith riwayat Ibn‬‬
‫]‪Majah‬‬

‫ت الليلياَإل النسمتللتاَبإلعةل لطاَإوطياَ‪ َ،‬لوألنهلسهس لل لإيسدولن‬ ‫إ‬ ‫إ‬


‫صيلىَّ الس لعلنيه لولسليلم يلإبي س‬
‫لعإن ابنإن لعيباَكس قلاَلل‪ُ:‬لكاَلن لرسسوُسل الليه ل‬
‫خبيسز اليشعإإي‬ ‫إ‬
‫النلعلشاَلء‪ َ،‬لولكاَلن لعاَيمةل سخنبإزهنم‪ َ،‬س ن‬
‫‪Terjemahan: Dari Ibn ‘Abbas RA berkata; “Rasulullah SAW dan keluarganya pernah‬‬
‫‪berlapar selama beberapa malam berturut-turut kerana tidak ada makanan. Jenis roti‬‬
‫]‪yang sering mereka makan adalah roti barli.” [Hadith riwayat Ibn Majah‬‬

‫صييلىَّ السي لعلنييإه ولسيليم إمينن سخنبيإز اليشيعإ نإي يليوُلم ن إ‬ ‫ك‬ ‫إ‬ ‫إ‬
‫ي‬ ‫ن‬ ‫ل ل‬ ‫لعينن لعاَئنلشيية لرضيلي الليهس لعنيلهيياَ ألنييلهيياَ قيلياَل ن‬
‫ت‪ ُ:‬لميياَ لشيبللع آل سمليميد ل‬
‫صيلىَّ الس لعلنيإه لولسليلم‬ ‫إ‬
‫ض لرسسوُسل ال ل‬ ‫ي لحيت قسبإ ل‬ ‫سمتللتاَبإلع ن إ‬
Terjemahan: Dari ‘A’ishah RA berkata: “Keluarga Nabi SAW tidak pernah makan roti
barli sehingga kenyang selama dua hari berturut-turut sehingga Rasulullah SAW
wafat.” [Hadith riwayat Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah]

‫ت النيإب أللكل لعليىَّ سسيسكدرلجكه قلي د‬


‫َ لولل سخبإيلز ليهس سمرقييدق قلي د‬،‫ط‬
َّ‫ط لولل أللكيلل لع يليى‬ ‫إ‬ ‫عن ألنل إ‬
‫ل‬ ‫ُ لماَ لعلنم س ل ل‬:‫س لرضلي اللهس لعنهس قلاَلل‬ ‫لن ل‬
‫إ‬ ‫إ‬ ‫سخوُاكن قل د‬
‫ُلعللىَّ الدسلفإر‬: ‫ُفليلعلللم كاَلنيسنوُا يلأنسكلسنوُلن؟َ قلاَلل‬: ‫ُّ قنيلل للقلتاَلدلة‬.‫ط‬ ‫ل‬
Terjemahan: Dari Anas Ibn Malik RA berkata: Aku tidak pernah mengetahui Nabi SAW
makan di atas piring kecil dan baginda tidak pernah dihidangkan dengan roti daripada
gandum halus dan tidak pernah makan di atas meja makan. (Maka) seseorang pun
bertanya kepada Qatadah: “Di atas apakah keluarga Rasulullah makan?” Qatadah
menjawab: “Di atas hamparan ini (yang diperbuat daripada kain atau kulit) [Hadith
riwayat al-Bukhari, al-Tirmidhi dan Ibn Majah]

Manfaat dan Khasiat Roti

Roti merupakan salah satu amalan pemakanan Rasulullah SAW. Ia juga merupakan makanan
paling tua semenjak zaman Neolitik. Pada zaman Mesir Kuno, penghasilan roti merupakan
salah satu bahagian penting dalam penyediaan makanan. Orang-orang Mesir mencipta ketuhar
tertutup (oven) pertama khusus untuk pembakaran roti. Selain itu, roti merupakan makanan
ruji utama dalam diet kebanyakan penduduk Eropah.

Selama beberapa generasi, roti putih dianggap makanan bagi orang kaya sementara roti gelap
dianggap sebagai makanan orang miskin. Bagaimanapun, konotasi ini berubah pada abad ke
20 apabila roti gelap dianggap mempunyai kandungan zat lebih tinggi berbanding roti putih.2

Menurut kitab al-Tibb al-Nabawi, roti terbaik ialah roti yang mengandungi ragi dan roti
adunan. Antara kategori roti terbaik lain ialah roti yang dibakar di atas tungku, dalam ketuhar
dan di bawah bara panas menggunakan tepung segar. Roti yang paling berkhasiat adalah roti
semolina yang boleh dicerna secara perlahan-lahan oleh kerana mengandungi jumlah dedak
yang sedikit. Roti berkhasiat lain antaranya ialah roti pucat dan roti gandum merah. Masa
terbaik untuk memakan roti ialah pada akhir hari jika dibakar. Roti yang lembut lebih ringan,
lebih berkhasiat, melembapkan dan lebih cepat dicerna. Manakala roti kering mempunyai sifat
sebaliknya.3

Terdapat banyak kajian saintifik yang membuktikan bahawa roti dari bijirin mengandungi
pelbagai khasiat untuk tubuh badan. Antaranya vitamin, mineral, karbohidrat, lemak, minyak
dan protein. Dalam piramid makanan misalnya, bijirin dikategorikan dalam kelompok
makanan yang perlu diambil dengan kuantiti banyak iaitu antara 11 hingga 12 sajian sehari.
Ini kerana ia membekalkan tenaga untuk menjalankan aktiviti seharian.4

2 Norkumala Awang, Pemakanan yang Sihat Menurut Perspektif Islam, (Kuala Lumpur, Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2011), Cet.
I, 20.
3 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, (terj.) Nabilah Abd. Jalil, Perubatan Rasulullah; Kenapa Rasulullah Sentiasa Sihat? (Selangor: Al-Hidayah
Publishers, 2013), 385.
4 Waines, David. Cereals, Bread and Society: An Essay On The Staff Of Life In Medieval Iraq. Journal of the Economic and Social
History of the Orient, 1987, 255-285.
Menurut Dr. ‘Id Ahmad Mahmud, Dr. Islam Ahmad Mushthafa dan Dr. Affat Abdul-Hamid
Athiyah, berdasarkan beberapa kajian biologi, roti memiliki beberapa kegunaan iaitu
menurunkan kadar glukosa dan kolesterol mikro, menurunkan lipid, urea darah serta
mengurangkan beban hati SGPT-SGOT.5

Misalnya roti gandum yang dihasilkan daripada bijian penuh (whole grain) yang belum
diproses kaya dengan serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folik dan anti oksidan. Kandungan
karbohidrat kompleks dalam roti tersebut mampu memberikan rasa kenyang lebih lama. Ia
mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana mengandungi kadar protein,
serat dan vitamin E lebih tinggi yang mengurangkan kolesterol dan risiko penyakit jantung.

Selain itu, roti mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60%
karbohidrat setiap hari bagi membekalkan tenaga. Ia mempunyai zat-zat logam, vitamin dan
serat untuk kepentingan kesihatan manusia. Selain itu, bagi yang sedang mengamalkan diet,
pengambilan nasi sebagai makanan ruji boleh diganti dengan roti gandum dan barli.

Roti pada hari ini dihasilkan secara besar-besaran bergantung kepada kepelbagaian proses
dalam industri. Di kebanyakan negara termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang-kilang besar,
sesetengahnya mampu menghasilkan sehingga suku juta buku roti dalam sehari. Dalam usaha
untuk menghasilkan roti dengan cepat dan tahan lebih lama, industri pembuatan roti
menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan termasuk enzim ubah
suai genetik yang dikelaskan sebagai “alat bantuan bakar.”

Roti pada hari ini menjadi lembut oleh sebab mengandungi lebih banyak air dan kurang
sumber bijirin semula jadi. Apa yang pengguna peroleh merupakan makanan bermutu rendah.
Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam pembuatan roti
moden dan kesannya kepada kesihatan. “Kini, teknologi mempunyai cara lebih pintar untuk
mencemari roti, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana
kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti.”6

5 Mustafa al-Adawi, Makanan Sunnah Nabi, (Selangor: Jasmin Publications, 2013), 175.
6 Akhbar British, The Independent dalam artikel, “The Shocking Truth About Bread,” akses pada 29 Ogos 2006.
AL-THARID (ROTI BERKUAH)

Definisi Al-Tharid

Gabungan dua jenis makanan disebut tharid iaitu berkait rapat dengan tradisi masyarakat
Quraish. Makanan ini menggabungkan antara serpihan roti ke dalam bubur daging dan
sayuran berserta haise (campuran kurma, keju dan susu).7 Manakala menurut Ensiklopedia
Mukjizat al-Quran dan Sains, tharid adalah roti yang direndam ke dalam kuah.8 Manakala
menurut Ibn Hajar, tharid adalah roti yang dicecah bersama kuah daging.9

Al-Tharid Menurut al-Hadith

‫ُ فل ن‬:‫ت لرسسوُلل الليإه يليسقوُسل‬ ‫إ‬ ‫إك إ‬ ‫إ‬ ‫إ يإ إ إ‬


‫ضسل‬ ‫ُ لسنع س‬:‫س بنلن لماَلك لرضلي الليهس لعنهس يليسقوُسل‬ ‫إ‬
‫َ ألنيهس لسلع ألنل ل‬،‫لعنن لعنبد الله بنن لعنبد اليرنحلن‬
‫ضإل الثيإريإد لعللىَّ لساَئإإر الطيلعاَإم‬ ‫إ‬
‫لعاَئإلشةل لعللىَّ النلساَء لكلف ن‬
Terjemahan: Dari ‘Abdillah Ibn ‘Abd al-Rahman, dia mendengar Anas Ibn Malik RA
berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; “Keutamaan ‘A’ishah RA
mengatasi wanita lain adalah seperti keutamaan al-Tharid mengatasi keseluruhan
makanan lain.” [Hadith riwayat al-Bukhari]

Manfaat dan Khasiat Al-Tharid

Rumusannya, al-Tharid merupakan roti yang dicecah bersama kuah daging. Menurut Ibn
Qayyim al-Jawziyyah, roti merupakan makanan asas yang paling baik, sementara daging ialah
penghulu bagi lauk-pauk.10

Jika kedua-duanya dihimpunkan, tiada makanan yang dapat menandingi kualitinya.11


Rasulullah SAW memberi darjat kepada al-Tharid kerana roti merupakan makanan asas yang
paling baik. Memadai apabila ia dimakan bersama daging.

Daging membekalkan tubuh manusia dengan protein bagi menyokong proses tumbesaran dan
perkembangan. Protein membekalkan tenaga kepada tubuh dan diperlukan untuk pembuatan
hormon, antibodi, enzim dan tisu. Protein juga berfungsi mengekalkan keseimbangan asid
alkali dalam tubuh. Sumber protein yang paling kaya ialah daging. Manfaat kedua-dua elemen
protein dan karbohidrat dapat diambil hanya dari makanan seperti al-Tharid.

7 B. Lewis, Ch. Pellat, J. Schact, The Encyclopedia of Islam, (Netherlands: E.J.Brill, Leiden, 1970), 11: 1059.
8 Hisham Thalhah, et. al. Ensiklopedia Mukjizat al-Quran dan Sains, 224.
9 Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari (Riyadh: Dar al-Tayyibah li al-Nashr wa al-Tawzi’,
2006), 12: 337.
10 Ahmad Adnan Fadzil, 101 Hadis Pengubatan Rasulullah daripada Shahih al-Bukhari, (Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd), 55.
11 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, (terj.) Nabilah Abd. Jalil, Perubatan Rasulullah; Kenapa Rasulullah Sentiasa Sihat? (Selangor: Al-Hidayah
Publishers, 2013), 375.
TALBINAH (BUBUR)

Definisi Talbinah

Berdasarkan penelitian, terdapat empat definisi berhubung talbinah;

Pertama;
Talbinah merupakan sup atau bubur daripada tepung barli yang dikisar bersama brannya; iaitu
dimasak bersama barli yang dikisar atau tepung barli, dan bukannya dengan bijirin barli. Bran
merupakan kulit luar keras barli, jagung, beras, gandum dan bijirin yang lain. Bran biasanya
diasingkan daripada isi semasa mengilang. Bran mempunyai kandungan serat yang tinggi.
Bran mengandungi zat besi, niasin, fosforus, protein, kanji dan vitamin B.12

Kedua;
Talbinah merupakan sejenis minuman yang dibuat daripada bijirin barli yang dicampur
dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis. Minuman ini dinamakan
talbinah oleh kerana warnanya putih seperti warna susu.13

Ketiga;
Talbinah merupakan air rebusan biji gandum yang warnanya menyerupai putih susu. Ia
mempunyai nilai gizi yang lebih banyak daripada tepung gandum.14

Keempat;
Menurut kitab al-Tibb al-Nabawi karangan Ibn Qayyim al-Jawziyyah pula, talbinah
didefinisikan sebagai sejenis kanji dari gandum atau bijirin lain yang sudah ditumbuk
sehingga membentuk rebusan yang pekat atau bubur. Dipanggil dengan talbinah kerana
warnanya yang putih dan keadaannya yang cair menyerupai susu. Kadang kala turut dicampur
madu.15 Dalam kalangan penduduk Hijjaz, talbinah lebih baik daripada air tepung yang
belum ditumbuk.16

12 Ahmad Adnan Fadzil, 101 Hadis Pengubatan Rasulullah daripada Shahih al-Bukhari, (Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd), 140.
13 Faszly Rahim, et al. Indahnya Pemakanan dan Perubatan Islam, (Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. 2015), 48.
14 Mustafa al-Adawi, Makanan Sunnah Nabi, (Selangor: Jasmin Publications, 2013), 174.
15 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, al-Tibb al-Nawawi, (Makkah: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, 1991), 141.
16 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, (terj.) Nabilah Abd. Jalil, Perubatan Rasulullah; Kenapa Rasulullah Sentiasa Sihat? (Selangor: Al-Hidayah
Publishers, 2013), 373.
Talbinah Menurut al-Hadith

‫ض ولإنلمحزوإن لعللىَّ انلاَلإ إ‬ ‫ُ ألنييهاَ لكاَنلت تلأنمر بإاَلتيينلبإ إ إ‬:َ‫َ عن عاَئإشةل رإضي الليه عنيها‬،‫عن عرولة‬
‫ت‬
‫َ لولكاَنل ن‬،‫ك‬ ‫ل‬ ‫ي لنللمإري إ ل ل ن س‬ ‫ن سس‬ ‫ل ن سن ل ل ن ل ل ل ل س ل ل ل‬
‫ض انلسنزإن‬‫ب إببلينع إ‬
‫ض لوتلنذله س‬‫ُ إين التيينلإبينلةل سإتدم فسيلؤالد النلمإري إ‬:‫ت لرسسوُلل الليإه يليسقوُسل‬ ‫إ‬
‫تليسقوُسل إنن لسنع س‬
Terjemahan: Dari ‘Urwah RA (Ibn al-Zubayr), dari ‘A’ishah RA, dia (‘A’ishah RA)
telah memerintahkan agar dijamu talbinah kepada orang yang sakit dan orang yang
dalam kesedihan kerana kemusnahan dialami (kematian seseorang). Dia (‘A’ishah RA)
berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; “Sesungguhnya talbinah
mententeramkan hati orang sakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan.” [Hadith
riwayat al-Bukhari]

‫إ‬ ‫إ‬ ‫إ إ‬ ‫إ‬


‫ُ لعلنيسكنم إباَلتيينلإبينلة فللحدسوُهس‬:‫َ قلاَلل‬،‫ُ إين فسللنطاَ لوجدع لل يلطنلعسم الطيلعاَلم‬:‫ُ لكاَلن لرسسوُسل الليه إلذا قيلل لسه‬:‫ت‬ ‫لعنن لعاَئلشةل قلاَل ن‬
‫َ فليلوُاليإذيِ نلينفإسي بإيلإدهإ إنييلهاَ للتلينغإسلس بلطنلن أللحإدسكنم لكلماَ يلينغإسلس أللحسدسكنم لونجلههس إباَلنلماَإء إملن النلوُلسإخ‬،َ‫إيياَلها‬

Terjemahan: Dari ‘A’ishah RA berkata; apabila diberitahu kepada Rasulullah SAW, ada
seseorang yang lapar (disebabkan) tidak lalu makan. Maka baginda SAW pun bersabda;
“Hendaklah kamu memberinya talbinah. Berikan agar dia menghirupnya. Demi Allah
SWT yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya talbinah itu membersihkan perut
seseorang dari kamu sebagaimana kamu membersihkan wajahnya dengan air dari
kekotoran.” [Hadith riwayat Ahmad Ibn Hanbal]

‫إإ‬ ‫إ‬
َ‫َ سثي تليلفيرقنلن إيل ألنهللها‬،‫ك النلساَسء‬ ‫َ لفاَنجتللملع للذل ل‬،َ‫ت إمنن ألنهللها‬ ‫ت النلمين س‬ ‫ت إلذا لماَ ل‬ ‫ب ألنييلهاَ لكاَنل ن‬
‫إ‬
‫لعنن لعاَئلشةل لزنوإج النيإ ن‬
‫َ فلإنن‬،َ‫ُ سكنللن إمنيلها‬:‫ت‬ ‫َ فل إ‬،‫َ فلطسبإخت سثي صنإع ثلإريدد‬،‫ت إببيرمكة إمن تلينلإبينلكة‬
‫َ سثي قلاَل ن‬،َ‫صبيت التيينلإبينلةس لعلنلييلها‬ ‫س‬ ‫ل ن سل‬ ‫صتليلهاَ أللملر ن س ن ل ن‬ ‫لولخاَ ي‬
‫ض انلسنزإن‬ ‫ب إببلينع إ‬ ‫ُ التيينلإبينلةس سإميمةد لإسفلؤاإد النلمإري إ‬:‫ت لرسسوُلل الليإه يليسقوُسل‬
‫ض تلنذله س‬ ‫لسنع س‬
‫إ‬

Terjemahan: Dari ‘A’ishah RA, isteri Nabi SAW bahawa apabila seseorang meninggal
dunia dalam kalangan ahli keluarganya, kaum wanita akan berkumpul bagi tujuan itu.
Kemudian mereka semua beredar melainkan ahli keluarga dan kerabat rapatnya. Lalu
dia (‘A’ishah RA) meminta supaya dibawakan sejumlah talbinah lantas dimasak.
Setelah itu, tharid (potongan kecil roti yang dicampur dengan air rebusan daging)
disediakan, seterusnya talbinah dituangkan ke atasnya. Kemudian, dia (‘A’ishah RA)
berkata; Makanlah ia, kerana sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda;
“Talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan.”
[Hadith riwayat al-Bukhari]

Manfaat dan Khasiat Talbinah

Melalui pemahaman dari hadith Nabi SAW, talbinah merupakan makanan yang lembut dan
mudah dihadam. Ini menjadikan talbinah amat sesuai untuk orang yang sedang sakit atau
dalam kedukaan. Oleh itu, Rasulullah SAW telah mengesyorkan pengambilan talbinah bagi
mereka yang sedang ditimpa musibah.
Menurut kitab al-Tibb al-Nabawi, talbinah bermanfaat untuk menghilangkan batuk dan suara
garau, melancarkan kencing, membersihkan bahagian perut dan menurunkan panas badan.
Biji gandum juga berfungsi menyembuhkan beberapa penyakit seperti hati, demam, sakit
dada, tekanan darah tinggi, kanser, sakit perut, jangkitan, lemah jantung, lemah syahwat,
radang saluran kencing serta menyembuhkan demam dan badan menggigil. Selain itu, ia juga
berfungsi mengurangkan lemak dalam darah serta menyeimbangkan kadar gula dan tekanan
dalam darah.17

Mengenai khasiat talbinah dari sudut yang lain, Ibn Tarkhan pernah mengatakan bahawa;
“Jika kamu ingin mengkaji manfaat yang ada pada talbinah, kajilah manfaat barli itu
sendiri.”18

Barli merupakan sejenis bijirin yang hampir menyerupai gandum. Barli dikatakan merupakan
bahan masakan paling awal yang dikenali manusia sejak zaman lampau. Suatu ketika dahulu,
tepung barli merupakan bahan utama untuk pembuatan roti sehingga kurun ke-16 Masihi.
Kemudian beralih kepada tepung gandum kerana kandungan gluten19 lebih tinggi
menjadikannya lebih sesuai dibuat roti.20

Dalam 100 gram barli, ia mengandungi karbohidrat (73.4 g), lemak (2.3 g), besi (3.6 mg),
fosforus (264 mg), mangan (1.9 mg), protein (12.4 g), kalsium (33 mg), magnesium (133 mg),
potassium (452 mg), vitamin A, E dan B6.

Dari segi pengubatan, barli bermanfaat untuk mengubati penyakit-penyakit yang berkait
dengan dada (seperti batuk kering), selesema yang berlarutan, lemah hati, tumbesaran yang
lambat bagi kanak-kanak, kelemahan pada perut dan usus, kelemahan rembesan cairan
hempedu, radang usus, cirit birit, disenteri (berak berdarah), typhoid atau tifoid (demam
kepialu), radang pada pundi kencing dan buah pinggang, meredakan demam dan masalah
tekanan darah.21

Kajian-kajian yang dibuat turut menunjukkan bahawa talbinah sangat berperanan


mengurangkan kadar kolesterol tidak baik dalam darah. Talbinah juga dapat mengatasi
masalah darah tinggi oleh kerana kandungannya yang kaya dengan kalium berfungsi
menyeimbangkan garam dan air di dalam tubuh. Selain itu, talbinah berfungsi melancarkan
air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada lebihan bahan cecair.

Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan serat yang tidak boleh larut yang
diperlukan tubuh. Serat-serat tersebut membantu mengawal tahap gula dan lemak darlam
darah. Talbinah boleh mengatasi masalah pergerakan oksigen yang bergerak secara
bersendirian (oksigen radikal) di dalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit kanser.

Selain itu, kandungan talbinah yang kaya dengan vitamin A juga membantu mengawal
penyakit kanser daripada merebak. Bahan antioksidan yang terdapat dalam talbinah akan
mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dinding sel bagi menentang
kuman-kuman yang merosakkannya.22

17 Mustafa al-Adawi, Makanan Sunnah Nabi, (Selangor: Jasmin Publications, 2013), 174.
18 Mahmud Nadzim al-Nasimi, al-Tibb al-Nabawi wa Ilm al-Hadith, (Lubnan: Muassasah al-Risalah, 1996), 3: 302-303.
19 Gluten: bahan protein lekit yang terdapat dalam tepung terutamanya tepung gandum.
20 Ahmad Adnan Fadzil, 101 Hadis Pengubatan Rasulullah daripada Shahih al-Bukhari, (Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd), 141.
21 ‘Abd al-Karim al-Tajuri, al-‘Illaj bi al-Talbinah, (Mesir: al-‘Asr al-Tiba‘ah, 1999), 58-59.
22 Faszly Rahim, et al. Indahnya Pemakanan dan Perubatan Islam, (Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. 2015), 49.
Antara bahan yang dapat melawan penyakit kemurungan (depression) yang terkandung dalam
talbinah ialah seperti asid amino, mineral, vitamin B dan antikoksidan. Talbinah sesuai
dimakan oleh orang yang mengalami demam, kurang selera makan atau menghidapi masalah
pencernaan. Ia juga membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit
sembelit yang lama, mengawal daripada penyakit kanser usus, penyakit celiac disease (iaitu
penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap
lemak, vitamin dan zat yang diperlukan oleh tubuh) serta merawat kegemukan dan penyakit
berbahaya yang lahir akibat kegemukan.

Selain itu, talbinah juga dapat membantu mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana
mengandungi hormon prostaglofin, iaitu hormon yang pendorong tidur. Talbinah memainkan
peranan penting dalam mengatasi masalah pertembungan oksigen yang bergerak secara
berasingan dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh dicerna pada dinding sel yang
boleh menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh. Zarah-zarah oksigen biasanya akan berpasangan
dan apabila zarah-zarah oksigen itu berasingan, zarah-zarah tersebut akan bergerak secara
tidak menentu untuk mengejar pasangannya yang akan menyebabkan berlakunya
pertembungan.

Zarah oksigen yang berasingan itu jika berkumpul pada dinding saluran darah boleh
menyempitkan saluran darah dan jika berkumpul pada kulit, boleh menyebabkan berlaku
penuaan yang cepat dan mewujudkan kedutan pada kulit. Jika zarah tersebut berkumpul di
bahagian otak, daya ingatan boleh terjejas dan berkemungkinan hilang daya ingatan.
Kandungan vitamin A dan E yang banyak dalam talbinah dipercayai dapat mengatasi masalah
ini dari berlaku.23

23 Faszly Rahim, et al. Indahnya Pemakanan dan Perubatan Islam, (Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. 2015), 50.

Anda mungkin juga menyukai