Anda di halaman 1dari 21

REDHA

&
TAWAKKAL
 Menurut bahasa : redha berasal dari kata radhiya-yardha yang
bererti menerima suatu perkara dengan lapang dada tanpa
merasa kecewa ataupun tertekan.

 Menurut istilah : Pengertian redha ialah menerima dengan rasa


senang dengan apa yang diberikan oleh Allah baik berupa
peraturan (hukum) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan
daripada Allah.
 Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu
orang yang beriman.
(Surah Ali Imran ayat 139)

 Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada


Allah.
 Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu
orang yang beriman.
(Surah Ali Imran ayat 139)

 Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada


Allah.
 Redha berkaitan dengan perkara keimanan yang terbahagi kepada
dua :

1. Redha Allah kepada hamba-Nya


2. Redha hamba kepada Allah

 Redha Allah kepada hamba-Nya adalah merupakan tambahan


kenikmatan, pahala, dan ditinggikan darjat kemuliaannya.

 Redha seorang hamba kepada Allah adalah menerima aturan dan


ketetapan dari Allah.
 Dari definisi redha tersebut terkandung isyarat bahawa redha
bukan bererti menerima begitu sahaja segala hal yang menimpa
kita tanpa ada usaha sedikitpun untuk mengubahnya.

 Redha tidak sama dengan pasrah. Ketika sesuatu yang tidak


diinginkan datang menimpa, kita dituntut untuk redha. Dalam
pengertian kita meyakini bahawa apa yang telah menimpa kita itu
adalah takdir yang telah Allah tetapkan, namun kita tetap dituntut
untuk berusaha.
Allah berfirman :

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah


keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan
yang ada pada diri merekasendiri.”
(QS 13: 11).
 Syeikh Abu Ali ad-daqaq: Redha itu tiada diisyaratkan ia tiada
merasa kesakitan atau bebanan. Sesungguhnya redha itu tiada
menyangkalkan hukum Allah dan qadak-Nya.

 Redha kepada hukum Allah dan Qadar-Nya, bukan semestinya


Redha pula kepada Maksiat dan kufur.
 Redha Dengan Qada' :

 Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang


telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa
musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di
antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang
suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid )
baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan
senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan


Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi
sempurnalah kebaikan ".
 Redha Dengan Rezeki Yang Ada :

Di dalam konteks redha pada menerima ketentuan Ilahi, juga


termasuk redha ( qana'ah ) menerima rezeki yang dianugerahkan
oleh Allah s.w.t. banyak atau sedikitnya.Didalam sifat qana'ah
dengan pemberian Allah itu terdapatnya mutiara kebahagiaan
bagi orang mukmin.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :


" Sungguh berbahagialah orang yang masuk Islam , rezekinya
sederhana dan berhati puas ( qana'ah ) menerima segala
pemberian Allah ".
( Riwayat Muslim )
Tawakal atau tawakkul bererti mewakilkan atau menyerahkan.
Dalam agama Islam tawakal bermaksud berserah diri
sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi atau menunggu
keberhasilan sesuatu pekerjaan, atau menanti akibat dari suatu
keadaan.
Tawakkal adalah suatu sikap seorang yang merupakan hasil dari
keyakinannya yang bulat kepada Allah, kerana di dalam ajaran
tauhid meyakini bahawa hanya Allah yang menciptakan segala-
galanya, pengetahuanNya Maha Luas, Dia yang menguasai dan
mengatur alam semesta ini. Keyakinan inilah yang mendorong
untuk menyerahkan segala persoalan kepada Allah. Hati akan
berasa tenang dan tenteram serta tidak ada rasa curiga, kerana
kebergantungan kepada Allah Yang Maha Bijaksana .
Imam al-Ghazali

 Tawakkal ialah menyandarkan kepada Allah swt tatkala


menghadapi suatu kepentingan, bersandar kepadaNya
dalam waktu kesukaran, teguh hati tatkala ditimpa
bencana disertai jiwa yang tenang dan hati yang
tenteram.
 Menurut Abu Zakaria Ansari, tawakkal ialah
"keteguhan hati dalam menyerahkan urusan kepada
orang lain". Sifat yang demikian itu terjadi sesudah
timbul rasa percaya kepada orang yang diserahkan
urusan tadi. Ertinya, dia betul-betul mempunyai sifat
amanah (dipercayai) terhadap apa yang diamanatkan
dan dia dapat memberikan rasa aman terhadap orang
yang memberikan amanat tersebut.
•Nabi SWT adalah orang yang paling hebat tawakalnya.
Apabila ingin bermusafir, baginda tetap membawa
perbekalan. Begitu juga apabila ingin berangkat ke medan
peperangan Uhud beliau mengenakan dua lapis baju perang
(HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah).

•Demikian juga ketika berangkat untuk berhijrah beliau juga


memilih orang sebagai penunjuk jalan (HR. Bukhari) dan
baginda tidak mengucapkan, “Saya berhijrah dan akan
bersandar kepada Allah, tanpa mencari teman untuk
menunjukkan jalan bersamaku”. Dan baginda juga melindungi
tubuhnya dari sengatan panas dan dinginnya cuaca. Namun
begituhal itu tidak mengurangi tawakal yang ada pada diri
baginda S.A.W.
1. Bertawakal kepada-Nya dalam rangka meraih kepentingan
peribadi hamba berupa rezeki, kesihatan dan sebagainya.
•Tawakal ini memiliki tujuan yang baik meskipun bukan dinilai
ibadah kerana ianya berkaitan dengan kepentingan peribadi
(duniawi) seorang hamba. Maka bertawakal kepada Allah untuk
meraih tujuan itu dinilai sebagai ibadah dan hal itu merupakan
sumber berkembangnya kemaslahatan agama dan dunianya.

2. Bertawakal kepada-Nya dalam rangka meraih keredhaan-Nya.


• tujuan yang hendak digapai adalah ibadah maka tidak ada salah
padanya kerana ianya merupakan permohonan kepada Allah
untuk menggapai sesuatu yang diredhai-Nya. Oleh sebab itu
pelaku tawakal jenis kedua ini adalah orang yang benar-benar
merealisasikan makna Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin
1. Mujahadah
Orang yang bertawakal selalu bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan
suatu urusan
- Contoh :Seorang pelajar yang bertawakal akan belajar dengan
sungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang
baik

- Orang yang bertawakkal akan membuat segala urusan dengan bersungguh


– sungguh dan tekun.
2. Berdo’a
Segala sesuatu ada dalam genggaman Allah SWT, berdo’a adalah
melambangkan betapa kecilnya kita di hadapan Allah SWT.
Orang yang tidak pernah berdo’a menunjukkan sifat takabur, padahal
segala usaha yang
kita lakukan jika Allah tidak mengizinkan tidak akan
terjadi. Suruhan berdo’a diperintahkan oleh Allah SWT,
seperti dalam firman-Nya : “ Berdo’alah kalian nescaya
akan Aku kabulkan “
3. Bersyukur
Mensyukuri segala apa yang diperoleh tanpa melihat besar
kecilnya sesuatu yang diperoleh merupakan ciri tawakal.
Dengan bersyukur pada apa yang diperoleh, kita akan selalu
merasa puas, senang, dan bahagia. Seperti dalam firman Allah :
“ Bersyukurlah kepada-Ku nescaya akan aku tambah
nikmatnya, tapi jika tidak bersyukur sesungguhnya azabku
teramat pedih “
4. Sabar
Dari kesemuanya itu, apa pun takdir Allah SWT yang terjadi
pada kita, baik kegagalan, penyakit, kesusahan, bencana,
kekayaan, pangkat, dan sebagainya, kita harus sabar
menerimanya.
Dengan kesabaran, segala apa yang menimpa pada kita, jika itu
suatu musibah tidak akan menjadikan kita putus asa…, dan
jika itu suatu kesenangan tidak akan menjadikan kita lupa diri.
Firman Allah Taala :
ُ‫َو َت َو َّك ْل َع َلى ْال َحي َّال ِّذى َال َي ُم ْوت‬
ِّ
Dan bertawakkallah engkau kepada Allah, zat yang Maha hidup
dan tidak mati.
ُ‫هللا َف ُه َو َح ْس ُبه‬ ْ َّ َ َ ْ
ِّ ‫َو َمن يتوكل على‬
َ َ َ
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah
sudah cukup baginya (untuk bergantung harap).
Sabda Rasulullah s.a.w :
َّ ُُ ‫َل ْو َا َّن ُك ْم َت َت َو َّك ُل ْو َن َع َلى هللا َح َّق َت َو ُّك َ َ َز ََق ُك ْم َك َمَ َي ْر ُز‬
ََ‫الَّ ْْ َر َت ْْ ُُ ِ َمَاَ َو َت ُر ْو ُح بََّن‬
ِّ ِّ ‫ِّل ِّه لر‬ ِّ

Andaikata kamu semua bertawakkal kepada Allah dengan sebenar -


benar tawakkal, nescaya Allah memberikan rezeki kepadamu
sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung. Ia pergi pagi
hari dalam keadaan perut kosong dan pulang pada petang hari
dalam keadaan perut kenyang.
Dicukupkan rezekinya dan merasakan ketenangan
"Dan, barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya
Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya
Allah melaksanakan urusan yang yang dikehendaki-Nya"(At
Thalaq 33).
Dikuatkan dan dijauhkan dari Syaitan.
"Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-
orang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya"(An Nahl:99)
Termasuk juga umat Nabi Muhammad yang masuk syurga tanpa
dihisab.

Di dalam hadits diriwayatkan, Nabi S.A.W pernah menyebutkan


bahawa di antara umatnya ada tujuh puluh ribu orang yang masuk
syurga tanpa hisab. Kemudian beliau bersabda,
"Iaitu mereka yang tidak mencuri, tidak membuat ramalan
yang buruk-buruk dan kepada Rabb mereka bertawakal".
(Diriwayatkan Al-Bukhari dan Muslim)
•1. Ma’rifat kepada Allah SWT dengan segala sifat-sifat-Nya - meliputi
tentang kekuasaan-Nya keagungan-Nya, keluasan ilmu-Nya, keluasan
kekayaan-Nya, bahawa segala urusan akan kembali pada-Nya, dan segala
sesuatu terjadi kerana kehendak-Nya, dsb.

•2. Memiliki keyakinan akan keharusan melakukan usaha. Sesiapa yang


menafikan keharusan adanya usaha, maka tawakalnya tidak benar sama
sekali. Seperti seseorang yang ingin pergi menunaikan haji di Mekah,
tetapi tidak pergi mendaftar haji dan menyelesaikan urusan-urusan
berkaitan.

3. Adanya ketetapan hati dalam mentauhidkan (mengesakan)


- Sifat tawakal memang harus disertai dengan keyakinan akan ketauhidan
kepadaAllah. Jika hati memiliki ikatan kesyirikan-kesyirikan dengan
sesuatu selain Allah, maka tawakkal nya.
4. Menyandarkan hati sepenuhnya hanya kepada Allah SWT, dan meyakini
bahawa hati yang tenang hanyalah ketika mengingati Allah

Demikianlah seseorang hamba yang bertawakal, dia hanya akan mampu


berasa tenang dan tenteram jika mengenangkan Allah sentiasa

5. Husnudzon (berbaik sangka) terhadap Allah SWT.


- tidak mungkin seseorang bertawakal terhadap sesuatu yang dia bersangka
buruk kepadanya. Tawakal hanya dapat dilakukan terhadap sesuatu yang
diharapkannya.

6. Pasrahkan jiwa sepenuhya hanya kepada Allah SWT.


- orang yang bertawakal harus sepenuh hatinya menyerahkan segala sesuatu
terhadap yang ditawakalkannya. Tawakal tidak akan mungkin terjadi, jika
tidak dengan sepenuh hati mempasrahkan hatinya kepada Allah.
7. Menyerahkan, mewakilkan, mengharapkan, dan memasrahkan segala
sesuatu hanya kepada Allah SWT. Dan hal inilah yang merupakan hakikat
dari tawakal. Allah SWT berfirman: (QS. 40 : 44) “Dan aku
menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat
akan hamba-hamba-Nya”.

Anda mungkin juga menyukai